Monday, April 25, 2011

Nasik Lembik? Apakah itu?

Posted by makcikrehan KJB at 3:14 PM
Sahlah kejadian nasik goreng lembik aku haritu berlaku sebab kemamaian menanak nasik di subuh sepe'ei. Bila aku memasak dalam keadaan full body conscious, tengok hasilnya... kan cemerlang tu...


Our breakfast on Sunday. Groceries sudah stocked-up, nasik gorengku lebih bermaya kelihatannya. Kan?

























And this was given by MIL. Menangis air mata darahla orang ittew yang sayam sikit-sikit jer mak mertue dier. Dan lagi plak dier ader Makcik baru yang gagal dalam assessment peringkat Daerah Muor kannnn...


























Tak cukup dengan 2 kali repeat pulut durian di atas, Nenek Onah titipkan jugak satu tapawe untuk menantu tercomel beliau ini. PS tak mandangla desert manis-manis, lembik-lembik ni kan. Takmo sudah... aku makan sorang-sorang pon tak ngaper....

Oleh sebab kenyang makan pulut doyan, tengahari semalam malaslah aku nak memasak beria. Baik simpan tenaga untuk esok - hari Isnin yang biasanya lemau. PS kol 11 dah kuor pegi membatak gadget kat Low Yatt. Aku masak sayur campur berkuah ni untuk kanak-kanak.
























Pukul 12 tengahari semalam, lepas siap-siap suap kanak-kanak ni makan tetiba talipon rumah berdering. Belum lagi angkat gagang, hatiku sudah berbunga-bunga sakura di gurun sahara. 

Helooo.... Annnn... Mak ni....
Mak masak ikan masak sambal....
telo kenduri pon ada 2 bijik untuk Esah...
An dah masak ke?
Mehla balik makannn.....

Makcik kau yang tengah suap nasik, tiba-tiba merasakan sayo campo aku tu tak sedap langsung!







0 comments:

ShareThis