Friday, July 2, 2010

HEADER HOW-TO

Posted by makcik rehan KJB at 2:20 PM
*click at pic to enlarge*

50 orang dok tanya makcik <---- propa lebih sikit :-p
camana makcik buat header?

Macam selalu, hari Jemahat makcik transform jadi Ostajah Rehan
Sapa kata aku ingat nk bunuh setan jer ha Khairul Rahmah Ayob! ha? ha? ha?

Ustat kata, 3 benda yang membantu kita dalam kubur nanti...
1. Amalan soleh
2. Ilmu bermanfaat yang diajarkan
3. Doa anak yang soleh

So, makcik nak buat yang no 2 tu...

Mula-mula, sila kenalpasti LEBAR dan TINGGI header belog anda.
Camana nak tahu? Buat macam ni...
Pegi kat DASHBOARD, kelik DESIGN, kelik EDIT HTML
Beliak mata luas-luas sampai jumpa part yg macam ni























Seterusnya, kamuorang bolehlah rekacipta header kamuorang tu
Pandai-pandailah hias, tempek, tulis apa yang kamuorang nak kat header tu...
Ada yang suka letak gambo kawin, gambo masa kurus [aku ler tu],
gambo anak, gambo laki, gambar kucen, gambar madu [apekah?]
Design yg kamuorang dah buat tu, SAVE kan elok-elok dalam format jpeg


Lepastu, bukak file tu dekat mana-mana software yang buleh edit-edit gambar
Contoh kat bawah ni... photoscape. Sapa nak download, pegi sini




















Kalau bukak picture guna photoscape ni,
dia dah bagitau siap-siap LEBAR dan TINGGI picture yang kita tgh view tu
so, kita boleh guna tool CROP
dan croplah gambar kita tu ikut LEBAR dan TINGGI yang kita nak
Actually, kat photoscape ni pon buleh jugak nak edit-edit gambar
nak tambah tulisan, nk letak frame, nak apa-apa sajalah hehehe

Sapa yang takde atau tak mahir guna photoscape, jgn risau... ada option no 2 :-p
Sila gunakan software percuma dan tak payah download yang Bill Gates dah bagi
iaitu PAINT [eh, ye ker Bill Gates yang bagi.... hantam sajalah!]

Tak tahu jugak kat mana nak cari PAINT?
Sila jangan rasa rendah diri dan rasa bengap,
Makcik pon bengap jugak kadang-kadang [bukan selalu ker?]
Pegi START, kelik ALL PROGRAMS, kelik ACCESSORIES, kelik PAINT
dan bukaklah picture kamuorang tu...


















Lepastu, untuk adjust LEBAR dan TINGGI picture yang kamuorang nak tu,
kelik IMAGE, kelik ATTRIBUTES

Taiplah LEBAR dan TINGGI yang kamuorang nak kat dalam kotak tu



















Dekat PAINT ni pon buleh jugak nak edit-edit, tulis-tulis, tempek gambar etc.
godek-godeklah sendiri... try and error sana-sini
nanti lama-lama kamuorang mesti jadi terer [macam makcik :-p]
Bila dah puas hati dgn design kamuorang, SAVE elok-elok dalam jpeg format

Seterusnya, kasi taruklah dalam kamuorang punya belog.
Pegi kat DASHBOARD, kelik DESIGN, kelik PAGE ELEMENTS
Lepastu kelik EDIT kat bahagian HEADER tu

















Nanti kotak macam ni akan kuar...
Lepastu uploadlah header yang kamuorang dah susah payah buat tadi
Jangan lupa untuk kelik kat 'Instead of Title and Description'
JANGAN kelik kat SHRINK TO FIT <---- kan dah buat size dia ngam-ngam soi tadi



























Lepastu, siaplah!
Jadilah belog kamuorang macho, cool dan bergaya
macam belog makcik ni nanti :))

Ada soklan kah?
Satu soklan singgit!
Muahahahahaha....

Good Luck!

11 comments:

IMAN'S UMI on July 2, 2010 at 2:29 PM said...

Ustazah ajar grafikla...hebat!

LiAnA on July 2, 2010 at 2:33 PM said...

fuhh rajin buat header sendiri.. ku jugak yg guna readymade kekeke

TopsyTurvyMum on July 2, 2010 at 2:35 PM said...

aku takde soklan..

aku bagi gambo. ko buatkan voleyy??

ekekeke...sejongkong emas aku hantar!

mama_iris on July 2, 2010 at 2:48 PM said...

segala tok nenek lebar header...tinggi header sume tu taw nak buat....tapi nak kasik cun header mcm akak buat insan kurus bergayut kat ranting tu yg x reti.....atau dlm erti kata yg lebih ringkas dan sopan....."BUAT 1 UTK KITA BOLEH SAYANG...???"

makcikrehan on July 2, 2010 at 3:01 PM said...

TTM dgn Mak Iris ni memang dasar bagi betis kambing nak peha lembu tawww.... ngengada tul ko nurul taww, penat taw aku dok printscreen buat tuto ni taww.... yg gambo pompuan gayut tu bukan aku yg rekalah dik, aku cilok dari internet jer. tengok kat bawah sekali belah kanan, aku ada bagi credit kat owner gambo tu. takut gak kang dia saman aku hihihi.

TTM go jgn nak gatal vontot nk rasuah aku dgn emas hasil lombongan ko haritu yek... akuni sesungguhnya bersih , cekap dan amanah tahu! kekekekek

zatie_izzati on July 2, 2010 at 3:37 PM said...

wahhhh.... bagusnye info nihhhh... sukeeee

makcikrehan on July 2, 2010 at 3:42 PM said...

zatie, sila coba yaa... heheh

yanti isa on July 2, 2010 at 4:02 PM said...

wow .. makcik terer

azimah fauzy on July 2, 2010 at 4:14 PM said...

MR,
tolong buatkan bley? *sambil kelip2 bulu mata 40x*
sindri buat confim xcantek..
org buat jgk yg cantek hehe

Me on July 2, 2010 at 4:15 PM said...

ustaJah yg sgt serba boleh.. bukan takat ilmu Ogama je..

Danny Neza on July 8, 2010 at 2:07 PM said...

salam kak...hihihi..tq buat tutorial tuk header yer...dgn adanya tutor akk tu, akhiirrnyaa..sye byjaya juga....hihihi..tq2, i lappp u...

ShareThis