Monday, April 19, 2010

OH PENAT!

Posted by makcik rehan KJB at 10:18 PM
Makcik cuba taip sestylo dan seringkas mungkin
tajuk entry pon dah stylo ala-ala website Oh Bulan ke hapa tah

Genap 5 hari makcik ngurusin anak-anak
giler weeiii... penat!

Siang tadi,
kunun-kunun before noon nak hantar anak2 pi Bkt Beruntung (BB)
dah siap2 perkakas semua
sekali cari konci kontot kat tempat biasa tak jumpa

Sohih dah, pakcik korang songlap konci aku
talipon tanya, memang ya dia 'tersimpan' konci makcik dlm keta dia
[kot ya sayang bini, takyah la simpan konci keta i bang oiii]

Pakcik suruh bukak pakai kunci spare
masalahnya konci spare tu remote dah barai
dia suruh try jugak, pastu suruh matikan suis alarm kat bawah dashboard
berpeluh sakan aku meraba bwh dashboard nak cari punat suis
Asyraf dah garu2 kepala pening kepala dgr bunyi alarm bising kemain
sampai ke sudah aku tak jumpa punat bwh dashboard!

Terpaksa la Pakcik hang balik umah hantar kunci
tapiiiii... sebelum tu...
somi makcik yg kunun-kununnya sgt teknikal orangnya
tiba-tiba buat lawak antarabangsa..

Suruh makcik pasang loud speaker kat henfon
tala henfon kat pintu keter kontot
pastu pakcik hang pulak tala remote kontot kat henfon dia
pastu dia tekan remote dari opis dia
dengan harapan pintu keter kontot terbukak!
kalau ikut nafsu serakah, makcik nak gelak guling kaw-kaw punya
layan sajalah... manalah tau ini mungkin rahsia 'Perodua'
yang hanya diketahui oleh para jurutera mereka

HAMPEH LA WOIII.... MANA JALAN!

Our lunch date dah jadi family date
hangkut budak2 pi lunch kat BCH
Aisyah yg baru baik demam
tiba-tiba selera makan memuncak
tapi.... elok jer dia habis makan
apa yang dia makan, dia muntahkan balik dalam pinggan!
memang jijik... mintak mahaplah tuan kedai yaaa...

Lepastu kami berpecah...
PS balik opis, makcik hala ke BB

Kat umah Along BB, Mencah giler soka
cousin dia ada kannn...

Tapi Asyraf????
Aduihh... pening kepala aku weeiiii...
Pandang muka Maklong pon dia tanak
Nak beriba, berdukung dgn Maklong apatah lagi
Sudahnya, kunun-kunun makcik nak pi bank kann...
TERUS BANKRAP!

Sepetang haku meriba nak mentidurkan dia
terkuis apa ke sikit, dan-dan tu melalak mengongoi




Kalau kat rumah sendiri
tergolek terlentang tarak hal punya
mengekek layan katun

Tapi paseipa kalau kat umah orang
perangai hang lain macam nak oiii...

Mujurla kat rumah orang kannn...
kalau kat rumah sendiri kann...
dengan mak dia sekali melalak mengongoi!


*Kain-baju ada sebakul memuncak nak tunggu lipat*
*Mengah!*

Photobucket

7 comments:

Nadiah Sidek on April 19, 2010 at 10:52 PM said...

asyraf tak biasa ditinggalkn kat rmh org kot..

soFie LufFy on April 19, 2010 at 11:33 PM said...

oh comel asyraf...

fabulous.farah on April 20, 2010 at 7:17 AM said...

mr,petua ke ape loud speaker bagai?

TopsyTurvyMum on April 20, 2010 at 7:55 AM said...

1st, kiptiyah masih melekat dlm hati hang ..aku nampak perkataan ngurusin tu hahaha!

perghh..pakcik S..tinggi sungguh imaginasi dia taraf2 leonardo da vincci tu haa...tekan remote ikut henfon dari opis!!

Aku Bukan Bidadari on April 20, 2010 at 8:37 AM said...

As i told u sis, pi cari air sikit..
takper slow2 ok.. tapi salute ar ngan kak leh handle dua2 sekali. tiara nk bw ayra pi klinik sorang2 pun tak lepas lagi..

Nurul Aznil on April 20, 2010 at 11:25 AM said...

Salam,

Hero Dagu Tajam saya terbalik la plak. Kat rumah orang punyalah sopan santun. Kat rumah sendiri, Ibu dia terpaksa mengaum sekali-dua bila dia menjerit dengan nada C# sbb puting terjatuh dari mulut.

ena on April 20, 2010 at 2:49 PM said...

hahahah teknikal abis la pakcik sepol! wakakaka......

meh meh asyraf aunty ena jaga meh.. leh main ngan anak dara aunty... pasti asyraf suker.. ehehe

ShareThis