Tuesday, May 4, 2010

CATATAN TENGAH MALAM

Posted by makcik rehan KJB at 12:46 AM
Tatkala menulis entry ini, jam menunjukkan pukul 12.15 tgh malam
keringat mengalir membasahi tubuh montelku
Balik kerja petang tadi, tak sempat masuk rumah
terus angkut budak-budak sekali dgn bapak diorang pegi klinik SP Care

For those yang belum tahu
mata Aisyah merah dan asyik bertaik
dah dekat seminggu mcm tu, since dia baik demam haritu
risau jugak, takut ada infection ke hapa
jarang nampak Aisyah garu-garu atau komplen gatal atau sakit
kecuali bila dia kerimasan bila taik mata bertempek byk sgt

Yang lawaknya, bila bangun pagi...
Mamaaaaa mata saya tak boleh bukak!
memanglah tak buleh bukak, taik mata berselepat kat mata!

Balik dari klinik, PS mood ada sikit baik
nak belanja makan kat Restoran Kampung Baru
restoran tu kat Rawang, tak tau la apa motif bagi nama Kampung Baru
tak kowser haku nak siasat
tapi malangnya restoran tu tutup pulak

Masa lalu kat roundabout, nak patah balik nak cari kedai makan lain
Aisyah nampak Mc Donald tapi dia sebut KFC
dengar jer Aisyah sebut KFC, PS tetiba ajak makan kat KFC pulak dah
dengan ucapan : Jom makan KFC, Babah dah lama tak makan KFC
budak-budak menjerit keriangan, mak budak mengeluh kehampaan [kononnnnn]
dalam kepala otak makcik : PUNAH LA DIET AKU!

Dari pagi makcik cuma mkn roti dgn peanut butter 3 keping
dan beberapa keping biskut Jacob during lunch
ingatkan balik nnt nk buat sup sayur simple-simple
udah PS korang belok masuk KFC pulok dah...
rejeki jgn ditolak puan-puannnnn... 

Selesai di KFC, terus balik rumah
cucikan mata si kakak, bagi mkn ubat, salin baju, salin diaper
then adik pulak, salin CD, tukar baju

Lepastu gegas pegi dapo,
botol susu malam tadi bersusun mcm askar tgh berbaris
PS korang cuti tapi bongkang jer,
tak sudi tulong basuh ker bangggg... tak sian kat i ker bangggg

Siap basuh botol,
cek puree Asyraf dalam peti, tinggal satu bekas jer
lalu makcik menanak bubur pulak...
sementara tunggu bubur masak dan sejuk,
prewash CD bekas pakai harini
dalam WM ada sebeban baju tgh rendam softlan

Dah almost 10 pm, Asyraf dah serba tak kena
Aisyah dah barai... dahla makan ubat kan
So PS make them into bed [mcm tak betui jer ayat akuni, tarammm!]
makcik pulak ambik penyapu, sapu umah
nasib baik umah aku kecik ketot,
2,3 kali hayun penyapu... setel!

Lepastu angkat towel, mandi kejap. Then solat.
lepastu nampak kain sebakul, lipat kain pulak
siap lipat kain, tengok kain dlm WM dah siap spin
lalu makcik kuarkan kain-kain tu,
then masukkan CD dan baju budak-budak yang dah pakai siang tadi

Lepastu tengok bubur Asyraf dah suam
so, kuarkan blender dan blend bubur pulak
lepastu pening kepala sebab tak muat nk sumbat bubur dalam freezer
mana nak muat, ada ahli baru dlm tu... 2 ekor siakap!
PS memancing rupanya pagi tadi,
patutla kulit dia cam bangla aku tengok tadi hihihi...

Siap blend bubur, sidai kain pulak
mesti jiran-jiran makcik kagum dan menjadikan makcik sebagai idola
mana ada pompuan lain kat taman tu yg gigih sidai kain pukul 12 tengah malam!
actually bukan makcik korangni rajin sgt nk menyidai tgh2 malam ni...
tapi... kalau aku tak sidai mlm ni,
esok pagi kompom aku tak sempat nak sidai punya
lepastu nanti baju-baju tu bau hapak busuk
sia-sia aku rendam softlan kan
lepastu, kompom jugak aku kena keji dgn laki
sebab baju dia bau busuk kepam

So, i dah sidai kain memalam buta ni bang
esok petang jgn buat-buat tak geti nak kutip kain yer
esok PS korang coti lagi, tah apa pulak aktibitinya karang
cuti budak-budak Perodua ni memang lain mcm sikit
org cuti depa kerja, org kerja depa cuti
ikut schedule production kekdahnya
abih, kang mengamuk plak korang-korang yg dah booking Alza
sampai 2,3 bulan tak dapat-dapat keter kan?

Siap sidai kain, dengan peluh yang mengalir [sila bayangkan]
melepap la makcik depan tibi ni kejap
Tibi tadak citer best, so bukak laptop hazab ni
dan meroyan menulis entry ini

Semoga anda tidak menyesal membaca entry ini

Salam sayang malam Selasa untuk semua
[Kerul, aku tau ko geli baca ayat ni, tp aku nk tulis jugak!]



*esok kompom makcik busy lagi, ingat pesanan semalam yer :-p*




Photobucket

12 comments:

LiAnA on May 4, 2010 at 1:02 AM said...

dah lega kepala otak bila keje settlekan hihihi

azimah on May 4, 2010 at 1:22 AM said...

uih.. daku baca entry makcik ni, daku plak yang terasa peluh meleleh.. haha. semput sbb baca senapas ;D

Sitisifir10 on May 4, 2010 at 2:53 AM said...

serius, bab yang paling ngeri baca adalah 'keringat mengalir membasahi tubuh montelku'.... mcm ngeri bunyiknya...

Me on May 4, 2010 at 8:34 AM said...

'keringat mengalir membasahi tubuh montelku >>> sentence nie double meaning... hahaha... sidai baju malam mmg kekdah k-rull kalau tak alamatnya tak bersidai... MR kumohon ko hentikan penggunaan ayat geli tu....

TopsyTurvyMum on May 4, 2010 at 9:32 AM said...

aku pun sama cam komen atas..sentence tu yang paling memikat hatiku kahkahkahkah!

ummumishkah on May 4, 2010 at 9:42 AM said...

me pun tumpang berpeluh baca entri ni!

zealvia on May 4, 2010 at 10:05 AM said...

mcm ni takyah diet2 dah..kang tak de tenaga plak nak membibikkan diri!

adha on May 4, 2010 at 10:42 AM said...

perghhh kemain ligat ko... pengorbanan seorg istri dan ibu

Nurul Aznil on May 4, 2010 at 11:59 AM said...

Salam,

sambil baca, sambil membayangkan Cik Puan buat kerja... rajin siooot!
Cik Puan, rumah saya ada 3 bakul baju tak lipat lagi... bleh ka mai tolong? Nak masuk 2 bulan dah baju tu... :P

Elyn on May 4, 2010 at 3:27 PM said...

hehe cam sama je rutin ko tu ngan aku ek!!!

CikguIna on May 4, 2010 at 5:04 PM said...

Ann, itulah rutin aku jugak...sidai baju tgh mlm, klu tidak jam 4 pg sidai kain...
lipat baju ikut dan...kadang malam, kadang sambil menonton, kadang subuh sepi'ei...
well done mummy!

job on May 19, 2010 at 2:02 AM said...

徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,商標,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社

ShareThis