Friday, April 29, 2011

Ustazah Bahyah Kata...

Posted by makcik rehan KJB at 7:36 AM
Assalamualaikum sidang jumaat sekalian 
(Jumaat jer terus sarung tudung labuh ada labuci dgn corak bunga timbul :-p)

I've jotted down this notes during Tanyalah Ustazah kat TV9 - a few weeks back masa kat kampung. Asteruk takder, katun takder... barulah merasa tengok tibi free. Not aware of this programme before, tau ada Tanyalah Ustaz ajer. Rupanya dah ada versi ustazah. Bagus kan? Anyway, kebetulan topik yang dibincangkan kena tepat-tepat kat batang idung makcik kau yang semedangnya rebel dan panas baran bila mengadap anak :))

Ustazah Siti Nor Bahyah (kalo tak silap dah Datuk skangni) memperincikan tentang 11 Ciri Ibu Mithali dalam menangani cabaran melahir, membesarkan dan mendidik anak-anak.

1) Kaya Iman
2) Kaya Amalan
3) Kaya Ilmu
  • Amalkan Surah Ibrahim ayat 4 supaya sekeluarga rajin solat - Rabbi Habli Minassolihin 
  • Surah Al-Fatihah - Terang hati
  • Maryam- Mudah bersalin
  • Luqman - Anak cerdik
  • Yusof - Cantik fizikal dan akhlak
  • Alhujurat - Mendidik hati
  • Yassin - Terang hati
  • Annahli - Disiplin
4) Kaya Akhlak
5) Kaya Kasih Sayang
  • Makan bersama - mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah
  • Surah Almukminun ayat 97-98 - Utk terlepas dari hasutan syaitan
  • Surah Assyura ayat 19 - Utk org pemarah; supaya kaya kasih sayang
6) Kaya Sabar
  • Surah Ali-Imran ayat 200
7) Kaya Nasihat
8) Kaya Harta
  • Dengan harta dapat memartabatkan agama, bersedekah dsb.
9) Kaya Kesihatan
  • Akal yang cergas ada pada tubuh badan yang sihat
10) Kaya Mujahadah
11) Kaya Hati
  • Jadilah orang yang pemaaf - Amalkan Surah Ali Imran ayat 130-136

Selamat Hari Ibu setiap hari kepada semua mak-mak di seluruh Cozyland Rawang Dunia!


0 comments:

ShareThis