Monday, May 9, 2011

Masalah Kebocoran Kronik

Posted by makcik rehan KJB at 10:00 AM
Sebelumni pun selalu berlaku kebocoran, tapi sekali-sekala. Kira OK la kan.
Mungkin kadang-kadang longgar, lebih muatan atau salah parking. Hehe.

Nightmare (dan daymare juga!) bermula bila Diaper Tesco tuko packaging baru.
Bukan takat tuko packaging, isi dalam tu pon dia rombak rupanya.
Mana la aku tau depa dah buat cost revision kan, aku sambarla 2 peket macam selalu.

Balik umah, nak pakaikan kan Asrap... terkejut monkey aku dibuatnya,
Nipis nyer bang! Salah ambik size ke hapa nih ekkk....

























Boleh dikatakan berlaku kebocoran setiap kali aku pakaikan diaper bajet ni kat Asrap
Tak kira siang ke malam, pagi ke petang, dalam boyan ke atas katil!
Kalaula buleh pulangkan balik, memang aku dah pulangkan balik satu pack yang belum bukak lagi tu.

Semalam singgah Tesco Rawang, aku sambar Huggies merahni sepeket.
Kebetulan tengah less jadi RM29.90. Biasa RM46 katernyer...
Entahlah, aku pon tatau harga semasa cap Huggiesni sebab tak biasa guna sebelumni.
Aku ambik size M sebab Imam ramping akuni memang on M,
PS pulak ambik size L. Teori dia... bigger is better (typical men huh :-p)
oleh sebab beliau yang membayo, aku ikut jerla... aku letak balik yang M tu.





























Malam tu, by 10 something bagi Asrap pakai nak tido malam.
Tengah malam PS masuk tido pas tengok bola,
check diaper tengok dah bocor lencun sampai ke seluar dan baju!
membebel la aku di tengah malam buta... baran la wei, penat tau nak basuh cadar hari-hari.
Tukar diaper.. bagi pakai huggies lagi...
Subuh budakni jaga mintak susu, aku pegang seluar dia... basah lagi!
membebel lagi seround sambil mamai-mamai. Grrrrr!

Aku tuding jari kat PS jerla... gatai sangat ambik size beso kan.
bigger is better kononnn... longgar la gamaknya kan wei?

Dan, sejak dah menyurikan rumahtangga sendiri ni,
aku pon kuarkan CD sebeban yang dah lama tak sentuh sejak Kiptiyah berambus aritu. 
























Dengan CD ni pon sama jer nasib aku. Malah ada sekalitu lagi dahsyat.
Kencing meleleh sampai berlopak lantai umah!
dahlah masatu aku tengah pakai telekung nak tunggu masuk Isyak,
habis kain semayang aku basah kena kencing weii... Grrrr!
Menjengkeklah aku pegi bilik air tuka baju bagai.
Dan lepastu dah satu hazab nak ngemop satu rumah pulak.

Aku taip entry ni pon dah rasa penat wei.
Ni sat tadi aku check CD dia... bocor lagi!
Basah lagi cadar aku. Padehal baru sejam.

Potong habis mau Dikkk??!!!




0 comments:

ShareThis