Wednesday, June 9, 2010

SHAH ALAM : SESAT-BARAT TAPI TETAP TERINGIN NAK BERMASTAUTIN DI SANA

Posted by makcik rehan KJB at 12:13 PM
Pasti warga-warga Shah Alam vangga de vogues membacanya...

Mukaddimahnya berbunyi begini...

Semalam, Makcik Rehan dengan berpakaian habih stylo,
berseluar elastic kuasa maksima kaler ceklat,
ber 'blouse' putih cerut belakang utk menampakkan kesan ramping,
bertudung gelap yang tak berapa sedondon dgn seluar dan blouse...
telah bermusafir ke Shah Alam.

Setelah menghantar hanak-hanak ke rumah Along BB
Makcik terus merempit masuk Highway PLUS
dan kemudiannya cilok masuk kat GUTHRIE pulak
Modus operandi : Secret Recipi SACC Mall, Shah Alam

Keluar kat area Stadium, Giant, bulatan-apa-nama-tah
Makcik steady lagi.... ambik pukul 12.... lepastu...
jumpak lagi satu bulatan.... ambik pukul 3 pulak...
then lagi satu bulatan.... pukul 12 balik...
lagik bulatan... lagik bulatan.... lagik bulatan....
sampai dah tak tau pukul berapa punya turner yang makcik hambik!

Makcik sudah mereng disitu...

Cuba membuat panggilan kecemasan kat PS
bila talipon dia, terpekik-pekiklah haku dlm talipon
PS korang haram tak dengar sora haku
Makcik dah mula nak berang
aku nak marah sapa pon taktau, 
sendiri yang lemah membaca peta!

Terus teringat... masa makcik mandi pagi tadi
Asyraf menggonyeh talipon tersebut ke dalam mulut
pastinya sudah masuk air! :((
ranaplah cek Nuffnang yang baru dapat semalam!

Terpanjang pulak mukaddimah makcik :-p

OK, fendekkan cerita... sampai jugak ke SACC Mall
dan bermeetinglah kami para PID Selangorians
dan telah mencapai beberapa kata sepakat
dan berjaya jugak menganyam 2,3 bakul ketupat
aku ada gosip panas giler weyyy....
[dan-dan Ezey buzz aku kat ym! hahaha]

Dan ini pulak isi penting entry ini... muahahaha... merapiklah haku


MAKCIK SUKA SHAH ALAM
SUKAAAAA BANGET!


Rumah-rumahnya sangat stylo dan mewah
landskapnya yang redup dan tersusun
jalannya besar-besar dan lebar-lebar
[byk roundabout, bagus utk yang selalu sesat macam makcik]
tempat shopping dan makan-makan yang bersepah-sepah
eeeii...fendek kata.. sumer pon bestlah!

Terbayanglah kawan-kawan di alam maya pemastautin Shah Alam
ME, Umi Salwa, Eynda [sekadar memberikan beberapa nama]
Alangkah syioknya jadi mereka...

Malam tadi... 
sambil bergelandangan dengan hanak-hanak 
dan jugak bapak hanak-hanak...
terpacullah ayat tak sedar diri berikut dari emak hanak-hanak...
Bestlah Shah Alam Bang, 
jom Bang, kita beli rumah kat Shah Alam....

Dan bapak hanak-hanak menjawab,
tanpa mengalih mata dari mengadap muka Shebby di ESPN...

-kesian Shebby jadi penyeri entry makcik-




Awak demam ker migrain ni?

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Bila PID nak bukak cawangan kat Shah Alam ni weiiii....


11 comments:

mama_iris on June 9, 2010 at 12:20 PM said...

tak melencong p Jakel sksyen 7 ke?mesti PS pitam terus kalo akak ada kerja kat shah alam lg pasneh.....

Nurul Aznil on June 9, 2010 at 12:27 PM said...

Salam,

HAH nak mai SHAH ALAM? sini tader wayang...
sini dikelilingi toll...
sini banyak roundabout...
sini rumah mahal nak mampus...

rumah kandang kambing kami ni pun 90K.
rumah idaman kandang lembu tu 180K.
rumah idaman-daman kandang seladang tu 300K.

kami plak ingat nak bermastautin kat area rumah MR. :P

Kak Mah on June 9, 2010 at 12:36 PM said...

ehehe han.... memang best dok shah alam ..tapi shah alam bukan desa weh..sebab tue tak dak PID...eheheheheh...komuniti dia memang ramai melayu......

Me on June 9, 2010 at 1:26 PM said...

mati2 ingat ko p s.alam jumpa shebby.. baca punya baca punya baca tak de kaitan pun si shebby tue :P bersyukur le dgn apa yg ada MR.. s/alam cost of living tinggi... ulu benua kalau 180K tue ko dah boleh beli kandang harimau...

makcikrehan on June 9, 2010 at 1:30 PM said...

ecehwah kak mahhhh... dia punya hujah dah macam dia plak yg keje PID :))

Kerul, seb baik tak mati! haha..

Aznie, Rawang is nothing! [statement tak sedaq diri haha]

Nurul, nak cari SACC pon aku sampai mereng. lagi berani2 nak cari JEKEL? mau terkehel stereng tu aku dok pulas kuar masuk rondabot

Nurul Aznil on June 9, 2010 at 4:04 PM said...

if jumpa jakel, bleh jumpa i-city... then bleh langsung maKan nasi arab...

ena on June 9, 2010 at 4:23 PM said...

hahaah ni satu lagi peminat shah alam..
aku ngan laki selalu diskusi..
kenapa melayu suka dok shah alam ek?
kenapa aku tak suka?

aku tak suka pegi
tak suka sesat kat roundabout2
dan lebih tak suka nak mastautin kat sana...

ehehe..

everybody have their own reason kan..
sukati aku la aku tak suka shah alam.. lalala

noor on June 10, 2010 at 7:55 AM said...

aku n hubby pun berangan nak duk shah alam sebab ms study pun duk situ....tp tak mampu la, harga rumah sgt2 tinggi...last2 beli kat sg buloh, kira berjiran ler ngan shah alam ikut jln blakang...haha

SYANI on June 10, 2010 at 8:33 AM said...

aku pun suka shah alam tapi aku lagi suka IPOH!!!!

ammi on June 10, 2010 at 12:08 PM said...

Hi..saya ker UMI SALWA tu??
saya?? haruslah suka Shah Alam..bermastautin di sini sudah lebih 25thn!

CikguIna on June 10, 2010 at 3:11 PM said...

Takpe Ann.....angan2 dulu...mana tau jadi kenyataan!

ShareThis