Thursday, April 8, 2010

YANG BERHORMAT

Posted by makcik rehan KJB at 12:52 PM
25 April ni Pilihanraya Kecil Hulu Selangor tawww...
So, tempat makcik kerja ni tgh 'panas' hokay...
Dari Sungai Choh sampai ke Kalumpang,
sana sini org duk berkempen pum pamg pum pang!
[umah Hajah Norlia - mak kepada pompuan ni pon termasuk sekali]

Jangan maen-maen...
Makcik korangni walaupon bukan pengundi berdaftar kat sini
masih nak kepohchi hal ehwal politikus tempatan hokay

Makcik ingat lagi, masa mula-mula parti cap mata menang kat sini
masatu makcik baru lagi keje PID Rasa nih... tahun 2008
so, sebagai penjawat awam yg baru memulakan tugas,
makcik korang adalah sgt skema
dan sgt berpegang teguh kpd prinsip SAYA YANG MENURUT PERINTAH

Makanya, dlm usaha memenuhi skema pemarkahan PID
iaitu harus beramas mesra dan comolot dgn 'key stakeholder' setempat
lagi pulak, kami nk continue program tajaan pelajar misekin [tapi bijak] utk PID
yg terbantut sebab Atuk G tak menang khenn...
perlu ditegaskan sekali lagi... bukan nk bodek atau mengadu domba yer...
Makcik dgn assistant makcik pon pegila nak menghadap 'YB' yg baru

Lepas set tarikh dan masa,
gigihla kami ke Batangkali dan panjat tangga pejabat mereka
Amboih... sibuk sungguh 'YB' rupa-rupanya...
rakyat marhaen dok sibuk kuar masuk pejabat mereka hokay
makcik dgn assistant punyala dok prektis camana gaya nk becakap nanti
Al-maklum... nak mengadap 'YB' la katakannn...

Bila nama kami dipanggil utk masuk mengadap
memasing pakat dok 'tune' la muka bagi habih2 maneh... manala tau kann...
berkat tunjuk muka maneh, 'YB' sudi nk sponsor ekon 2 kuasa kuda utk PID...

Sekali, masuk jer bilik 'YB'
Assistant aku tiba-tiba senyum simpul...
terpikir gak nak tanya, awat dia senyum lain mcm...
aku pakai baju terbalik ka pon... tp makcik tetap maintain cool
So, kami pon duduk-duduk, intro diri, tunjuk kertas kerja bagai...
bila nak bercakap, akuni siaplah ber YB-YB dgn beliau..
ber Dato-Dato bagai... yerlah... Ahli Parlimen kan... respek la sikit beb
tapi aku pelik gak, tiap kali aku sebut YB ker..Dato ker...
dia senyum lebar bukan main... tp makcik tetap maintain cool

Lepas habih bercakap lebih-lebih kurang
kami pon paham-pahm sendirila kan..
tak kan nk berlama-lamaan bersama 'YB'
ramai lagi dok tunggu turn nk tunjuk muka maneh kat 'YB'
makanya kami pon mintak diri

sebelum kami kuar dari bilik 'YB'
'YB' hulur business card dia kat kami sorang satu
Kembang-kuncupla montot makcik... dpt kad dari 'YB' lah katakan

Masa turun tangga dari pejabat 'YB'
makcik sambil belek-belek business card yg 'YB' bagi tadi
tiba-tiba makcik rasa muka makcik bertukar purple!
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Di atas kad tertera nama berikut
A***** W**** BIN *****
-pembantu peribadi Dato' ********-

Assistant aku dah merah muka dok gelak gila babi kat aku!
Awat hang tak habaq kat aku awai-awai haaaa.....
Aku mana kenai YB Hulu Selangor
aku mengundi kat Parit Buntaq!


*Al-fatihah untuk Alahyarham Dato' Dr Zainal Abidin bin Ahmad*
  -Mantan Ahli Parlimen Hulu Selangor-


Photobucket

13 comments:

LyNn HaMzAh on April 8, 2010 at 1:24 PM said...

salam kenal...

hehehe...tergelak baca entry nie...yg pembantu yb tu pun x ker rasa bersalah bila korang panggil dia YB...sabar jer la...

cinta_north2south on April 8, 2010 at 1:28 PM said...

hahaha...

-niena- on April 8, 2010 at 1:43 PM said...

heheheeh...kelakar la kak rehan...!!!

mama_iris on April 8, 2010 at 2:06 PM said...

omg....tumpang malu baca neh....akak btul2 mcm drama melayu la...haahha

soFie LufFy on April 8, 2010 at 2:11 PM said...

heheh..org tu tumpang bangga..

makcikrehan on April 8, 2010 at 2:54 PM said...

hehehe...sampai la ni, bila lalu kat pejabat depa, mesti makcik senyum kambing teringat sketsa diatas

Me on April 8, 2010 at 2:56 PM said...

Aannnn... kerul baca sambil gelak sorang2 mengalir air mata... hahahahhaha (sambung gelak kat sini juga) tapi tak salah kan 'bermaneh muka' dgn org... gelaran tue plak ko anggap je doa tue PA Datuk... yg penting tak salah berbudi n berbahasa.... sbb itu melambangkan keperibadian ko yg mantopppppp.. (apakah tujuan eden memuji ekau lebih2 nie?>>> confius tapi redho je la)

makcikrehan on April 8, 2010 at 3:02 PM said...

Aku pulak yg terkebil-kepil pekelikan membaca pujian si kerul yg berbunga-bunga raya nih! hahahahaha

♥♥♥ Mrs. Hasanif ♥♥♥ on April 8, 2010 at 3:58 PM said...

lol lol lol...aduh la mak cik...

cik omey on April 8, 2010 at 5:33 PM said...

hahaha...gelak smpai kuar ayaq mata ceq..

b.O.n.d.a on April 9, 2010 at 10:27 AM said...

klakOr la macik nih..
nak terkentut bOnda gelak ni taw!
hahahaha

ena on April 9, 2010 at 11:34 AM said...

hahahahahahahahahaha ko nih buat aku gelak terguling sorang2 wakakakakakakakakakaka

teringat zaman baru masuk kementerian, aku nih pening kepala nak ingat mana satu YB mana satu Datuk mana satu dato mana satu datin mana satu mak nenek... hadoiii mmg lebam!!

Elyn on April 9, 2010 at 11:50 AM said...

asst YB tu pun kambing la sebab senyum simpul.... perasan konon dia YB. Kalau aku mau pi masuk bilik jumpe die balik ekekeek

ShareThis