Wednesday, March 16, 2011

Perasan Terer

Posted by makcik rehan KJB at 7:00 AM
Mula-mula haku keputusan bekalan gas masak selama 2 minggu
lepas aku buat entry keluh kesah kat blog bagitau gas abis,
keesokannya tok laki aku terus mengigih pi beli gas baru hehehehe...
nampak gayanya, pasni kalo aku sound direct pon tak jalan,
aku pakai kuasa belog jerla nampaknya :))

Baru dua hari pakai tong gas baru... di suatu hari minggu yang hening,
tatkala aku baru bangun pagi dengan muka rebel sebab kena mangkit buat susu hanak
sedangkan tok laki aku sedap-sedap mengkeruh peluk bantai...
aku pon tenggek cerek marhaen yang aku beli kat Mydin tahun lepas... nak jerang air

Pasang kekunci gas kat bawah dapo
pastu ketik, ketik, ketik.... tak nyala,
ketik lagi dan lagi tak nyala jugakkk
ah sudahhh...!

"Banggggg, sila chek!"

Laki aku pon datang ke dapo dgn muka rebel jugak hehehe...
cabut-pasang balik-cabut-pasang balik tak menyala jugak

Capai telipon bukan iphone beliau,
terus dail talian hayat... tak lain tak bukan...
Atuk Asan aka Engineer Hassan aka Sarjan Hassan

Pum-pang, pum-pang aku tatau apa yang dua beranak tu bincang
Yang aku dengar banyak oooo... OK.. ooooo... OK...

Kanak-kanak dah bising nak susu
Mujur air malam tadi dalam termos masih suam,
gigihla buat susu utk depani sorang sebotoi

Letak jer talipon bukan iphone beliau,
Tok laki dan-dan tarik towel pi mandi...
sarung baju kacak-kacak... angkat kunci keter

"Pi mana Bang?" Aku tanya
"Kedai" Tok laki aku jawab
"Buat apa" Aku masih tak puas hati
"Beli mancis" Beliau jawab dengan tawaduk
[Alasan nak pi melepak le tu...]

Sementara Tok laki aku pi kedai carik mancis [dan tapau sarapan sekali :-p]
aku pulak memandai nak jadi Mc Gyver versi muslimah cawangan Rawang
bawak kuar tool box oren dibawah dan mula menanggalkan beberapa skru tanpa ragu-ragu


























Satu demi satu parts pada dapo masakni aku tanggalkan
kelebek sana-kelebek sini... perasan terer semestinya



























Last-last aku serender singh!
terus aku biar alat-alatni bergelimpangan,
lantas menuju ke pembaringan...
tak lain tak bukan, menerap mengadap fesbuk durjana hehehe...

Tiba-tiba aku didatangi oleh seorang penjual dapo kayu misteri [lah sangatttt]
beliau coba memberi solution tentang permasalahan yang aku alami ini

"mari kita kenalpasti punca masalah sebenar" kata beliau dalam nada eksyen

OK, masalahnya disini adalah percikan api tidak keluar dari punat ini
punat ini sepatutnya bertindak sebagai 'mancis' atau agen penyalaan bagi dapo gas
[jangan nak kutuk-kutuk kurik kendi karat keliling bingkai tungku aku weii... aku takde Kiptiyah dah]


























Kata penjual dapo kayu tu, sila periksa punca kuasa pemercik api itu
mungkin sekali masalahnya bermula disitu
tak perlu susah-payah merongkai semua bahagian dapo....

Saya yang menurut perintah lantas menongeng 'badan' dapo itu
dan menelengkan kepala melihat abdomen bawah dapo....
Eerkkkk.....

Tiba-tiba aku rasa nak hantuk tubi kepala ke tong gas
sia-sia ko membatak internet siang-malam
sia-sia ko masuk Pandu Puteri masa skolah dulu

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Kalau torchlight tak menyala kita buat apa khawan-khawan?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Yerrr... kita periksa bateri dia... tuko bateri baru....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Kalau 'pemercik api' dapo gas kita tak menyala kita buat apa khawan-khawan?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

























#&!&%(*$@$&&%%$$+=&$#@!!!!!!
Manala aku tau menatangni pakai bateri!
dapo mak aku kat kampung takde pakai bateri ponggg....


.





0 comments:

ShareThis