Friday, October 15, 2010

MENGAJI

Posted by makcik rehan KJB at 9:40 AM
Pagi tadi Maklom Ibu tanya,
Nak hantar Aisyah mengaji tak?
Dia buleh ikut budak-budakni pegi mengaji petang-petang
10 rengget jer sebulan....

Makcik pon tanpa ragu-ragu menjawab,
Boleh sangatlah kan Long
Sementara tunggu Babah dia datang ambik kan...

Maklom sambung,
Kalau nak hantar, nanti Rehan buatlah baju kurung dia 2,3 pasang
habuan nak pakai pegi mengaji...

Sampai jer opis,
bukan aku kalut nak belikan buku Iqra' ke apa tau... muahahahaha
aku dok sibuk gugel cari pattern dan pola baju pulok doh!
Haru betoi mak hang Mencah oiii....

Instead of baju kurung biasa,
makcik cam terpikir nak buatkan dia baju ala-ala Punjabi tu
seluar panjang dan baju lengan panjang yang labuh
itu pon sopan gak kan?

Makcik rasa, baju macamtu lebih sesuai dan praktikal
untuk Mencah yang tengah ligat menjongket macam tak pernah jumpak tanah
atau dalam bahasa banjar, kadak bisa beranai! :))


Pic credit to http://emuslimahboutique.blogspot.com




























Something like the above,
tapi makcik jahit dengan kain cotton morah-morah Nagoya mari

Cogankatanya adalah :
Tibai jerlah jahit lagumana pon, janji jimat duhet! ekekekekek




0 comments:

ShareThis