Wednesday, May 25, 2011

Misi Gagal Lagi

Posted by makcik rehan KJB at 7:35 PM
Walaupon tanpa kanak-kanak, kerja aku tetap tidak menjadi harini. Dari semalam berazam yang hebat-hebat. Dari donut sampailah ke sarung bantal. Azamnya konon nak trace pola, potong kain... konon nak uli donut salut coklat untuk kanak-kanak... konon nak aerobic pasang CD yang Zalia bagi duluuuuuu tu. Harammm.

Balik dari hantar hanak-hanak kat maklom, singgah sarapan sambil bergosip dengan makcik restoran depan rumah (teringat kat Ayah, suka benar dia makan di kedai tu kalau datang Bayuville. Bersih kata Ayah) Gossip kami kali ini adalah... Kedai Dobi Kak Zita dah tutup. Kedai kak Zitani sebelah restoran makcik ni jer. Dan oleh sebab tak ramai peniaga yang meniaga kat kawasan shoplot sini, hubungan sesama peniaga sangat rapat.

Bukan gossip dalam makna kata mempadankan muka Kak Zita, nehi beteyyy. Tapi kami berkongsi duka sebab simpati kat Kak Zita. Mungkin susah nak sustain business dobi sebab lokasi Bayuville agak tersorok dan jauh dari jalan besar. Kalau semata-mata bergantung harap dengan penduduk Bayuville, memang agak sempit jadinya.

Dulu masa sembang-sembang dengan Kak Zita, kami ada bergosip pasal business. Bertukar-tukar idea lah kiranya. Kak Zita berhenti kerja sebab opis dia sangat jauh. Wahh...sama macam aku jugak ekk. Banyak lagilah persamaan antara kami selaku isteri dan emak kepada beberapa orang anak. Kami saling memberi semangat dalam business. Alaaaa.. janganlah gelakkan aku weiii. Aku taula bisnes aku kedai besi buruk ajerrrr. Kasi chance lah makcik kau nak feeling-feeling usahasawan sekali-sekala.

Kak Zita kata berniaga memang perit, especially masa mula-mula. Bertambah perit bila pekerja pulak berhenti. Makanya, dialah yang keluar buat marketing, dialah yang jaga kaunter, dialah yang membasuh, menyidai, menggosok dan melipat kain. Semua dia. Tengahari tutup sekejap, lari jemput anak balik sekolah kat Tasik Puteri. Belum lagi aku yang melaluinya, aku dengar pon dah semput. Cukup bagus Kak Zita dapat bertahan hampir setahun. Kalau aku, 2 bulan pon belum tentu. Anyway, kalau Kak Zita terbaca belog saya (perasan glamer satu malaya hokeh!) saya doakan Kak Zita success dalam apa saja bidang yang akak ceburi. Orang yang jujur dan ikhlas, InsyaAllah sentiasa dirahmati. 

Teringat pada satu kes dulu... aku hantar comforter king size 3 bulan tak basuh kat Kak Zita (mind you, mesin basuh aku 7 kilo saja noks!) bila dah siap basuh, macam biasa aku pun pi bayar dan ambik macam selalu (yer selalu. Memang aku selalu mendobi di kedai Kak Zita hahaha). Staff Kak Zita awal-awal dah bagitau aku berkenaan comforter aku yang turun warna. Dia tanya ada tak aku spray atau letak apa-apa bahan masa basuh comforter tu sebelumni. Sebab dia kata comforter aku tiba-tiba bercapuk-capuk macam kena clorox. Aku malas nak panjangkan cerita dan malas nak bukak selimut besau tu nak cek. Aku just cakap takpelah. Bukan aku nak pakai buat sarung tilam pengantin pon kan. Lawa-lawa pon, habih kena kencing dan muntah Tok Imam Junior akuni jugak.

Bila balik rumah, PS tetiba talipon aku... bagitau Kak Zita call dia (sebab kat resit dobi tu aku letak no henpon PS sebab henfon aku selalu ngong) Kak Zita kata dia mintak maaf sangat-sangat sebab comforter aku jadi bercapuk. Dia suruh aku datang kedai, dia nak bagi comforter lain untuk aku - sebagai tanda maaf atas kecuaian. PS suruh aku pergi. Tapi aku malas, sebab bagi aku it's no big deal. Memang tompok-tompok tu agak teruk dan huduh. After all, comforter aku tu pon bukan lah mahal sangat dan bukanlah baru sangat pon. So aku tak pergi ambik pun.

Bila next visit aku pegi nak hantar kain lagi nak suh basuh (yerrr.. cadar dan selimut aku asek kena bahan dgn Asyraf!) Staff dia hulur kat aku plastik besau mengandungi comforter merah bersulam dan cadar single kaler merah. Dia kata Kak Zita mintak maaf dan dia bagi akak selimutni. Terkesima aku tau. Ko nak tau, walaupon comforter Kak Zita bagi tu bukan brand new, condition dia sumpah 10 kali lagi elok dari comforter aku masa belum bertompok! Balik rumah aku tunjuk kat PS, dia pon tekejut. Dia siap suruh aku pi bayar kat Kak Zita harga comforter tu. Hahaha... wenglah ko Bang.

Ada lagi ke peniaga baik macam ni eh? Selama aku hantar kain kat Kak Zita, aku sangat-sangat-sangat puas hati tau. Walaupon kain-baju tu aku tak suruh gosok, kain-kain tu dilipat rapi dan tak berkedut macam kena gosok. Aroma dia sangat wangi sampai aku 2,3 kali tanya kat staff dia, awak pakai sabun apa ha? Sabun Dynamo kaler kuning tu Kak. Dan-dan tu aku pi beli sabun Dynamo kuning tau. Tapiiiii...kalau dah spesis basuh kain malam hari, esok pukul 12 tengahari baru hegeh-hegeh nak sidai kanns... aroma tengik jerla yang ko dapat rehan oii!

Dah 2 minggu aku susah hati. Selimut dan cadar dalam beg pelestik biru IKEA dah makin penuh. Mana kedai lagi aku nak hantar nih? Aku nak kain-kain aku jadi wangi dan lembut sama macam Kak Zita buat. Sudahnya, 2-3 harini, mesin basuh berkuasa sendu aku tu terpaksa kerja keras. Satu hari aku basuh 1 selimut. Yang dok basuh pon belum kering, Asyraf bantai pulak selimut satu lagi. Serik aku hantar kat satu kedai tettttt di Batu 16, hapak pera'ei jadinya kain-kain aku. 

Jauhnya aku melalut! kahkahkah!
Cukup dululah episod usahasawan utuk kali ini. Jumpa lagi di sessi akan datang. Hahaha.

Ini gambar yang cuba diupload malam tadi untuk tontonan hari ini, tapi gagal. 
Sekarang sudah boleh. Sila puji supaya saya berasa yakin diri hahaha.



Sebelum























Selepas























p/s :
Pagi tadi aku dengar kat Sinar, Dr Fadzilah Kamsah kata... kanak-kanak perlu dipuji dan dihargai selalu supaya mereka cenderung mengulangi tingkahlaku atau tabiat yang baik. Walaupon pencapaian itu kecil, pujilah mereka supaya mereka berbesar hati.

Sebab tu aku suh korang puji mee sup pucat aku tu! *ada kaitan kah?*



0 comments:

ShareThis