Monday, May 16, 2011

Menempa Coklat

Posted by makcikrehan KJB at 12:36 PM
Lenguh dah aku try transfer gambar dari henfon SE cabuk aku nih. Wayar kabel aku tatau mana pegi. Mungkin sekali tertinggal kat PID. Kirim salam jerlah nampaknya nak jumpa balik. So aku cuba bluetooth ke laptop macam dulu-dulu. Gagal! Sejak repair kena 50 hinggit haritu, henfon ni macam serba tak kena. Ah, lantak kaulah kan, janji buleh cakap, buleh dengar, buleh SMS.  Tunggulah kuar Iphone 6 baru aku beli henfon baru. So, entry ni takde gambar walaupon gambar sebenarnya ada.

Sabtu tadi aku pegi kelas menempa coklat. Opis PS yang anjurkan, aku disuruh join supaya boleh bermasarakat dengan masarakat-masarakat di opis beliau. Apakah selama ini aku kera sumbang? Choiii... tatau ke akuni pemenang anugerah mesra perdana peringkat nasional Bang!

Kursus sehari suntuk (sampai aku nyaris tersengguk) ni sebenarnya diberi nama kursus membuat coklat. Tapi jiwa raga aku macam tak masyuk dengan tajuk tu. Aku rasa lagi sesuai dibagi nama Kursus Menempa Coklat. Sebab, aku rasa kita bukan BUAT coklat pon. Coklat tu dah sedia ada, dah sedia sedap... kita cuma cairkan dan keraskan semula dalam bentuk-bentuk yang kita suka. Okay, boleh juga tambah sedikit perisa atau pewarna atau fillings seperti kismis atau kekacang kalau suka.

Bukankah ini namanya menempa? Jangan betulkan kalau aku salah, harini aku ego. Hahaha...

Yuran kursus ni cuma RM10. Dapat bawak balik coklat sebekas. Dapat apron. Dapat jugak mould bentuk love dan alat mencaras coklat. (aku pandai-pandai bagi nama alat mencaras sebab aku tatau alatni dipanggil apa) Kak Mah Gali dan para peniaga/ pengajar coklat lain sila jangan tersentap dengan harga yang murah ini. Kan dah bagitau awal-awal tadi, ini adalah anjuran kompeni. Bermakna depa pakai duit kelab (atau kompeni) untuk biaya sebahagian kos kursus ini. 

Tenaga pengajar adalah dari Kolej Komuniti (KK) Hulu Selangor. Eh, kalau nak tau... KK ni ada anjurkan macam-macam jenis kursus teknikal untuk melahirkan usahawan dan usahasawan (macam aku). Kos pon tak mahal tau. Contoh kalau kursus tempa coklatni, korang hanya perlu bayar dalam 30 hinggit sahaja. All included dan kursus secara hands. Boleh bawak balik coklat tempa lagi. Pakai dana 1 melesya katanya. Apa lagi, ramai-ramailah pegi sebat wei! Sia-sia korang laki-minik bayo cukai tetiap tahun kanns.

Contoh kursus lain yang mendapat tempat di hati kaum ibu (eh, macam geng baju merah pulak :-p) adalah buat cookies, buat kek, buat kuih, jahit manik, jahit baju, jahit langsir dan macam-macam jahit lagilah. Cuma jahit perut jer depa tak ajar kot. Untuk lelaki pon macam-macam kursus ada. Tapi jangan ko mintak nak masuk kursus kawen pulak Yob... carik pasal namanya tu. PS haritu ada niat nak masuk kursus asas electrician, tapi last minute kensel sebab tak cukup korum. Koman-koman kena ada 20 orang baru buleh jalan kursus-kursus kat KK ni. Huyooo... kalau tidak, wiring dalam romah akuni Incik Sepol Seril la yang buatttt... takyah aku panggil Apek Rawang suh buatkan kanns.Kununnnn!

Sepanjang kursus tu kan, tah baper banyak coklat yang kami ngap tau. Asal senget aku ngap. Asal patah dia ngap. Asal tak kilat ko pulak ngap. Ngap ngup ngap, mana tak mengantuk aku dibuatnya. Kursus mula kol 9.30 pagi sampai 3 petang. Tapi aku pukul 2 dah blah. Sangap wei. Sayangla hari Sabtu aku terbuang begitu saja. Sepatutnya weekend adalah hari aku bergedik santai dan mengecas bateri dalam menyediakan mental dan fizikal untuk bertarung dengan kanak-kanak 2 worang itu untuk minggu yang seterusnya. Hari minggu at least aku ada assistant untuk dikerah. Koman-koman, sorang sekali la merasa cuci berak anak kanns...

Ehhh... sekejap! Ada gambar rupanya. Tapi bukan gambar masa kursus. Kat kursus aku malu nak membatak tangkap gambo. Aku malu nak kuarkan kamera capuk aku. Orang lain punya camera sumer canggih-canggih. Kemaluan aku dibuatnya. Lalu aku hanya berani curi-curi tangkap gambo dari belakang punggung orang menggunakan SE cabuk aku yang agak discreet itu. Malangnya tak buleh tranfer pulak. Ok, ini gambar selepas kejadian, di mana Si Mencah dengan rakusnya menghadap coklat-coklat hasil tempaan aku.

Ini saja yang tinggal.

























Yangni paling aku suka. Ko celup jer biskut jejari dalam coklat cair. Jadilah Nini Cokelat Celup!

























Makan sampai mengantuk!



Aku cuma ada kontek nombor KK Hulu Selangor jer. KK kat lokasi lain korang coba la gugel sendiri. Sapa nak nombor tepon Cikgu kat KK Hulu Selangor ni, sila menebeng dia kaunter fesbuk durjana aku. Malas aku nak publish nombor beliau kat sini, sebab beliau bagi nombor henfon kan.

Apa? Nak order coklat dengan aku? Kirim salammmm!



0 comments:

ShareThis