Friday, September 10, 2010

AMALAN SUNAT DI PAGI SYAWAL

Posted by makcik rehan KJB at 9:49 AM
*Pacak lama sikit, entry baru kat bawah*


Lama makcik tak jadik Ostajah kan?

Sedikit perkongsian ilmu,
dikutip dari pembacaan dan tazkirah dari ayah makcik dulu-dulu.
Sekadar berpesan-pesan dan mengimbas kembali bagi yang memang dah tahu.
Kalau ada kekhilafan, jangan segan-segan buat pembetulan.
Makcik kau cool hokeh! :-p



   1. Mandi sunat hari raya di pagi hari, walaupun tak pergi solat sunat hari raya.
       Mandikan diri dan anak-anak sebelum jemaah di masjid atau surau
       memulakan solat sunat hari raya.
       Niat kan dalam hati : Sahaja aku mandi sunat hari raya aidilfitri, kerana Allah Taala.
       Jiruslah air bermula dari kepala dan ratakan ke seluruh tubuh.

   2. Berpakaian cantik dan baru (jika mampu), menutup aurat pastinya.

   3. Memakai wangian, memperkemas diri (gunting rambut dan potong kuku).
       Biar nampak hensem dan kemas.

   4. Makan sedikit sebelum solat sunat Hari Raya (Aidilfitri).

   5. Mendirikan solat sunat Hari Raya di tempat yang luas.

   6. Solat sunat Aidilfitri dilewatkan sedikit waktunya
       bagi memberi ruang kepada sesiapa yang belum bayar zakat.

   7. Pergi dan pulang dari masjid/ surau melaui jalan yang berbeza,
       supaya lebih ramai orang yang kita jumpa dan bersalaman semasa pergi dan pulang.
       Dapat mengeratkan silaturrahim dan berjumpa dengan orang-orang yang jarang kita jumpa.

   8. Mendoakan dan mengucapkan yang baik-baik sesama insan.
       Jangan dikenang perkara-perkara buruk dan memalukan.
       Hari Raya adalah untuk meraikan kemenangan dan kegembiraan.



Salam Aidulfitri dari Makcik sekeluarga.

Dengan setulus hati dan sepenuh kasih sayang,
makcik mintak ampun dan maaf andai ada tersalah kata
sepanjang perkenalan di dunia maya dan dunia nyata.

Yang baik, jadikan pengajaran.
Yang lucu, jadikan kenangan.
Yang buruk, jadikan sempadan.

Sebagai insan yang lemah dan selalu alpa,
Maafkan segala salah-silap saya ya...























i lap u olls sangat manyak!




6 comments:

KV on September 8, 2010 at 10:22 AM said...

salam lebaran makcik. Maaf di pinta. 0-0 yer

selamat bekerja (hari ni). Haha

nurulhudaresad on September 8, 2010 at 10:25 AM said...

ostajah ku syg....slmt ari raya...ampun salah silap gurau2 manja berkasih kita sepanjang kita kenal yaa.....lap u too........kiss kat mencah ngan asyraf...

ani on September 8, 2010 at 11:00 AM said...

Selamat Hari Raya buat Raihan sekeluarga...& selamat bekerja juga...sama la kita..:(

makcikrehan on September 8, 2010 at 11:09 AM said...

KV, Nurul & Ani, lap u olls...

adha on September 8, 2010 at 12:31 PM said...

MR
aku pun nk mintak maaf zahir batin..
sebbb selalu gelakkan ko...

semoga pas raya ada posting2 yg meriah untuk dikongsi..

hati2 dijalan raya

Nadiah Sidek on September 10, 2010 at 10:59 PM said...

selamat hari raya kak rehan! jemput beraya di lincoln ^_^

ShareThis