Thursday, June 23, 2011

10 Hari

Posted by makcik rehan KJB at 4:27 PM
Kalau tiada aral, menjelang pukul 7.27 malam nanti
Genaplah 10 hari aku posa ganti
10 hari hokay.... lembik aku jadinya tau (aku memang over :-p)

Aku ambik masa sampai 3 minggu nak ngabihkan ganti 10 harini
4 : 3 : 3 -----> feeling-feeling terer Math, siap buat nisbah bagai

Kalau la aku kena macam sesetengah kengkawan aku yang terberanak sehari sebelom Ramadhan,
Tak taulah berapa bulan (atau berapa tahun?) aku ambik masa nak qada' posa 30 hari

Mentang-mentang posa,
Dan mentang-mentang dah beli weight scale baru,
Tiap-tiap hari dok kerabat atas scale...
Macamlah buleh turun sehari satu kelo!

Bukak posa petangni nak makan apa agaknya?
Takpalah, aku sendiri tanya aku sendiri jawablah kanns
Dah butang komen aku tutup rapat kan,
biaq pilah aku beletiaq sorang-sorang hahaha...

Aku cadang nk buat bihun sup
Daging ada 2 tapak tangan dok keras kejung lama dah dalam peti
La ni tengah defrost... satgi pas asar bulehla aku rebuih bagi empuk
Aku bukan mithali sangat nak buat homemade perencah masak-masakni
Aku dah siap-siap beli perencah peket Cap Adabi nun
Sat lagi rebuih bagi menggelegak, campak pi lah apa bahan yang dok ada dalam simpanan

Tengah-tengah lapaq terjelen ni... aku bukan kira sedap tak sedap dahhhh...
Apa yang ada, tibai pi lah!




0 comments:

ShareThis