Monday, October 4, 2010

RECYCLE

Posted by makcik rehan KJB at 9:06 AM
Dicelah-celah kelesuan PID,
lagi dengan condition PC yang hazab al-kazab
juga dengan connection streamyx yang asek semput....,

Ada pulak 4-5 orang yang datang nak daftar kelas
kalo ikut napsu serakah memang malas nak ambik student
tapi kesian pulak tengok budak-budakni,
ada datang dengan mak-bapak...
bersungguh-sungguh nampaknya...
kami nak sijil kak, 
nak buat modal mintak keja kerani kat kilang kertas depan tu...

Daripada aku bior budak-budak tah mana-mana dok main fesbuk pagi-petang
baik aku terima budak-budakni... ada gak pekdah kan
ambik jerla takat berapa bijik komputer yang masih bernyawa-nyawa ikan ni kan

Pagi Khamis, Nurul dan Nana start kelas pertama
Nurul nampak OK, tapi kekadang blur jugak
Nana lambat sikit, dan blur dia pon banyak sikit dari Nurul hehehe...

Syllabus yang pertama semestinya Microsoft Words
Makcik suruh depa cari gambar kat Clip Art untuk buat poster
dah tulis siap-siap kat dalam buku latihan
cari apa-apa gambar berkaitan RECYCLE
dan letak dalam poster yang kamu buat tu
















Nurul taip R.E.C.Y.C.L.E dalam kotak search for tu
Zassss.... sekoyan gambor terpacul kuar...setel!

Nana plak terkebil-kebil dok tonyoh mouse
dia komplen kata komputer dia takde gambo langsung,
tekan banyak kali... tak kuar jugak gambo macam Nurul punya...

Makcik pegi dekat... usha skrin komputer dia,
mula-mula makcik ingat PC tu dah 'hang' sebab dia terlebih klik :))
jangan taktau, budak-budak PID ni ada yang macam kena badi 'tikus',
tekan mouse berkali-kali macam nak katok tikuih bagi mampuih!


Bila pandang skrin komputer dia,
terus aku geleng kepala......



*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Cuba awak eja, macamana awak tulih RECYCLE?



*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


















R.E.S.A.I.K.E.L   !!!!??





Nota kecik :
Nurul dan Nana, masing-masing SUDAH berumur 18 tahun.












7 comments:

Sitisifir10 on October 4, 2010 at 9:50 AM said...

hahahaha..ni nama sebenaq ka k.an??

makcikrehan on October 4, 2010 at 10:09 AM said...

Nama panggilan depa. Nama sebenaq dirahsiakan utk keharmonian rumahtangga :))

Anonymous said...

wah..bm dia dapat A+

SYANI on October 4, 2010 at 10:54 AM said...

Ni DBP boleh buat modal tambah vocab ni..

nurulhudaresad on October 4, 2010 at 11:16 AM said...

leh wat 1 kelas lg...kelas bahasa inggeris....penting gak tu..huhu

Mamma on October 4, 2010 at 11:36 AM said...

aku gelak gulim2
muahahahaha

nifalnin... on October 4, 2010 at 2:59 PM said...

sedihnya... MR patut buat kelas tambahan plak pasni... mana tau, bertambah2 murah rezeki MR pasni...

ShareThis