Sunday, April 24, 2011

This Is Not Cool Aisyah!

Posted by makcikrehan KJB at 5:00 PM
PS just came back from Low Yatt, ntah bawak gadget dia yang mana pegi repair ntah. He brought home a box of chocolatey donuts from Big Apple. Aisyah apalagi, kalau nampak any forms of choc ajer, terus mengkinja tak menyabo. Babah dia suruh simpan dalam fridge dulu kejap sebab choc and cream semua dah meleleh-leleh kena haba panas dalam keta.

OK, depan Babah dia patuh. Bila Babah dia masuk bilik nak solat, pelan-pelan budak ni sneaked into the kitchen and took out the donuts yang baru 10 minit duduk dalam fridge. I saw her going in and out of the kitchen several times. Tanya dia, kamu buat apa pegi dapo? Dia kata takde pape lah mama. Aku assume dia pi minum air masak. So, aku pon terus-terusan membatak depan lappy ;-)

Tetiba aku perasan dia pegi dapo lagi sekali. Kalini agak lama. Aku pon pegi jengah sambil panggil nama dia. Lagi sekali dia jawab takde pape mama, tapi kalini tangan sorok kat belakang... sambil senyum senget. Mulut dia ada kesan coklat! Huh, caught in the act kan? Aku round dapo, cari bahan bukti. Tapi tak jumpa mender pon. Nak kuar dari dapo aku tertoleh kat Bilik Rahsia sebelah dapo - bilik yang menyimpan seribu satu khazanah kemalasan aku. The donuts box is there! Di atas sejadah hokay.

Aisyah dah pandai mengelat! I can't decide which one pissed-me-off the most. The fact that she lied to me, or the messiness caused by the melting choc and cream all over the room! Aku macam tersentak tau. Tak jadi nak menjerit macam selalu (yes, I 'm a frequent shouter :-p) Tetiba jer aku kuarkan ayat ibu mithali kat dia. Lain kali kalau nak makan cakap lah elok-elok kat mama. Jangan curi-curi macamni. Tak baik tau buat macamni.

I brought the donuts back to the kitchen. Slice them, put on a plate with a spoon and gave it to her nicely... saying, Ha tengok, kan mama bagi jer kalau Aisyah mintak elok-elok. Nanti jangan buat macam tadi dah tau. She nodded with smile on her face. OK mama. Tu konon-konon aku saiko dia. Konon-konon nak bagitau, mak ko bukanlah zalim sangat tak bagi ko makan. You have to ask to get what you want (kononnya kan). Padehal, tadi 2-3 kali dia mintak kat aku nak makan donut tapi aku tak bagi - dengan alasan topping donut tu belum keras. Abih skangni, sapa yang saiko sapa sebenarnya? ~LOL~

Nak tau tak, aku masa kecik-kecik dulu selalu tau buat perangai macamni. Aku suka ratah milo dan susu tepung. Sehari tah bapa kali nak minum dan ratah milo dan susu tau. Masani aku dah beso-beso...dah sekolah rendah. Last-last mak terpaksa sorok atas para. Tapi aku menyelinap masuk dapo, panjat para dan curi-curi ratah serbuk milo masa mak tengah semayang. Tapi aku tak pernah kantoi on the scene. Bila mak nak bancuh milo, nampak milo dah menyusut... ha masatu baru kau tuduh aku-aku tuduh kau dengan adik-beradik.

Eh, cepatnya anak aku menurun kelakuan aku kan?



0 comments:

ShareThis