Monday, July 19, 2010

HEBAT TAK HEBAT MAKCIK KORANG HARINI....

Posted by makcik rehan KJB at 2:39 PM
Malam tadi, pukul 9 dah tido
[kunun tidokan hanak-hanak]
Dengan mak depa hanyut sekali....
pagi tadi bangun dgn sungguh fresh, cukup tido kekdahnya... hahaha

Pagi tadi siap-siap nak hantar hanak-hanak ke BB
cek kunci rumah dalam handbag - tak ada!
kunci ada 3 set, satu makcik bawak, satu pakcik bawak, satu standby kat umah
pagi tadi semua 3 set missing!
tak lain tak bukan, tuduh laki sendirik :-p
pastu teringat, rasanya ada satu set kunci dlm keta kontot
keta tu kebetulan kat luar pagar...

Pukul 8 lebih, nampak maid rumah hujung terkedek-kedek lalu depan umah
dia nak hantarkan anak-anak jagaan dia kat simpang jalan
tungu van tadika dtg jemput budak-budak tu
maka, makcik pon melaung-laung panggil.... nama dia aku tatau
Adikkk...! Bibikkkkk...! Oiiiiii.....! sinilah! siniiiiiii!
Mencah pon tulong jerit sama... Haram dia tak dengar
ker dia buat-buat tak dengar tah! <--- sakan bergayut pon ya jugak

Motip aku panggil dia? nk suh dia tengok dlm kontot
kot-kot ada kunci spare.... hampeh tau!

Sudahnya talipon laki....

Pegi dapo nak jerang air, nk rebus pasta...
air baru nak panas, pasta baru nak kembang... GAS plak habih tetiba!
hebat ko Rehan!

Talipon laki lagi....

Pukul 12 tengahari, laki balik bawak nasik campur 2 bungkus!
hebat tak hebat weiii... hahahaha

Paling hebat, pakcik korangla....
tetiba berkata : Pas makan nasik lauk karini, mesti Abang mengantuk...
lalu pas makan, masuk bilik... join Asyraf mengeram!
Hebat laki aku kan?



1 comments:

tini on July 19, 2010 at 9:16 PM said...

habes, kunci sebenarnya dok tang mn? hang mmg hebat. hebat menahan sabo. kl aku, walau pun bkn laki yg buat, mesti nak salahkan laki jugak.sebab hanya dia yg mumayyiz!

ShareThis