Wednesday, October 6, 2010

PEMINAT ADA DIMANA-MANA....

Posted by makcik rehan KJB at 3:43 PM
Entry yang lagi sekali akan menjengkelkan Kak Mah Gali wakakakaka!


Orang kata, bukan aku kata... sebagai selebriti... kita kena sentiasa bersedia
kena pakei baju cantik semedang, catwalk semedang,
bercakap pon kena lemah gemalai dan sopan sintun
jadinya, kalau tiba-tiba disapa peminat atau di 'capture' paparazzi...
kita takdelah melatah dan meroyan kannn....

--------------------------------------------------------------------------------------------------------


Pagi tadi macam biasa...
kelam kelibut memecut pegi Bukit Tak Untung nak hantar hanak-hanak
baju tak gosok, tudung pon keronyok, pakai bedak pon bercapuk-capuk
lepas jer hempuk budak-budak kat Maklom depa,
pecut pulak pegi PID ikut jalan belakang
yakni Jalan Bukit Sentosa yang banyak lembu dan sunyi sepi

Siapa sangka... di jalan yang sunyi sepi lagi hening itu
ada peminat misteri sedang menanti bersama buku autograph di tangan


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Assalamualaikum Puan.....


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Bak sini saya nak tengok lesen....


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


OK.... boleh pegi...
Saya ingat Puan tak pakai tali pinggang tadi...
[sambil senyum lebar seindah suria!]


Haaa nampak tu? nampak tu?
Bukan kah itu tandanya Bapak Polisi tu minat kat aku?
Saja-saja tahan keta kontot aku... sebab nak bermesra dengan aku kan?
Saja-saja tahan keta aku sebab nak tengok gambor cun aku kat lesen kan?

Mana mungkin ko tak nampak tali pinggang keledar
yang dok berselempang kat tengkuk aku nih!

Haaaa..... nak sangat tengok gambor dodulu makcik kat lesen eh?
Hambekkkkk!





















Adik aku kata, gambo ni macam aku belit kain sari buat tudung
Pastu awning kat depan dahi tu,
punya tajam macam corong nak tadah air hujan!
Keji betul....

Tu gambor tahun 2000 tu wei.. lama dahhh...
ambik gambo tu secara tangkap muat jer pon
time tu, gambor tu jerlah yang aku ada nak buat tepek kat resume,
nak tepek kat  ruangan berkenalan dalam majalah URTV pon gambor tuuulah jugak :))

Zaman tu blom ada tudung Arjuna ker Ariana ker...
macam yang korang-korang dok pakai skangni...
tudung bawal no 1 yang rega 40 hinggit tu kira habis cun dahlah..
tapi aku ni dulu bukan pakai loan PTPTN... aku pakai loan MARA jer...
mana layak berdiri sama saf dengan pemegang loan PTPTN yang kaya raya di awal semester

Soooo.. selayaknyalah kan
aku mampu pakei tudung corak-corak kain kasar kaler ceklat cenggini jer
harga pon murah saja.... beli kat pasar malam Seksyen 16 Bandar Baru Bangi
3 helai spoloh hengget jer noks!

Tudungni ko gosok punya gosok pakai sterika wap ker, sterika arang ker
hasilnya srupa macam tak gosok jugak
sebab tu aku tak penah gosok tudung ni... hahaha... baekk punya alasan :))

Tetiba aku rasa menyampah baca entry ni
mengarut tah apa-apa... muahahahaha!


Sekian,
makcik shayam korang!


Sila tinggal link kat bawah [scroll sampai bawah page]
bila-bila rajin, nanti aku terjah belog kamuorang
[entah bila aku nak rajin, malas semedang]






12 comments:

♥♥♥ سواي @ ماما ايمان شاهيراه ♥♥♥ on October 6, 2010 at 3:49 PM said...

mak cik gebu sgt tu yg peminat tahan tu...hahahaha

Me on October 6, 2010 at 3:54 PM said...

nak tepek kat ruangan berkenalan dalam majalah URTV pon gambor tuuulah jugak :))>>> jijik lagi keji hahahahha....eden pun MARA.. kita sama MR..

Elyn on October 6, 2010 at 4:10 PM said...

aku br je idupkan lesen lepas sebulan jadi pemandu haram!!! baca entry ko ni tetibe tkt lak kalau kene thn tetibe heheheh

makcikrehan on October 6, 2010 at 4:18 PM said...

Lyn, ko komen sini baru aku tingat..lama tak masuk belog ko. patutlah asyik tak pasan.. aku blom tuko URL baru ko lagi yang oi. Baekk.. aku tuko skang jugak!

TopsyTurvyMum on October 6, 2010 at 5:02 PM said...

hahahaa..klasik gambo ko wehhh!

aku lak...sebelum test kete confident je mekap lawo2 pasal kalau pass terus ambik gambo buat lesen time tu jugak..
kalau tak pass..membazir je mekap aku ekekekeke

nifalnin... on October 6, 2010 at 5:21 PM said...

dasat la MR... pepagi dah ade yg thn keter nak mintak otograp.. nasib baik feminat tgk gambor makcik.. tu yg x sempat nak dpt otograp tu... hahahah...

ms.Teddy on October 6, 2010 at 7:32 PM said...

makcik bg autograph x??

nurulhudaresad on October 6, 2010 at 8:13 PM said...

comel ok...mcm budak skolah nak p mengaji...

Zana S on October 7, 2010 at 1:10 AM said...

aku pun ada se tudung cenggitu. dah la dia potong tak tepat. dilipat tiga segi yg dlm ke luar, yg luar ke dalam. mmg haru. kaler hijau. mmg gosok tak gosok sama jek. kejap je aku pakai. bila pi pasar mlm jumpa tudung lagi murah + cantik, mmg tudung tu jadi alas tutup komputer la sudahnya. hahaha!

ko mmg mengimbau kenangan.. :p

SYANI on October 7, 2010 at 7:53 AM said...

Kita panggil apa ha tudung tu ye?? Aku pun ade la 2-3 pasang... masih pakai sampai hari ni [buat pakai pi pasar] <-- nampak sangat ketinggalan zaman.

Me on October 7, 2010 at 9:34 AM said...

syani ko tak ketinggalan zaman.. sesungguhnya tudung itu menampakkan kita moda remaja.. i loike.. MR eden tertanya2 kenapa ekau ditahan walaupun pakai seatbelt.. lalu eden merumuskan bahawa>>> sebenarnya ekau adalah SUSPEK UTAMA dlm membuat kesalahan lalu lintas langsung kemana ekau n sikontot p akn menjadi perhatian & wajib ditahan dlm erti kata lain U R UNDER PAROLE hahahahhaha keji tak analogi eden hehehehh (owh terpjg sudah..)

UmmiRosma on October 7, 2010 at 5:20 PM said...

Comel nya Rehan...

ShareThis