Monday, August 2, 2010

TAK DAPAT MC

Posted by makcik rehan KJB at 3:08 PM
Pagini bangun tido badan gigil-gigil
Antara sejuk dan panas, entah...semacam jer rasa
Tekak sakit gila sampai nak telan air liur pon susah
Bengkak macam tercekik tulang...
Masuk bilik air, nak beristinjak mcm biasa
Sekali, bila 'seih' hingus - kuar darah da...
Kalau berdarah hidung, kompom sebab panas dalam kan
So, terus jirus kepala... baru darah berenti

Cepat-cepat siapkan hanak-hanak
nak hantar depa pegi umah Along BB pastu nak cargas pegi klinik
dengan rasa konfiden AKAN DAPAT MC, makcik sarung seluar elastic kaler ceklat
Mujur aku pakai blouse, kalau pakai T-Shirt... hohohooo....

Mula-mula ingat nak pi Klinik Wong kat Bukit Beruntung
Sebab bini kawan PS doktor kat situ, kunun senang nak kautim
sebab dah selalu sangat jumpa Doktor tu kat majlis-majlis rasmi dan tak rasmi Perodua
Sekali, masa baru kuar dari Bayu Permai, Along BB talipon
An, hantar budak-budak umah Mak dulu.... Pagi karang Along pegi ambik
Along ada hal kejap pagini...

So, oleh sebab tak pegi BB
Makcik pon decide untuk pegi Klinik SP Care jer
Jumpa Dr Prakash macam biasa...
Oleh sebab dah terlalu biasa dengan dia...
makcik kau dah termalu pulak nak mintak MC, dalam hati dok kata,
Kalau kau bagi MC aku ambik, kalau kau tak bagi takperlah, aku tak mau mintak...

Cehhhh...... memang sungguh dia tak bagi!
Makcik rasa, doktok tu pon berkata-kata dalam hati jugak...
Kalau kau mintak MC aku bagi, kalau kau tak mintak aku takmau bagi
Hahahahaha... boleh pulak aku main teka-teka mcm tu pagi-pagi buta huh?

Sampai PID, singgah MSM beli mineral water dan 100 Plus
pastu rembat nasik lemak sebungkus kat akak gerai depan MSM
masuk PID, On semua suis macam biasa...
Sekali nampak lampu LAN kat modem dok berkedip-kedip
Wahhh... ini sudah bagus!

Terus naik notis depan pintu PID - INTERNET TIADA
makan nasik, makan ubat, ambik port atas sofa... terus hanyut!
Sedar-sedar dah pukul 12 tengahari..hahaha...
Tengok lampu LAN dah stabil... ym dah autoconnect...
mesej dari para feminat dah berkedip-kedip... hahahha... gila perasan Dibah!
Layan feminat 2,3 ayat... lepastu terjun atas sofa balik... tidur lagi! Hahahaha
Pukul 1.15 baru bangun sebab nak terkencing [kalau tidak, entah2 sampai petang!]
Ambik kunci, masuk Pejabat Pos... lepas setel solat semua...
Baru makcik kamuorang kembali ke PID dan menulis entry ini

So, adakah entry ini dikira ada motif?

5 comments:

Me on August 2, 2010 at 3:41 PM said...

N3 nie menunjukkan betapa sibuknya makcik... dan mengiyakan tagline "kadang-kadang free, Jarang-jarang busy" hahhaha

fatonah on August 2, 2010 at 4:26 PM said...

ini entry ada motif..motif ya adalah takde motif..muahahahaha..

IMAN'S UMI on August 2, 2010 at 4:34 PM said...

Adakah skrg musim x sihat? Sbb sy pn demam je ni sejak jumaat...tp xdela panas mana pn. hmmmm...minum 100plus blh elak darah idung ke?

makcikrehan on August 2, 2010 at 4:37 PM said...

Kerul, akuni always LLB = Look Like Busy! hahaha

makcikrehan on August 2, 2010 at 4:39 PM said...

Fatonah, motip la sangat kan? hahaha

Iman's umi, 100 plus tu nak top-up air dlm badan jer. bila dah tak larat nak togak air masak, sekali sekala makcik togak 100 plus pulak.

ShareThis