Friday, May 13, 2011

Lucky Or Not, Thank You Allah...

Posted by makcik rehan KJB at 10:04 PM
Ada sapa-sapa keja Spital Selayang yang baca blog aku kah?

Perasannnnn! muahahahaha...

Petang semalam, lepas aku dan kanak-kanak ni siap mandi mangi-mangi
Tiba-tiba talipon SE merah aku yang baru repair kena 50 hengget haritu berdering sendu
Misi Jabatan Ophthalmology Spital Selayang talipon aku
Lepas kenalkan diri, tanya nama aku bagai... dia kata doktor nak cakap dengan Puan...

Berderau darah aku wei!
Ligat paler otak aku pikir... ader ke aku maki-maki spital dalam entry haritu
Rasanya takde kejian mahupon hinaan yang aku lemparkan
Apakah spital nak saman haku?
Habihla duit celah bedah mana aku nak korek bayo saman weii...

Lemak merdu sore doktor kenalkan diri... masani lega sikit gabra aku
Dr Azura straight to the Ampang Point bagitau aku :

Bilik operation mata kita dah OK harini
Saya teringat kat Makcik dan Pakcik yang dah beli tiket bas nak datang KL lusa ni
Kesian pulak saya teringat kat makcik dengan Pakcik...
Lagipun Makcik dah lama tunggu untuk operation mata sebelah lagi ni kan
So, apakata suruh Makcik Faridah datang jugak KL, standby kat rumah Puan...
Saya akan pantau situasi bilik bedah... kalau masalah chiller aircond kita tak berulang dah
Isnin ni kita buat operation macam yang dah dijadualkan, boleh?
Saya sendiri yang akan buat operation tu...

My Oh My... kalau doktor ni ada depan mata aku,
kompom dia dah lemas kena peluk dengan aku tau!

I lebyu Doktor Azura!
I lebyu Misi-misi Hospital Selayang!
I lebyu Hospital Selayang!

She (the doctor) must be very good kan?
Mak aku suka snagat dengan doktor ni (ini yang nyesal tak jadi doktor nih!)
Haritu masa nak tetapkan tarikh, mak aku siap request kat misi
Kalau boleh makcik nak buat dengan Dr Azura jugak
(mata kanan mak haritu buat dengan Dr Azura)
Tapi masatu misi cakap Dr Azura not available sampai end of May
Dia pi umrah hujung April dan lepastu dia ambik long leave sampai hujung May

Asalnya tarikh operation yang hospital bagi adalah 12 September 2011, giler lambat kan?
Panas jugak hati aku bila dapat tarikh tu... lambat sangat tu wei
Padehal haritu misi dah booked slot untuk mak aku masa bulan May
Tah macamana, mungkin ada misi-misi lain ganjak nama mak aku sampai ke bulan Ogos
Langsunglah aku takmo bulan Ogos... bulan posa tu kan
So, nak tanak redha jerla ambik lepas raya... tu yang sampai September terus peginya

Pastu aku cuba nasib slow talk dengan misi tu baik-baik
(jarang tau aku jadi pompuan bercakap baik-baik neh - aku kan frequent shouter :-p)
Misi, kalau berlaku keajaiban... ada mana-mana patient yang cancel operation
Atau tetiba ada slot kosong bulan May dan June ni... misi masukkan nama mak saya yer
Anytime misi... short notice 2 hari pon takpa... mak saya buleh datang bila-bila masa
Misi talipon jer saya tau, saya arrange terus!
(Lebih kurang gitulah ayat poyo aku... text sebenar lupa pulak nak rakam aritu... kah! kah! kah!)

Betullah kata orang, kalau kita ikhlaskan hati...
tambah-tambah kalau dengan orang tua kan, nescaya Allah bukakkan jalan kan
*mari sarung tudung labuh bersulam manik dan labuci*

2 hari lepastu... masatu mak aku tak balik kampung pon lagi
Misi tu talipon aku bagitau dia dapat slot kosong pada 16 May ni (Isnin ni)
Seperti tadi jugak... kalaula misi tu ada depan mata aku, dia pon lemas jugak kena peluk!
Walaupon bukan dengan Dr Azura favourite mak, syukur la sangat-sangat dapat buat awal kan?

Bila mak aku talipon semalam bagitau operation dia kena tunda
Aku down jugaklah... aku pulak yang emo terlebih, macam aku yang nak kena bedah :))
Tapi tetap redha lah kan... mesti ada hikmah disebaliknya
Penuh berliku perjalanan yang mak aku kena tempuh kan
*ok, sekarang pegang tasbih pulak yer

Dengan tak disangka-sangka... Dr Azura tu sendiri yang talipon aku semalam
Suruh mak aku datang jugak untuk operation Isnin ni...
Sedangkan dia patutnya tengah cuti kan?

Yeay mak... harap-harap chiller compressor (betui ke mender nih?) kat bilik bedah tak rosak lagi
Dan mak dapat buat operation dengan selamat Isnin ni
Kawan-kawan, mari doakan emak saya selamat menjalani pembedahan mata kiri nanti ya
*dan-dan tukar tune, siap bersaya-saya... muahahaha!


Ini Emak saya :-)



























0 comments:

ShareThis