Wednesday, May 11, 2011

Cuaca Panas Ni Serius Rupanya...

Posted by makcik rehan KJB at 10:09 PM
Maghrib tadi Mak talipon, tapi aku tak jawab. Tak dengar.
Sat tadi aku pon talipon balik...

Mak cerita...
Misi Hospital Selayang talipon Mak bagitau pembedahan katarak mata kiri mak dibatalkan Isnin ni.
Terkesima aku sekejap. Tiket bas dah beli. Ini bukan kali pertama jadi macamni.
Selaluuuuu sangat dah. Tak beli awal-awal takut takde tiket. Dah beli awal jadi laguni pulak.

Bukan operation Mak sorang yang kena rescheduled, 
tapi semua operation mata yang dijadualkan pada bulan May ni dah ditunda ke tarikh baru.

Tau tak kenapa?

Cuaca panas yang melampau, bilik operation tak boleh function during extreme hot weather.
Pasang aircond pon tak buleh ke eh?
atau mungkin pembedahan mata tak buleh buat dalam bilik aircond 
sebab tanak bagi bendalir dalam mata kering?

Ah memandailah aku temberang,
nanti kita tanya kembar Farouk Hussien pasal isuni. Dia mesti tau :-p

Radio kata cuaca panas ni akan berlangsung selama seminggu je.
Tapi, sampai dah bilik operation pon tak leh function... macam serius jer kepanasan ni kan?

Marilah kita korek tabung Doraemon,
pegi beli aircond murah-murah cap Pensonic.
Takde penapis, takde ion, takde plasma ke jadah pon takpa.

Janji sejuk.






0 comments:

ShareThis