Thursday, May 12, 2011

Kekurangan Bahan

Posted by makcikrehan KJB at 9:49 AM
Jenuh dah pikir nak temberang topik apa plak harini
kemarau idea la wei sejak dok terperap kat romah
nak kuar rumah cari bahan temberang sungguh aku segan nak seret hanak-hanak,
tambah lak dalam coca panas membahang skangni

Badan budak-budakni asek panas jer... nak kata demam tak demam,
tapi aku cukup cuak kalo badan budak panas-panasni
sehari 3-4 kali aku siram depa biar sejuk sikit badan
aku tak bagi dah depa membuas kat porch seluas padang bola aku tu
haritu 2 hari aku bagi depa main kat luar, dan-dan panas badan

Last week anak jiran sebelah yang baya Asyraf masuk ward 3 hari sebab 'tarik'
nenek dia kata sebab panas badan tetiba, padehal sebelum tu elok jer dok main
masa depa kelam-kelibut dokong budak Alif ni pi spital aku tengah nyapu kat laman
tetiba aku dengar mak dia nangis-nangis sambil kendong Alif lari pegi kereta
aku pulak yang terpanik lebih tengok mata Si Alif ni dah keatas
gigil lutut aku weii...

Ahadtu Alif dah kuar wad, tu pon bersyarat
2, 3 harini nampak Alif dah okay
so sejak tu aku asek dok pegang dahi anak jer takut panas
Aisyah skang asal panas sikit jer mintak ubat
kotor sikit jer pi basuh tangan dan kaki
sebab aku cakap nanti kena virus... kena duduk ward macam Baby Alif
basah habih lantai depan bilik air aku weiii..
aku dah la rajinnnnn sangat nak mop-mop lantai ni kanns

Anyway, semalam hari lemau aku
pepagi budak-budakni aku bagi coco crunch jer
tengahari baru aku masak mee sup
tiba-tiba kan, mee sup aku terrrrsedap la pulok wei
tak cukup-cukup aku 3 beranak makan hahaha...
kalau dah lapo kan, mee vodow-vodow pon sedap!

























Aku psycho Aisyah suruh makan sayur banyak-banyak
nanti badan sihat, virus semua mati... Aisyah cepat sihat boleh pi ngaji
Ha laju je dia telan sumer sayur-sayur tu
sampai ketat-ketat muka kena kunyah halia sesat dalam mee kah kah kah

Dah 3 hari dia tak pi ngaji
dia punya mengidam nak pi mengaji dah macam ada skandal dengan budak kelas je aku tengok
tetiba sarung tudung, ambik beg, ambik buku... nak pi mengaji tengahari buta
aku jerla ajor dia mengaji 2-3 hari ni, takut lupa plak lama tak pegi



Bukti bahawa mee sup aku memang sedap!





0 comments:

ShareThis