Wednesday, April 20, 2011

Kehilangan Lagi...

Posted by makcikrehan KJB at 12:21 PM
Sebelum tu baca sini dulu






































Dan semalam, tag yang dipakai si boya hilang lagi
satu romah kena kerahan tenaga mencari tag kerja Babah

Aisyah tah baper kali jerit : saya dah jumpa! saya dah jumpa!
rupa-rupanya dia jumpa kad bonuslink aku yang misplaced sejak berkurun lama
dan kalendar kerja yang biasanya Babah dia sangkut sekali dgn tag
bengang giler bapak ko nakk... kah kah kah!

Mencari barang hilang punya pasal,
terbongkarlah sampah-sarap dan habuk-habuk belakang rak tibi, bawah sopa, celah lemari bagai...
kalau saja-saja jangan harap aku nak carik pasal geledah tempat-tempat tu tau!

Malangnya...sampai ke pagi tadi...
tag kerja Babah yang bernilai RM50 kalau nak renew masih jugak tak jumpa

Sudah berapa kali kubilang-bilang, kuratib-ratib wahai abang
barang-barang yang berharga jangan dicampak-campak sebarang
sekarang sudah hilang kan tak pasal-pasang wang melayang
jangan nak marah-marah sama saya pulak ye bang
kang tetiba saya pulak yang naik berang

Perghhh... tetiba jer aku dapat buat ayat beritma
Bakat terendam tu namanya ekekeke

Anyway, malam tadi lepas kepenatan mencari barang tak jumpa-jumpa
pukul 9.30 mlm semua orang kena kerah tido awal
pukul 5 pagi Imam Muda melalak sebab diaper basah dan nak susu
terpaksa la aku bangun menyelia apa yang patut
dah alang-alang terbangun awal pagi
aku pon gagahkan la diri masak nasik...konon nk buat nasik gorem untuk sarapan pagini

Semangat nak membento tetiba berkobar-kobar
sebab aku dah dapat tupperware baru yang aku batakkan sejak 2-3 minggu lepas
muahahahahahahaha....




















3 orang maknosia di atas,
aku saaaayam koram!

Semalam aku beli pakai no pin Fiza,
esok-esok kalau angin batak tapawe aku dtg lagi
aku pakai no pin Pijah dengan Yong plak ekkk

Dalam mamai-mamai aku masak nasik 1 pot
rasa macam dah sukat ruas jari mcam biasa dah masa nak bubuh air
sementara tunggu nasik masak, aku pon ketung-ketangla menumbuk cabai segala
eh, pesal rasa cam lambat sangat nasik aku masak ehh...
marilah kita pegi jenguk kejap...

Huwaaaaaaaa.... nasik aku lembik noks!
bukan lembik sikit-lembik tau
ini lembik yang very theeee.... lembik!

Abih apa kes bahan-bahan yang dah dimayang, diganyang tu kan?
nak tanak, gorengler jugakkk

Elok aku siap masak-masak,
Tok Laki pon dah siap semayam dok siap-siap pakai unipom

Aku tau dahh... dia ni kalau nasik lembik-lembik ni memang tak jalan punya kan
nak bawak bekal nasik lembik kalu jangan harap la kannnn

Tak yah bawak bekal Bang, nasik saya lembik... 
kang jatuh reputasi rebel saya kat kengkawan opis abang
tapiiii.... sila habiskan semangkuk ni sebelum pi keja
kalo Abang tak makan, saya kecit ati sekarang jugak!

Dengan muka kelat-kelat maung
PS berjaya habiskan semangkuk nasik gorem lembik
kang bini kecik ati sapa susah?
hakoooooo jugak! *kata beliau dalam hati - gamaknyer lah*

Korang nak tengok ropa paras naik gorem lembik aku kannns...
Nahhhhh....!!

x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x

Inilah dia nasik gorem lembik yang aku bawak mai opis

























Abaikanlah juadah di dalamnya
itu bukan motip utama entry ini agagagagagaaaa :))
motip utama aku tak lain tak bukannnnnn

x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x


cantik tak tapawe sekat-sekat aku?




0 comments:

ShareThis