Friday, November 26, 2010

MINOR OPERATION : CATARACT

Posted by makcik rehan KJB at 11:46 AM
I havent blog about this kan?

Asyik bertangguh-tangguh sebab haku nak buat proper posting
with all the details on procedure, risk, cost etc.

Motepnya adalah supaya para anak-anak yang soleh dan solehah diluar sana
boleh memulakan langkah perawatan yang seumpama ini kepada parents masing-masing
kembalikan penglihatan mereka agar hari-hari tua mereka lebih bermakna!

My emak mula mengalami kemerosotan penglihatan yang kronik sejak 2-3 tahun kebelakangan ini
bawak pegi buat spek baru, tak membantu sangat pon
ada beberapa insiden, mak terhiris jari masa siang ikan dan bawang
masa raya puasa baruni, dia membebel kat adik yang dok baring kat sofa
dia marah tido kat situ... suh masuk bilik sebab kat situ takde kipas dan banyak nyamuk
Geleng kepala haku taww... mana ada adik haku atas sofa...
yang dia nampak terbaring macam orang tu sebenarnya bantal peluk kecik-kecik!
tengokk..kronik tak kronik vison mak haku kan?

Nak mengaji pon dah payah... tak nampak huruf
terpaksa adik haku bacakan untuk mak
dah la hadek aku tu pon ala-ala jer bacaan dia ekekekeke...

So, bermula dari sebelum puasa haritu,
aku bawak mak pergi klinik mata untuk dapatkan referral letter
referreal letter adalah WAJIB ADA kalau nak buat rawatan di Hospital Selayang
Hospital lain aku tak pasti sgt prosedurnya
setakat yang aku tahu, HKL dan HTAR Klang pon ada buat rawatan mata seumpama ini
Aku pilih Selayang sebab dekat dengan rumah.

Referral letter ni, kalau nak senang... buleh dapatkan dari mana-mana klinik kesihatan kerajaan
bawak jer surat tu pergi JABATAN OPHTALMOLOGI.
Tunjuk surat tu... pastu depa akan bagi tarikh untuk appoinment yang pertama.
Kalau nasib baik.. datang awal dan kebetulan orang tak berapa ramai,
buleh buat pemeriksaan awal on the same day - dah jimat masa dah tu.

Selepas beberapa siri pertemuan dan pemeriksaan,
tarikh untuk menjalani pembedahan akan diberikan.
secara anggaran, tempoh yang akan dilalui oleh pesakit
sejak appointment yang pertama hingga hari pembedahan adalah lebih kurang 3-4 bulan
[mungkin juga ianya bergantung kepada tahap keseriusan pesakit]

Sebelum tarikh pembedahan diberikan,
pesakit akan diminta untuk membuat [membeli] kanta
yang akan dipasang secara kekal di dalam mata
biasanya, selepas rawatan pesakit dah tak perlu pakai kacamata
sebab dah ada built-in lense kat dalam mata :-)

Kos untuk buat kanta mata ni bergantung kepada tahap 'power' kanta
macam nak buat spek juga agaknya,
lagi tinggi power, lagi mahal harganya.

Untuk mata sebelah kanan my emak [kanan lebih kronik dari kiri]
kosnya adalah RM670 sahaja
haku tulis 'sahaja' sebab kos ini dikira murah banyak
berbanding harga yang dikenakan di pusat pakar mata swasta
Manakala kos pembedahan pula hanya RM130.

Dimana nak buat kanta mata tu?
Jangan susah hati...semuanya tersedia di Hospital Selayang [hospital lain saya kurang arif]
bawak saja slip yang doktor bagi ke tempat 'pembelian'
dah lupa nama tempat 'pembelian' tu
tapi dia macam kedai koperasi hospital dan terletak di dalam hospital jugak
cuma dalam bangunan yang lain.. sebelah jer pon.

Kita pegi kedai koperasi tu bagi slip yang doktor bagi,
pastu buat bayaran jer.. tak payah collect kanta tu bawak balik ke hapa
[ni aku lerni... mintak kanta nak bawak balik :))]
kanta tu akan disimpan oleh pihak hospital,
dan akan dihantar terus ke dewan bedah pada hari pembedahan
cool kan? tak yah susah-susah nak gigil-gigil bawak kanta dalam tapawe :-p

Sebelum tiba hari operation,
doktor akan suruh buat beberapa rutin simple kat mata setiap hari
kena bersihkan tepi-tepi mata dgn campuran air + syampoo johnson baby kaler kuning
guna cotton bud, dan bersihkan tepi-tepi mata 2 kali sehari
tak yah nak makan ubat apa, cuma kalau tak silap ada eye drop yang kena titiskan dalam mata
mungkin sebagai persedian untuk menyediakan mata di hari pembedahan

Hari pembedahan pon tiba.
Maka lutut mak pon mengigil hehehe
mak kata depa bius... tak sakit pon
tapi terasa la jugak bijik mata tu ditujal-tujal hehehe
pembedahan ni simple dan sekejap ajer
takde luka pendarahan dan takde jahitan pon

Lepas bedah tak yah duduk ward pon
buleh balik terus, cuma kena jaga mata elok-elok
makan takyah pantang tapi kena elakkan bahang panas
[so mak tak buleh masak dalam 1-2 minggu]
tak buleh potong bawang, nanti mata pedih
tak buleh tunduk-tunduk, tanak bagi tekanan kat mata
Overall, mak cool ajer... :))

Lepas seminggu operate, kene pegi hospital untuk follow-up
Alhamdulillah semua okay jer
dan temujanji yang seterusnya adalah sebulan selepas itu
maknanya 31 Disember ni, my emak akan datang Rawang lagi

Selepas 3-6 bulan, doktor akan monitor keadaan pesakit
kalau semua mantop, operation mata sebelah kiri akan menyusul
yerla.. kalau dua-dua belah mata rosak..
tak kan nk repair sebelah jer kan, tak balance larr :))

























Itu mak saya sejurus selepas pembedahan.
Yang terpenyek keletihan kat sebelah tu, my adik
orang lain yang dibedah, orang lain yang lembik!

Bila balik rumah haku,
tengah duduk-duduk kat sofa sambil tengok tibi,tiba-tiba mak kata:

Laaaa... baru harini mak nampak dinding hang berconteng macam papan hitam!

Muahahahaha....
Welcome back mak! Sayam mak...







26 comments:

♥♥♥ سواي @ ماما ايمان شاهيراه ♥♥♥ on November 26, 2010 at 12:00 PM said...

al-hamdulillah
dpt info ari ni...

semoga mak mak cik sihat sokmo...wah pasni jaga2lah mak cik...rambut selai pun dia buleh nampak..wakakaka

kamalnzura on November 26, 2010 at 12:17 PM said...

mak MR xde kencing manis eh?

mak sy ada kencing manis, jadi mmg effect sgt2 la dgn mata...x nmpk..rabun..pakai spec pun x jln...

makcikrehan on November 26, 2010 at 12:36 PM said...

Sue, lepasni bilik rahsia kena kunci rapat2. kekeke

makcikrehan on November 26, 2010 at 12:36 PM said...

Kamalzura, yer.. mak sayer takde kencing manis. rabun yg macamtu masalah lain kot ekk?

kamalnzura on November 26, 2010 at 1:01 PM said...

a'aa..kalau ada kencing manis, mmg saraf mata akan rosak...

littlehumblelynn on November 26, 2010 at 1:54 PM said...

MR,

my mom tak nampak jugak..tp bukan katarak tp mmg visible low due to diabetis..suh g wat operation smp ke sudah dia tak mau...sedih!!

Dee on November 26, 2010 at 2:30 PM said...

MR..dee dah operate buang cataract sbb dee dpt cataract secara genetik..yg mata kanan buang kt tun hussein onn eye hospital, pj..kos RM1,500 rasanya..tp company byr..kali ke dua utk mata kiri..dlm 3 tahun lps..buat di Optimax Shah Alam..swasta..kena RM3,000..lps tu mata kanan tu naik selaput balik lps 10 tahun operate..doc tembak pakai laser je..RM600 lebih utk satu mata..buat kt optimax gak..mata mak MR pun boleh jadi balik..tp lps ni xyah operate..tembak laser je..

dulu gi HKL..dari umur 6 tahun..menunggu berjinggut..x jugak dioperate..smpi give up..smpi dh keje..baru dpt buat kt HTHO tu..hehehe..adik beradik dee..majoriti mmg ada cataract..dorang pun ada yg dok Rasa..ada yg dok Batang Kali..

makcikrehan on November 26, 2010 at 2:38 PM said...

Dee, mak MR maybe sbb warga emas kan, tu yg dapat agak cepat kot. depa kata tengok tahap keseriusan pon iya jugak. Ada sedara kat sini eh? hehehe... malu haku kakakaka.

Kak Rose on November 26, 2010 at 3:35 PM said...

MR, mak n pak kak rose pun dah penah buat,tp suma kat swasta jer... x yah tunggu lama2... alhamdullilah sekarang derang dah x yah pakai cermin mata dah.... nak ngaji pun senang tp bukak quran besoooo tu!

noor on November 26, 2010 at 4:44 PM said...

mr...mak mertua aku wat kat Al-zahra bangi kena RM1.2k...tp dia kata tak sakit langsung...cepat je lah buatnyer sebab bayo sendirik kan..hehe

makcikrehan on November 26, 2010 at 4:54 PM said...

noor, murahnya kat az-zahra. mak akuni..tanya kat specialist kan.. sebelah mata kanan tu dia caj 5K! terduduk aku mendengarnya huhu

makcikrehan on November 26, 2010 at 4:55 PM said...

Kak Rose, mak kiter haritu dh bwk pi swasta..mahai bebenor. sebelah mata 5K, sebelah lagi 3K. mak kita kata takyah mebazirla... mak boleh tunggu, buat kat gomen ajer kater nyer...

nuraz on November 26, 2010 at 5:30 PM said...

MR - moga mak cepat sembuh
littehumblelynn - visible low due to diabetis tu, try bg minum pati gamat ekstrak perasa asli...insya'allah ada keberkesanannya...

Me on November 27, 2010 at 11:51 PM said...

make sure before 31 dec nie.... NO MORE BILIK RAHSIA & NO MORE MURAL hihihihihi... good luck...

izanmalek on November 29, 2010 at 10:34 AM said...

MR - akan doakan semoga mak awak akan cepat sembuh seperti sediakala.. insyaAllah... ameen..

nini on January 23, 2013 at 6:53 AM said...

info yang sangat berguna since my mom dah tergerak hati nak operate mata dia juga....hehe..thanks ya...

aishah on October 8, 2013 at 11:28 PM said...

salam nk tnyem yg dkt HTTho tu sbnrnye gomen ke private?npe kena byar 1.5k. sbnrnye ayh sy pon ade cataract tp tggu turn kt hukm lame sgtttt.he

aishah on October 8, 2013 at 11:28 PM said...

salam nk tnyem yg dkt HTTho tu sbnrnye gomen ke private?npe kena byar 1.5k. sbnrnye ayh sy pon ade cataract tp tggu turn kt hukm lame sgtttt.he

aishah on October 8, 2013 at 11:39 PM said...

nk tnye. tukar kanta skali x ye?bgs la harga tu.

EKIN SMARTCALL on April 7, 2014 at 9:51 AM said...

salam..saya nk tnye dekat klinik kesihatan mana2 pon boleh buat pemeriksaaan mata ke untuk dapatkan referreal letter? dh dpt surat tu bru make apppoimnt ngn govment ye?

makcik rehan KJB on April 8, 2014 at 12:11 AM said...

ekin, ya mana2 klinik kesihatan gomen pon boleh :)

LeesaFazlena on May 15, 2014 at 1:17 PM said...

salam. kak, nk tanya, ade contact no nurse atau person in charge kt bhgn mata hsptl selayang ni x? sbb mak mertua sy ni bkn katarak, penyakit dia lbh kurang mcm AMD, nmpk bulat hitam, so penglihatan terganggu.
nk tanye

makcik rehan KJB on May 18, 2014 at 12:21 AM said...

salam.

sorry leesa,takde simpan contact no. awak boleh try google no telefon bahagian ophtalmologi (ejaan tak sure) hospital selayang. boleh tanya depa... maaf x dpt tolong banyak... semoga MIL boleh kembali sihat penglihatannya :)

Dr Akbar Abdullah on August 11, 2015 at 12:54 PM said...


Pengalaman yang berguna untuk dikongsi bersama. Katarak boleh disebabkan oleh faktor usia dan faktor sekunder iaitu penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi. Untuk mencegah katarak, mata perlu dijaga dari awal kerana proses pembentukan selaput pada kanta mata adalah satu proses yang perlahan dan berterusan. Bagi mencegah penyakit ini, seseorang yang berisiko tinggi digalakkan untuk mengamalkan pemakanan yang kaya dengan Vitamin C, beta-carotene dan Vitamin E. Selain itu, bagi mereka yang menghidap penyakit-penyakit kronik, kawalan penyakit itu sangat penting. Merokok dan pengambilan minuman keras juga tidak digalakkan kerana ia boleh mengurangkan kandungan air di dalam kanta dan menyebabkan kanta menjadi kering dan tidak kenyal.

Iamwhoiam on February 10, 2016 at 5:22 PM said...

Good sharing, today, Tun Hussein Onn National Eye Hospital (THONEH) has the equipment to perform the non-invasive procedure to treat the condition. “The Ultra Q multi-modality YAG Laser we acquired offers greater accuracy and control than traditional YAG Lasers, allowing us to perform better treatment, read more at:
http://kidbuxblog.com/non-invasive-procedure-to-treat-eye-floaters/

Amoi Shasha on October 27, 2016 at 11:53 AM said...

Salam kak.sy pon ad cataract & lazy eye (mate mls aka juling) sblh kanan.sy slalu wat checkup kat klinik oftalmologi kat hosp Shah alam.br2 ni gula sy naik.dok xbg operate.

ShareThis