Wednesday, May 18, 2011

Sembang Usahasawan

Posted by Raihan at 8:29 AM
Asal punca tak ingat kot mana. Sembang punya sembanggg,
Ayah suruh aku juai bihun gorem pepagi kat simpang Bayuville.
Mak pulak suruh aku jahit seluar kanak-kanak banyak-banyakkk... pastu jual!

Kah kah kah kah.... makin sawan aku dibuatnya!

Tapi Mak dgn Ayah memang cool abis pasal hal aku benti keja nih. Tambah-tambah bila Mak tengok kehazaban aku melayan peel Si Imam Muda. Mak aku pon risau tengok kelaku budak kecik sorang nih. Kalau hang kerja balik, hantar Asrapni kat orang, Mak takut depa tak sanggup ja nak jaga anak hang nih. Hang tunggula dia besaq sikit kalau nak tinggai-tinggai dia kat pengasuh ka neseri ka... sian kat dia. Satgi kot orang buat lebih kurang kat anak hang. Begitu lebih kurang dialog Mak aku sehari-sehari. Hehehe.

Hanak-hanak Sepol nih langsung tak mau dekat Maktok dan Tok Ayah depa. Si Mencah ni OK lagi, tak banyak hal. Si Asrap ni ha... penin aku dibuatnya. Eiiiii...

Anyway, operation mata kiri Mak dah selesai dengan jayanya. Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua para peminat kawan-kawan yang sudi mendoakan Emak saya tempohari. Mak dah makin sihat. Cuma dalam seminggu-dua ni tak buleh kerja berat. Tak buleh masak-masak (punah harapan aku nak makan masakan mak hahaha!). Sekarang Mak dgn Ayah lepak kat bayuville sampai Jumaatni. Sabtuni InsyaAllah kami hantar mak balik kampung lepas follow-up check kat hospital.

Ni ada beberapa kepin gambaq aku snap kat spital. Tu pon sambil sorok-sorok. Aku takut kena taji dengan misi. Manala tau kalo-kalo tak dibenarkan berposing di dalam ward kanns. Tapi misi semua baik-baik lah on that day. Hari misi sedunia kannn... mood depa pon baik le kot. Hehehe...























Cewahh... siap baring-baring macam nak kena potong perut. Aku suh mak tido, mak kata takmo terlelap pon. Nebes katanya. Sampai 10 kali kuar masuk toilet! kami sampai pukul 9 lebih, pukul 12 camtu baru sampai turn Mak masuk OT. Aku yang tukang tunggu pon ternebes sama. Macam nak beranak pulak! Hahaha....




























Masani dah siap operate dah. Rilek jer buleh sembang-sembang kat phone lagi. Maklumla... second time kanns. Dah otai la kiranya. Patient lain siap baring manjang sebelum dan selepas operate. Mak aku jer yang dah experienced on that day.




Mak dan Ayah.

























Eye shield tu kena pakai sampai hari Jumaatni. Bukak time mandi dan solat jer. Tido malam pon kena pakai. Takut bendasing (kuman) termasuk dalam mata yang baru operate tu. Aisyah masa mula-mula tengok Maktok pakai topeng mata ninja ni dia takmo datang dekat. Hahaha... tau takut jugak ko nak ekk...


0 comments:

ShareThis