Friday, October 8, 2010

SUSILI

Posted by makcik rehan KJB at 10:49 AM
She's Chinese Indonesian, married to a local chinese guy
still young, silap-silap lagi muda dari haku tau
must be rich - hubby drive Nissan Grand Livina
[kaya la kalo nak bandingkan dgn si kontot aku khenn]
i think she owned a boutique at Batangkali
[dia penah cakap, dia keja kat kedai baju PSA]

So, motip dia datang menyusahkan hidup aku...
hegeh-hegeh tetiba nak blajo komputer...
mungkin sekali sebab nak memantapkan urusniaga simpankira di kedai beliau

I have no issues with race here,
Cina, Melayu, India semua dilayan 1 melesya kat mana-mana PID
Infact, ada ramai user non-malays yang aku kamceng
siap buleh bertepuk tampor
dan bergossip-liar tentang masalah sejagat

Tapi yang ini haku pening weh pening!


Ikut hati takmau ambik dia ni... sebab dia bukan warganegara kan
tapi haritu dia datang bawak laki, bagitau kata dia dah kawen
siap tunjuk sijil kawen... so, maknanya diani PR la kot kan...
dah laki dia warganegara melesya kan,
apalah kuasa aku untuk menidakkan hak dia kan...

Sebab aku terbayang,
kalo aku tak terima Susili ni kan,
macamanalah nasib org melesya yang kemain ramai kawen dgn mat/minah saleh tu kan,
atau jugak org melesya yang berhijrah atau jadi expatriat duduk ober the sea tu kan
camana kalau aku berada di tempat depa... pastu hak aku dinafi-nafikan?
mesti aku syedihhhh.... kan?

Nak tak nak terpaksalah haku hadap dia 2 kali seminggu
tersangatlah hazabedah aku nak mengajornya...
Tangan memang pengkor gilerrr....
pastu haritu bila aku tanya buleh baca Bahasa Melayu tak?
dia kata bulehhh...... ha memanglah bulehhh...
Buleh belah hokay! huhu...
Meroyan haku dibuatnya tau [ikon menangis guling-guling]

Tapiiiii.....
satu benda yang buat aku kagum dengan dia ni tau
laki dia sudi temankan dia datang kelas tiap-tiap minggu
setia berada disamping bini untuk menjadi pengalihbahasa dan penunjuk arah
sangat beruntung bukan?


























Soooo... oleh sebab laki dia yang gagah perkasa ada bersama
selamatlah dia dari kena maki dengan haku! hahahaha...
berani sangat ke aku nak maki-maki...
sekali dia debik aku yang bulat macam tempayan ni...
mau rongak gigi aku dibuatnya :))





6 comments:

zealvia on October 8, 2010 at 11:58 AM said...

hahahhaha...rasanya dia mmg soh laki dia teman kan ler..sbb mr kerek semacamje..muakakak

UmmiRosma on October 8, 2010 at 1:33 PM said...

hehehhe..lucu...kena tahan je lah yea..

u ni teacher bahasa ke Rehan? You buat tuition at home?

makcikrehan on October 8, 2010 at 1:58 PM said...

Ummi, saya mengajar asas komputer di kawasan pedalaman. hehe

makcikrehan on October 8, 2010 at 1:59 PM said...

Zea, aku pon sependapat dgn ko :-p. dia seram dgn aku! haha

Faizah Munirah on October 8, 2010 at 2:22 PM said...

respek gk la laki die temankan. kalo laki ai lom tentu. ekeke..

SYANI on October 8, 2010 at 4:49 PM said...

Aku rasa dia bukan tokey butik la sebab tokei PSA tu memang Chinese yang fluent gile speaking melayu & rambut panjang..

ShareThis