Friday, January 14, 2011

PELBAGAI BENTUK UJIAN HIDUP

Posted by makcikrehan KJB at 9:53 AM
Tadi masa tengah drive nak dekat sampai Pekan Rasa
terserempak dengan sorang lelaki berbangsa India
dari jauh nampak dia naik basikal roda tiga
slow je dia kayuh... sampai jem la sikit jalan nak ke pekan tu
dalam hati dok pikir, dia bawak barang meniaga gamaknya
berat kot.. tu yang slow jer kayuh

Bila dah makin dekat... makin dekat...
Ya Allah, tersentak aku tengok rupa fizikal dia
Kedua-dua kaki dia kudung
dan dia kayuh basikal tu dengan tangan...

Tangan sebelah kiri pegang handle basikal,
tangan sebelah kanan kayuh pedal...

Istigfar sekejap aku dalam hati...
perasaan kesian, insaf, terharu semua berbaur jadi satu
macam nak menitik air mata pon ada

Berkerut-kerut muka dia kayuh basikal tu sebelah tangan
tersembul urat-urat kat lengan, berpeluh-peluh
dahla badan dia kecik... basikal tu pulak buleh tahan beso
kalau wheel chair aku dah biasa tengok...
yang tu tak hazab sangat sebab depa guna kedua-dua tangan,
atau ada orang lain yang tolakkan dari belakang,
dan ada jugak yang dah pasang motor atau bateri kannn...
yang ini basikal roda tiga yang biasa orang bawak barang meniaga tu weii...
bayangkan kalau jalan tu agak membukit... huhu


Ginilah lebih kurang basikal tu...




Ya Allah... syukur di atas nikmat kesihatan tubuh badan
yang Engkau berikan kepada kami sekeluarga...


.



9 comments:

kisahwanida on January 14, 2011 at 11:10 AM said...

Ya Allah,
Aku amat bersyukur dgn selaga nikmat yg kau beri untukku....

Aku pun insaf MR..... Gigih dia menjalani kehidupan ini

teacher bonda on January 14, 2011 at 11:21 AM said...

gigihnya dia mncari rzki halal.xda meminta2..bsr dugaan tu.

KJB on January 14, 2011 at 11:39 AM said...

TB, mcm aku ler kan? muahahhahaha hakk tuihh! nyamfahhh!

KJB on January 14, 2011 at 11:39 AM said...

Wanida, syukurrr.

Kaseh on January 14, 2011 at 2:11 PM said...

syukur diri ini masih lengkap anggota tubuh badan..lahai kesian kan, kalau kaseh pun tak sanggup tgk..sure sebak..

ceywie on January 14, 2011 at 3:19 PM said...

kita selalu lupa kelebihan kat diri kita, kan. mmg uncle tu kuat semangat utk hidup tanpa menyusahkan org lain. salam kenal ngan mr, kita baru jer ada blog. nak kawan ngn mr blh ker. :-)

ibh on January 14, 2011 at 8:05 PM said...

Ya Allah..jgn lah aku mudah lupa dan tidak bersyukur padaMu...
Bukan senang nak jd tabah seperi mereka tu...

Queens on January 15, 2011 at 9:36 AM said...

Bday tiara bulan semilan..dua puluh enam haribulan..

Elyn on January 17, 2011 at 3:22 PM said...

insap aku wei....

ShareThis