Monday, December 20, 2010

LEPASAN SPM

Posted by makcik rehan KJB at 4:13 AM
[Zaman aku, tahun 1996]

Tak dan nak berangan, balik kampung [dulu aku dok hostel] teruih pi intebiu kerja kilang.
masa nak pi intebiu, Pak Menakan aku yang masatu pegang kontrak bas kilang dah siap pesan:
Toksah dok tunjuk pandai, hang bukan intebiu nak mintak keja cikgu!

Kilang Hitachi kat Perai, umah aku kat Kuala Kurau.
Kalau kena shift pagi, pukul 4.30 pagi dah mangkit [jenuh bercungkil tiap-tiap pagi]
pukul 5.00 pagi van datang [Al-fatihah kepada Arwah Chaq Dol, drebar van kilang aku dulu]
5.15 pagi transfer naik bas kilang pulak,
pukul 6.15 pagi sampai kilang - gegas pi surau solat subuh,
6.30 pagi sarapan kat kafe - makan laju-laju,
lepas tu teruih masuk locker room,
sarung production suit, pakai face-masak, pakai production shoes...

Pukul 3.00 petang habis shift, tapi pukul 2.00 petang supervisor datang 'sound' :
Rehan, hang kena OTI petangni. Target line hang tak sampai!

Fuhhh... berpinau bijik mata dok hadap microscope dari 7.00 pagi sampai 7.00 petang.
Bukan sekali, bukan 2 kali aku tertido sambil lekap mata ataih microscope.
OTI 4 jam, maknanya gaji lebih sikit. Kupon makan pon dapat lebih.
Takpa-takpa. Keja 12 jam pon takpa. Mata ting-tong pon takpa.
Janji dapat kumpul duit nak beli loafers.
Zaman tu 'kasut' style loafers tengah in.
Masuk U nanti, aku pon nak pakai loafers macam budak lain.


Pi keja tak jumpak matahari.
Balik keja pon tak jumpak matahari.
Putih melepak aku masa keja kilang, kulit tak sempat nak sunburn.
Rugi pulak aku tak mengorat anjingneer Siam yang selalu jaga line aku dulu.
Shorn nama dia. Macho bila dia pakai face mask. Tapi bila bukak face mask, hancho!

Eh, tak payahla menyesal. Laki aku skang pon tak kalah apa.
Walaupon hanya kucingneer [bila ko nak jadi anjingneer bang?]
Nama pon dah dekat-dekat, Sepol.
Shorn dan Sepol. Anjing dan kucing. Comel huh?

Pukul 7 habih OTI, teruih pi salin baju kat locker room.
Gegas pulak pegi surau nak solat Maghrib.
Tak dan nak mekap-mekap, terus gegas panjat tangga bas.
Letak ja bontot atas kusi bas, terus pengsan.
Pukul 8.45 mlm sampai kat simpang kampung.
Arwah Chaq Dol dah tunggu dengan van. Naik van pulak sampai umah.
Pukul  9.00 malam sampai rumah.
Melelong-lelong solat Isyak... tak payah mandi, terus bongkang.

Seminit pon tak buleh disia-siakan.
Esok pukul 4.30 pagi dah nak mangkit semula.




[Zaman korang, tahun 2010]

Tak bulehka hangpa pakat pi kerja kilang macam aku dulu?
awat yang dok pakat-pakat mai serbu PID nih?
kesianla kat aku weiii... aku kena hadap hangpa sorang-sorang woo...
Tolongla tunjuk sehabis-habis pandai, hangpa bukan nak intebiu kerja kilang!!




Janganla tunjuk benak sangatttt... takut nanti aku jadi
Hantu Makcik Rehan naik berang!






.





9 comments:

TopsyTurvyMum on December 20, 2010 at 7:08 AM said...

aku pun lepas spm belajo komputer gak wehh..cuma takde PID jer kat Raub tu..
nak keje kilang mak jah tak bagi...tak keje kilang pun suka lepak ngan bohsia..kalau aku keje kilang? ishhhh...nasib baik la mak jah tak bagiii..

Sitisifir10 on December 20, 2010 at 7:32 AM said...

Kah kah kah...padan lah boleh ungkit cerita zaman silam... k.an, saya mmg takleh lupa k.an pernah pesan kat saya buat2 macam SPM takde harapan nak score kalau nak mintak keje....tp saya tak mintak keje jugak, mak sponsor lesen kete dan moto dgn kelas komputer dekat PMI...huhuhu

Sitisifir10 on December 20, 2010 at 8:12 AM said...

k.an saya share di http://www.facebook.com/pages/Malaysian-Mom-Bloggers/113479622052402 ek

SYANI on December 20, 2010 at 8:40 AM said...

Aku ingat hang penah citer pasal si Shorn tu. Berjela2 surat hang (masa tu mana ada henpon lagi ye dak??]

makcikrehan on December 20, 2010 at 9:20 AM said...

TTM, mencari sesuap nasi demi kelangsungan hidup. Kekekeke. komputer aku blajo sendiri kat CC. keh keh keh...

makcikrehan on December 20, 2010 at 9:21 AM said...

Sitisifir, mak aku tadak duit nak hantaq pi elas komputer. AKu plak kena cari duit nak buat bekal masuk U [cehh... mcm kompom jer masuk U. kakakaka]. Dipersilakanlah share. Sharing is caring.

makcikrehan on December 20, 2010 at 9:22 AM said...

Syani, korang patut simpan surat aku tu tau. hari-hari aku karang surat tu. dah cukup chapter baru aku pos kat hangpa sumer. :))

zealvia on December 20, 2010 at 10:47 AM said...

posting kesedaran sivik tahap maksima!

e.l.i.s.s.m.i.e on December 20, 2010 at 12:24 PM said...

hehehe..lawak ar..aku tak pernah rasa keja kilang.teringin sangat.agak2 ada kaa orang nak amik keja barang sehari dua ? eheheh

ShareThis