Monday, June 13, 2011

Aisyah Bikin Busuk!

Posted by makcik rehan KJB at 4:27 PM
Kol 2.30 tadi aku kocoh-kocoh siapkan brg dia nak pi daftar skulah
Dah elok pakai tudom, sandang beg, nak kuar rumah,
tetiba dia cakap kat aku dgn muka kerut-kerut : Mama, Aisyah nak berak la...

Ah sudahhh... apsal la kanak-kanak ni semua ikut peel Abah depa ntah
asal nak kuar rumah jer nak berak, asal nak berak jer nak kuar rumah

Aku pon tanggalkan tudung dia, bukak suar dia..suh masuk toilet
tak sampai 2 minit dia jerit panggil aku... Mama, tak jadilah!

Aku kerah suruh berak jugak, kang kat skulah sebok nk berak lagi leceh
dia kata tanak... tak nak berak, cuma sakit perut je
macam-macam hal lah!

Tengah aku kunci pintu, tetiba dengar bunyi SMS
tak dan dah nak baca SMS,
aku pecut je terus pegi Jalan 19
nampak pagor sekolah bermangga. Sunyi sepi. Ah sudahhh...

Aku belok masuk Jalan 17 nampak keta owner skulah KAFA
benti keta, terus aku terjah masuk
rupa-rupanya kelas kensel harini... Mustaza Ha demam takde sore
tadi dia dah hantar SMS kat aku, aku yang tak baca
so, aku just daftar jerla budakni dulu
esok-esok kalau mustaza dah sihat baru pi blaja

Masa aku dalam pejabat isi borang bagai
Mencah main slide kat luar, aku pesan suh babysitter tu tengok-tengokkan dia
Tetiba aku dengar sore babysitter Indon tu terpekik-pekik kat luar
aku terpa keluar, nampak mencah dah singkap baju kurung dia ke atas
spender dgn kain dia dah tanggal...

Dia berak kak!
Hah! dah berak ke nak berak?
Ituuu... udah berak di lantai!
Ya Allahhhhh.... Aisyah!!

Terus aku suruh dia masuk toilet, suruh mencangkung berak
tak sampai 2 minit dah jerit panggil aku
Mamaaaa... saya tak jadi beraklah!
Eeeiiii... budakni kan, memang suka tahan kencing berak tau!
Dah tak tertahan sangat baru nak gigil-gigil tanggal sluar
Aku tanya kat babysitter tu.. banyak ker dia berak kat lantai?

Lumayan juga Kak!

Eeiiiiii....  tak senonoh tau anak ko Bang!
Malam semalam tak pernah-pernah dibuat, dia kencing tilam
ni harini berak kat lantai pulak!

Babysitter tu bubuh spender dia dlm plastik, pastu hulur kat aku
Balik umah, aku campak jer spender busuk tu masuk tong!
Kuwaser lah nak basuh ta*k orang beso haihhh...

Sekian sketsa pendaftaran skolah Diva kecik aku!
Dan sekaligus, tak dapatlah aku nak menjongket ke gym arini
Lain tahunlah pulak nampak gayanya.... tahun???





0 comments:

ShareThis