Monday, August 30, 2010

MANA PEGI CAMERA-SKRIN-BERTAMPUK-HITAM MAKCIK?

Posted by makcik rehan KJB at 11:31 AM
Down la skang wei.
Segala menda aku rasa malas.

Hal-ehwal umahtangga toksah tanya la...
Bilik Rahsia dah macam bilik dobi tak siap
gunung-gunung kain yang tak berlipat dah boleh transform jadi Banjaran Himalaya
kain baju yang aku basuh 2 hari lepas, sat tadi baru sidai
tu pon jenuh haku menguatkan keazaman,
kalau azam tak kuat, aku tarik bantal... join Asrap tido dlm bilik!

Pegi dapo semata-mata nak buat susu budak-budakni
jerang air.. masuk termos. Done.
Takde makna nak kemas2, lawa2, susun2, lap2
Hood haku tuh, minyak dah bertakung sikit lagi nak penuh, sapa nak cuci kan?
dulu senang, aku sound baekk punya kat Kiptiyah
tak sampai 5 minit, semua clean and clear! <--- satgi ada la yang fitnah, kata aku rindu kat Kiptiyah!

Day curtain dah bukak 2 hari lepas,
baru sat tadi aku buh dalam washer,
kalau ikut situasi semasa,
hagak-hagak kamu orang, bila tahun aku nak sidai tu kan?

Tu baru citer day curtain, night curtain belum plan lagi nk buat camana
nak basuh ker tak payah? rasa macam tak payah jer
kaler pon dah memang kepam mcm taik hanjin, basuh pon takde beza
Bulan posani, kemain menjadi-jadi malas haku!

OK, ni aku nak bagi alasan,
kunun-kunun penyebab kemalasan yang bermaharajalela skang
sapa setuju, tekan butam hijau
kalau tak setuju, tekan butam merah!
[jangan tanya mana butam tu, aku pon tatau!]

Cuaca sangat panas dan kering, haku dehydrate.
Asyraf sangat memerap, pegang tak kena, letak pon tak kena.
Jerawat sangat banyak keluar, sampai Mencah tegur - muka mama ada bintik-bintik!
Hanak-hanak masih dgn hobi muntah, aku sangat menyampah!
Haku takde mood nak balik kampung, tak ada aircond - Asyraf sure memekak 24 jam!

OK, cukup dulu.
aku nak buat entry bergambar, tapi malas nak korek timbunan kain
sebab camera tu dikhuatiri [spelling aku betoi tak?] tertimbus dalam timbunan kain dlm bilik rahsia

Petangni takdak mood nak masak-masak apa
kalau laki aku takmoh pi PARAM,
nanti aku yang start keta pegi beli sendiri

Aku nak beli siap-siap untuk sahur sekali!

Bini sappalah ni!


10 comments:

Iman's Umi on August 30, 2010 at 12:35 PM said...

Hebatla kak, masak utk sahur sekali...

noor on August 30, 2010 at 12:53 PM said...

aku pun malas tul bln2 pose nih...pas berbuka trus pengsan...anak2 kul 9 aku paksa tido...laki aku siap bagi buku "111 wasiat rasulullah saw utk wanita solehah"....ko rasa nape ek?heheheh

TopsyTurvyMum on August 30, 2010 at 1:01 PM said...

tang pitnah rindu kiptiyah tu aku tak tahannnn...


terbukti!

KV on August 30, 2010 at 1:31 PM said...

ujung2 puasa ni mmg aku pun letih rehan wei (padahal dari ari pertama lagi aku letihhh) Haha

makcikrehan on August 30, 2010 at 1:40 PM said...

IMan's umi, manade aku masak. aku masak kat kedai jerlah

makcikrehan on August 30, 2010 at 1:41 PM said...

Noor, perangai sama sebijik cam aku. haha. pas buker, solat, tak sabo2 aku paksa budak2 suh tido! ekekek

makcikrehan on August 30, 2010 at 1:42 PM said...

TTM, ko memangggg! mentang2 ko ada amjah the helper.. ko persendakan aku yg maidless in mathattan ni ekk. sampai ati ko tau...

makcikrehan on August 30, 2010 at 1:43 PM said...

KV, aku baca belog mu yg pasal malas tu. ha cam gitu jugaklah yg aku rasa. nk buat segala mender pon aku malas wei. nak tidoooo jer kalo buleh. karang bgn bukak poser terus! hahahah

Me on September 1, 2010 at 12:45 PM said...

nak komen tang ank2 muntah tue.... baik ko chek doktor... muntah kalau tak bersebab nie confuse juga>>> saja je nak nyusahkan hati perut ko ekk eden nie.. tapi serius..

makcikrehan on September 1, 2010 at 1:05 PM said...

Kerul, anak2 aku kuat minum susu. dah kenyang pon asek nk membotol. dah minum byk, pastu lompat2.. lari2...melongsor bikin sepah satu umah. dah tu muntah lah. bukannya muntah penyakit ke hapa

ShareThis