Friday, April 9, 2010

MR THE BAKER

Posted by makcik rehan KJB at 11:06 AM
Ini semalam punya citer
balik kerja dgn pecutan lebih laju dari biasa
singgah LCM baking supplies yang terletak sederet dgn Mydin Rawang
Wahh.. tak sia-sia makcik melabur kat kedai tu beberapa kali
Taukey kedai itu sudah recognize muka montel makcik

Esok Sabtu ada family gathering sikit
April birthday celebration la kiranya
nak buat kat rumah sendiri tak berani ambik risiko
dahla porch sekangkang mawas, belum berturap pulak tu,
hujan sikit abih berlopak-lopak [dh mcm umah org kampung]
lagi pulak, kipas siling kat hall sekangkang Asyraf tu sudah rosak
tak tau apa punca... mula-mula dia ambik masa seminit-dua nak berpusing
pastu dia ambik masa sejam-dua nak berpusing
pastu dia ambik masa sehari-dua nak berpusing
la ni... sampai sudah tak pusing-pusing!

Makcik dah cemuih nak sound direct kat pakcik korang
kang terlebih sound, tak syium bau sorga lak aku kan
tak pon kang dia kata, bising2 sangat... pi panjat repair sendiri!

OK, dah terlajak sampai tak syium bau sorga pulak dah
sebenaqnya nak habaq pasai beli brg2 yg tak pernah dibeli sebelum ini
ni semua nak buat kek mencah punya pasal
Kak Mah Gali kata krim putar buleh beli kat kedai kek
tak yah susah2 pukul butter sama gula
itu yg semalam makcik pi cari

Tak pasal2 aku jadik glemer satu kedai
aku tanya pelan-pelan kat uncle tu, nak ambik krim hat yang mana
oleh sebab dia sayang kat aku [agak perasan disitu]
dia explen panjang lebar pulak sampai semua org dok pandang kat aku
siap habaq lagumana nk pukul, berapa darjah kelajuan, lagumana nk tepek etc.
dahla pitching suaranya sungguh mesra perdana
karang ada pulak yg ingat akuni anak angkat dia!

Lepas ambik krim tu masuk bakul,
makcik tanya pulak kat kuli dia
[sebab malu nk tanya kat uncle tokey tu lagi sekali]
mana nozzle utk tulis-tulis atas kek?
dia kata nozzle tu kat kaunter bayar...
ah sudah... betul2 kat belakang kaunter tempat uncle tu duduk
lagi sekali, makcik mendapat penerangan panjang lebar
sampai makcik rasa, kalaula ada krim tersedia kat kedai masatu,
mesti uncle tu siap demo kat aku camana nk guna
sampai semua org yg tgh Q nak bayar pandang bengkek kat aku
bengkek la depa, Uncle tu tak punch brg depa sbb dok sibuk layan aku!

Makcik hang bukanla bercita-cita besaq sgt
[memangla badan aku besaq, itu cita lain beb]
bukanla sampai nak buat novelty cake 3D canggih-canggih
macam pompuan nama TTM tu buat utk anak dia
Aku kalau nk buat cake Star Wars mcm dia buat
kompom, 2 hari 2 malam aku berkhemah kat dapo
tu pon belum tentu jadi... niat nak buat Star Wars
silap2 jadi muka Pocoyo saja

OK, melalut lagi... Makcik-makcik memang lagu ni
selalu syok sendiri dlm penulisan sendiri
Makcik actually teringin nk buat kek bentuk nombor
you see... Mencah is three... so i want no 3 lah kononnya...
Makcik tanya kat uncle tu lagi, berapa harga acuan bernombor
sambil sengih2 buat muka maneh...
mana tau dia nak bagi 'pinjam' acuan tu ...
tak yah la makcik buang duit nak beli kan....

Malangnya acuan no 3 is nan hado
yang tinggal is no 1 sahaja
dan harganya pula....
RM60 utk sebijik acuan yang taklah besaq tara mana!

Dengan muka terkulat-kulat sebab duit dlm wallet ada 40 hengget saja
cepat-cepat Makcik hulur brg2 dalam bakul, suruh uncle punch
cepat-cepat capai beg plastik lepas bayar RM36.50 [mahainya, apa aku beli?]
cepat-cepat keluar dari kedai menuju ke si kontot
cepat-cepat start enjin si kontot, blah dari situ.

Ada hati nak beli acuan rega 60 hinggit...
Itu Wilton marilah Rehan oii... ko tau ke Wilton tu apa?
TAK TAHU...!
tapi masa uncle tu bagitau, aku sengih2 tunjuk muka belagak
kunun-kunun aku tau!



*balik umah gugel internet baru tau*




Photobucket

9 comments:

TopsyTurvy Mum on April 9, 2010 at 11:25 AM said...

Cik Kak oii..

hahaha..gelak haku baca citer hang ni! muka pocoyo comel hapa...cam hang.
beli jer la no 1 tu, buat 3 biji kek kuikui!
jahat haku noo maen2kan org.

kat kedai yg haku belajar wilton tu dia ada bilik khas utk tin cake dia...beratus2 kooo...macam2 adaa..boleh sewa je...2 hari sewa 3 dollar.

*sajaa nak kasi hang jeles meluap2*

salute hang buat kek sendiri utk anak. haku kalau kat m'sia blum tentu se mithali itteww..

adha on April 9, 2010 at 11:36 AM said...

perghhh jeles aku tgok ko buat kek untuk mencah.. anis akan ku beli kat secret recipe.. as usual.. cokolat indulgence.. hihihi

** sliper aku pun mcm sliper ko cap crocodile.. tp tumit flat...tumit cam sliper ko tu memang mudah tepelecok. ada 1 seliper vincci tumit cam tu ar.. aku tersembam jatuh nk g keja kat kerinchi.. giler malu. lutut luka. ciss.. tobat tak beli lagi tumit cam tu

dlm opis aku pakai sliper ada stroberi. asal org dtg jek gelak2 tgok sliper aku.. ada aku kesah. aku dok ngan air itam yg terkenal ngan barang2 mcm tu.. kira aku promosi ar... kan?? hahaha

Elyn on April 9, 2010 at 11:43 AM said...

hehe tak tau apa aku nk komen sebab sakan gelak!!

makcikrehan on April 9, 2010 at 11:45 AM said...

TTM, tu yg aku nyampah baca belog hang. siap dgn garden belakang rumah, ayam itik bagai. kompeni laki hang keja kat aussie ada nak pakai cleaner ker..mekanik kerr bagitau aku. aku laki-bini nak apply sana. buleh sewa backyard hang, pacak khemah. hihih.

*dah jadi backyardigans lak aku anak-beranak*

makcikrehan on April 9, 2010 at 11:47 AM said...

Dell,feeling-feeling kembang muntot bila anak puji kata kek mama ni sgt sedap... is sooo priceless!

[walaupon hakikatnya kek aku tu bantat!]

makcikrehan on April 9, 2010 at 11:47 AM said...

Elyn, bila kau bahagia.. aku turut bahagia. wahh gitu!

Me on April 9, 2010 at 11:55 AM said...

aan.. ko sgt gigih in baked ekk.. eden sgt terkagum... eden pun bake gak tapi kat secret recipe hehhehe... cik aisyah sila puji kek your mama dgn THOOAATTnya otherwise your mama tak nak buat dah hehehhehe

Anonymous said...

mak ngah nak ucap kan happy belated bufday to mencahhh nnty mk ngah beli kan present special 4 mencahhh :D

makcikrehan on April 10, 2010 at 12:28 AM said...

THANK YOU MAK NGAH! See you tomorrow at 4 pm. Hehehe

ShareThis