Thursday, January 6, 2011

OK AKU TAIP...

Posted by makcik rehan KJB at 4:48 PM
Pagi tadi masuk lambat [biasa]
Aisyah muntah atas tilam dia lepas bantai susu 7 oz [biasa]
Asyraf melalak bangun tido takde bau ketiak Babah dia [biasa]
Tunggu punya tunggu Asyraf tak berak pagini [luar biasa]

Masa tengah cuci muka, tersedut buih sabun masuk hidung [luar biasa]
mungkin lubang hidung semakin membesar [??]
Start dari situ bersin tak sudah-sudah dan gatal satu muka
non-stop sampai masuk keta, sambil bawak keta dan sampai ke rumah Maklom.

Sampai opis terus selongkar cari ubat resdung yang Ezey baru pos
tunggu 5 minit, 10 minit, 15 minit, setengah jam, sejam....
Bersin tak berenti jugak, makin menggila.
Tak tahannnnn... selongkar carik pil antihistamine, telan sebijik yang kaler merah
Tunggu 5 minit, 10 minit .... sambil sembang dgn Oli dan Mimi...
tiba-tiba pandangan jadi gelap.

Laaaaa..... tertido rupanya!

Celik mata bersin lagi. Gatal lagi. Menjadi-jadi.
Geram. Rasa macam nak tulis kat fesbuk : Sapa ada pil kuda?

Hari hujan dari pagi sampai sekarang,
hujan tetap hujan, perut lapar kena gak layan [biasa]
so, redah hujan pegi port biasa.

Balik opis bersin mula kurang,
tapi mata melayut tak buleh bukak.
Demm. Bagus makan pil tido terus.

Preya datang! Confirm hilang mengantuk.
Kan betoi!
Dia lupa lagi macamana nak buat table, nak merge dan split column
Best... pekik kuat-kuat kat dia sampai hilang mengantuk
Lagi best dia tak reti sentap... senyum jer.
Ko memang hati kering.

So, kepada yang bertanya Mana entry?
Ha nilah entry harini.


.






2 comments:

Me on January 6, 2011 at 5:04 PM said...

seriusnya n3 hari nie... eden baca pun straight jeeee...

Adrina Adi on January 6, 2011 at 5:49 PM said...

lawak2. ehehehe...

ShareThis