Thursday, April 21, 2011

Mak Kan Makcik....

Posted by makcikrehan KJB at 11:23 PM
Rupa-rupanya video suara kepit-kepit siang tadi telah menimbulkan pelbagai reaksi dari para feminat 'Juliana Evans' dari seantero pelosok doniya. Terima kasih kepada Miss X yang puji suara Mak merdu macam gadis sunti umo 16 tawon. Begitu juga Miss J yang kata suara Mak comel dan manja. Miss S puji nilai-nilai komersil yang terkandung dalam lemak-merdu suara Mak. Ada harapan ganti Marlia Musa dan Norlia Ghani untuk buat voice over iklan KFC kat Sinar fm. Miss K pulak mandom sepanjang hari sebab opis dia dh block function video - jiwa dia tak tenteram sepanjang hari sebab tak dapat dengar sore Mak. Mak terharu hanak-hanak!

Tapi ada jugak komen-komen tak sayang mulut dari geng Puaka Tebing Biru. Miss F kata, dia jatuh kerusi sebab terkejut dengar suara Mak di pagi hari. Miss R kata roti canai 2 keping yang dia makan kat mamak pagi tadi terus melonjak keluar lepas dengar suara Mak. Mr Y kata Mak buang tebiat. Mak redha... orang femes macam Mak memang sentiasa dicemburui kiri-kanan. Hakkktuihh!

Ada yang tanya, Mak... mana Mak dapat keberanian buat darkness-voice-over lagutu?

Mak memang berani... tatau meh? Muahahahahaha. Orang rebel macam nilah perangai dia kalo ko nak tau Nak. Sebagaimana Mak geli perut baca karangan temberang sendiri kat belogni, begitu jugaklah gelinya perut Mak bila dengar balik suara kepit-kepit Mak tau. Tapi kegelian tu kurang sikit sebab muka Mak tak kuar... kuar sore jer. Kalau ada muka sekali, tak yah tunggu orang muntah, Mak muntah dulu hahahahaha...

Lagi ada yang tanya kenapa butang komen kat belog Mak tak bukak-bukak lagi?

Mak belum bercadang nak bukak balik kotak komen Mak tu buat masani. Sebab Mak rasa entry-entry merapu Mak kat belogni takde apa yang nak dikomen pun. Macam yang selalu Mak laung-laungkan, Makni blogger syok sendiri. Orang baca ka tak baca ka... Mak sendiri baca entry Mak 18 kali sehari. Kalau ada kotak komen, kesian orang nak kena tulis-tulis, kelik-kelik bagaikan. Takde kotak komen kan syiok, orang tak yah susah-susah mengarang komen pelestik dan poji-pojian terhadap mak. Dan Mak pon takyah tersipu-sipu kembang idong bila baca komen poji-pojian. Terlalu banyak pujian boleh memakan diri tau. Salah satunya sifat riak atau ujub. Kalau dalam bahasa orang kampung Mak, kita panggil ni sebagai penyakit kembang montot bila orang banyak sangat memuji. Mak dengar Al-Kuliyyah haritu, riak ni salah satu penyakit hati. Ustat tu cakap, nak dapat dosa riak sangat senang skangni. Dan ramai tak sedar, kat internet ni paling senang nak meriak. Sedar tak sedar, hati kita kembang semangkuk bila membaca poji-pojian. 

Makni iman senipis kulit bawang merah. Tak macam orang lain yang iman setebal kulit doyan. Orang puji sikit jer, kang hati dan montot Mak kembang melebih-lebih macam terlebih yeast. So, Mak rasa biarlah Mak begini saja. Blogging dalam dunia Mak sendiri. Kalau nak tegur-tegur Mak, mai jadi kawan Mak kat fesbuk durjana ajer. Boleh kita share gossip... ehh tetiba! Hehehehe...

Itu kalau orang sudi tinggal komen. Lain pulak halnya kalau orang tak komen. Kang Mak kecik hati pulak. Mak ni walaupon rebel, dalam hati tetap dingin sesejuk embunan pagi tau. Kang ader kotak komen, Mak asyik nak refresh page 18 kali sehari nak baca komen plak. Pastu frust bila takde orang komen. Pastu mulalah merayu-rayu suruh orang tinggal komen, takpon merayau masuk belog orang tinggal komen pelestik semata-mata nak menarik orang datang bagi komen balas kat belog Mak. Eh, janganlah sentapppp... ini Mak kutuk diri Mak sendiri. Mana ada orang buat perangai laguni kan? Apa... ada? Sapa? Sapa? Tetttttttt!

Last sekali ada yang tanya, di alam realiti Makcik memang 'biol' macam dalam belog jugak ker?

Ha memanglah nak oiii. Macamana korang baca entry Mak dalam belog, macamana korang dengar Mak merapu buat voice over dalam gelap, macam tulah Mak di alam realiti. Kalau Mak kata rumah Mak sepah macam kapal nak karam... percayalah bahawasanya memang rumah Mak betul-betul nak karam. Kalau Mak cerita lemak Mak bergegar sebab kena jalan kaki pi ambik Mencah balik ngaji... percayalah bahawasanya lemak Mak memang betul-betul bergegar!

Last but not least... Mak nak tekankan di sini... Mak tak sombong, tapi Mak rebel. So, kalau terjumpa Mak kat luar dengan muka ketat, itu bukan tanda Mak sombong tau. Itu tanda Mak sedang rebel. Kalau ada secalit keberanian, silalah tegur. Kalau tak berani, tengok dari jauh sudah. Muahahahaha... motipppp???








0 comments:

ShareThis