Sunday, May 15, 2011

Mom's Favourite Moments

Posted by makcikrehan KJB at 9:09 AM
1st time mom, 2007.


Mom again, 2010



P/S : Mood Hari Ibu aku baru mari, mak aku ada kat Rawang tau :-)




These are mine... silakan share your moments di belog sendiri.
Takde blog? Pandai-pandai kaulah!
  • Tinggalkan hanak-hanak di rumah pengasuh. Terhenjut-henjut depa menari tengok kartun. Sikit pon tak nangis. Salam cium tangan, pastu siap pesan : Nanti Mama dapat gaji belikan crayon tau.... Oh damainya!
  • Balik kerja dengan kepenatan dan kehazaban, jemput anak yang dah wangi bedak, berdandan rapi, dah siap makan-minum dan terlompat girang bila tengok mama datang. Oh heaven!
  • Balik dari kerja, nampak rumah dalam keadaan kemas berpada. Walaupon tak cantik macam dalam majalah anjung seri... Oh lapang dada!
  • Somi pulang kerja dengan muka manis, senyum manis. Lebih manis, di tangan ada 2 bungkus Nasik Ayam Sungai Choh. Oh memang manis!
  • Bila hari gelap, tak payah suruh... anak beria sarung tudung, pegang kitab... nak pegi mengaji. Oh syukur!
  • Intai anak naik tangga rumah Ustazah, satu persatu pesanan emak dituruti. Tanggal kasut, panjat satu tangga... toleh belakang, babai Mama.... jumpa esok ya! (esok?) Kemudian melaung dengan lantang - Wassalamuwalaikummmmm! Toleh belakang lagi, bagi satu flying kiss untuk Mama. Oh sebak!
  • Masak makanan paling basic, paling simple, paling marhaen... anak kata nak lagi dan lagi. Esok Mama masak lagi yer. Oh terharu!
  • Anak tak sihat, batuk dan demam. Biasanya muntah di bilik air. Tiba-tiba kalini tak sempat lari ke bilik air... termuntah atas lantai. Dengan muka bersalah, pandangan sayu... I'm sorry Mama... Oh syahdu!
  • Si kecik celik mata, senyum nampak Mama. Sambil mengomel Mammammaaaaa... Oh bahagia! 
  • Suap makan satu mulut, lari pi tengok tibi. Kejap lagi datang lagi nganga. Pastu ilang lagi. Pastu datang nganga lagi. Oh syoknya!
  • Melihat mereka tertawa ria main air. Mandi sampai kecut, bedak wangi-wangi, pakaikan baju paling bergaya dalam koleksi peribadi... kemudian bergolek depan tibi sambil bergurau senda. Oh nikmatnya!
Ada banyak lagi, kang aku listkan banyak-banyak... orang lain takde bahan pulak kan.
Macam aku sorang jer jadi mak, macam aku sorang jer ada anak kan
Motip akuni bukan apa... kata hari ibu kan
Sebelumni hari-hari asek bertempik penat jaga anak kan
Bila pikir-pikir...  ada nikmat dalam penat kan?

Last but not least... yang terbaru...
  • Mamaaaa, banyaknya awak makannn....? Nanti gemuk tau..... (maknanya sekarang Mama BELUM gemuk?) Oh terbaek!



0 comments:

ShareThis