Tuesday, April 26, 2011

Ujian Paling Besar

Posted by makcik rehan KJB at 8:30 AM
Makin beso makin menjadi-jadi tau. Aku taktau la anak korang cemana. Anak korang perangai baik-baik korang bagi makan apa ha? Korang baca doa apa? Mai ajaq aku sikit.
























Menangis mengongoi macam kena balun, padehal aku marah jer sebab dia pi lari kuor pagar pegi umah jiran masa tengah hujan! Adik ko dahla tengah pijar-pijar badan, ini ko pulak nak tambah bilangan pesakit kat wad kanak-kanak spital parit buntaq hah?

PS pi turut dia kat luor suh masuk umah, terus bagi mandi. Masa aku lap badan dia sambil pakaikan baju, aku saiko dia lagi. Aku kata takmo kawan dia, tak sayang dia sebab dia nakal. Pastu aku kata dia takleh jadi anak solehah sebab tak dengar cakap mama. (dia selalu ulang cakap saya nak jadi anak yang baik, anak solehah) Budakni kalau dengan aku memang cepat menyentap. Terus menangis menderu-deru. Merajuk lari masuk Bilik Rahsia. Tak sempat nak tepek bedak dan sikat rambut dah. Meratab hiba sensorang. Tak sampai hati aku tengok, aku pon pi masuk pujuk. Tapi sebelum tu, click dulu sekeping gambo! Hahahahaha... naseb ko lah nak, dapat mak batak camera :))

Petang semalam punya kisah la nih. Aku dah memang lama taram geram kat dia sejak Sabtu lagi. Cuti dua hari takpi umah Maklom kan, punyalah sakan dia memunggah! Tah baper kali aku naik minyak ntah. Dia kembur lemari barang merangkap stor simpanan barang serba mak neka. Habih berterabur silica gel dari kotak kasut yang aku simpan dalam lemari stor tu. Dia conteng dinding hall, dinding bilik, meja tivi, hall divider.... koyak-koyak kertas sesedap rasa, tuang toys dari bakul dengan tak semena-mena... eiiiiiii... memang menguji angin diva aku betoilah!

Sampai aku cakap kat PS, nak hantar dia pi duduk kat skul pagi sampai malam! Hahahaha... punyalah rebel kan aku nih. Semak otak la wei tengok umah serabut melampau-melampau. Akuni dah la tak berapa nak rajin ngemas kan, kena pulak depani suka memunggah... naik minyak la aku.

Eh, korang tak macam aku eh? Sian aku... baru anak dua dah berangin. Orang anak empat rilek jer. SIL aku anak 6, berderet selang setahun... cool ajer. Mak aku kalau talipon aku, mesti tak lupa bagi pesanan : Hang jangan nak tibai Aisyah tu sangat. Lagi hang tibai, nanti lagi dia naik beban. Nanti lama-lama dia tak takut (respect) dah kat hang. Takpala anak hang buaih sikit, tu tanda anak hang ceghedik. Satgi kalau depa lembab dok diam saja, hang jugak yang bising! Ayat mak aku memang takde lembut-lembut punya (bukankah kuah tumpah ke nasik? hehehe) Kalau Ayah aku bagi nasihat pulak,  ayat dia sedingin salju sikit : Annnn.... cakap dgn anak-anak tu baik-baik. Jangan marah-marah sangat depa tu. Anak tu ujian... kena sabaq banyak-banyak.

Pastu mak ayah aku ada gak bagi doa suruh aku baca. Ayah aku siap tulis on piece of paper, suh aku amalkan. Eh, mana pegi kertas2 tu semua eh? Muahahahahaha.... Sampai Rawang, kertas kemana, doa kemana. Kena beli ipad nampaknya, simpan dalam bentuk digital gittew... cewah tetiba! hahahaha... alasannnnn!
























Budak baju merah yang sorangni pon buleh tahan skill menggembur dia tau. Setakat nak tuang toys dari box tu takde hal lah. Campak-campak, hempuk-hempuk.... amboiiii! Talipon aku 2 ketoi jahanam dia kerjakan. Remote kipas, ekon semua dah jadi cacat. Penutup bateri semua dah hilang kemana-mana hala. Tu belum kira lagi dia punya angin manja, menempek, melalak bila ada yang tak kena.

Anak-anak tu ujian kepada ibubapa kan? So, bertabahlah Rehan. Bak kata PS bila aku ngomel-ngomel penat jaga anak : Sabolah, nanti kita dah tua harap-harap depa jaga kita balik....

Ada jugak ayat yang tak buleh blah : Mak korangni garang macam singa pon korang masih lagi nak menempek dengan dia hah!

Emak wei emak.... unconditional love kata orang kannn... macam singa sekalipon, tak kan sampai hati nak sia-siakan anak kannnn... Happy Mother's Day to my mom. Mak jaga saya dulu susah macam saya jaga Aisyah ke mak? Muahahaha...







0 comments:

ShareThis