Wednesday, June 8, 2011

Anak Kecik Aku Dah Beso Rupanya...

Posted by makcik rehan KJB at 8:44 AM
Cepatnya kamu besar nak...
Mama dulu umo 4 tahun dok menggedik main jengkek lagi :-p

Malam tadi, balik dari rumah Nenek, Mencah mintak nak semayang
Tau dah... mesti Farah dengan Maklom yang bagi aura (tengkiu Maklom)
Aku cakap nanti kejap, Mama tidokan adik dulu
Tengah aku mengulit Asyraf dalam bilik, dia datang lagi bagitau nak semayang
Aku cakap kejaplah, Adik lom tido... nanti adik nangis...
(Mak hangni malas pon ye jugak Kakak oiii...hahaha)

Aku suh dia baring dulu sebelah adik dia (dengan harapan dia terlena.. hahaha)
Aku ingat dah lena sebab mata dia dah megantuk sangat nampaknya
Sekali, bila dia nampak adik dia dah pengsan, dia bangkit duduk, bagitau lagi nak semayang
Mama, kalau tak semayang nanti Allah marah... berdosa...

Adoiii... dan-dan aku bangkit pi selongkar koleksi gajah putih bawah katil
Nak cari telekung dia... hehehe...
Dah lama dah PS belikan telekung tu,
tapi tak pernah bagi dia pakai sebab masatu dia belum free diapers lagi

Buku belajar solat dah lama aku beli
Yerlah, nak ajar anak kenalah berguru kan...
Walaupon hari-hari dok solat, ada baguihnya kalau berpandukan buku
Biar tak menyimpang dari landasan

Sejak aku terbaca di Facebook Wardina pasal dia ajar anak solat
Sejak tu aku pon tanam azam, nak ajar anak aku solat seawal mungkin
Masa mula-mula belikan buku tu, aku bacakan kat dia sambil tunjuk gambar
Aku pesan kat dia, kalau nak semayang kena ambik wudhuk dulu..

Masa aku hulurkan telekung kat dia, suruh dia letak dalam bilik
Tetiba dia cakap kat aku : Tapi Mama, saya kena ambik wudhuk dulu kan?
Ecehwahhh... ajar Mama kau balik ekk? Hahhaha...

Excited yang amat budakni.
Dia ikut satu-satu apa yang aku ajar.
Terkial-kial nak tumbang masa basuh tangan dan kaki tu biasalah kan :-p
Dan basah lencun seluar dan baju pon biasalah kan.. hahaha...
Basah kena wudhuk takpa, Mama tak tempik
Tapiii kalau basah sebab saja-saja main airrrr... bergegarla gegendang telinga dengar Mama jerit :-p

Kembang jiwa aku tengok anak sarung telekung, berdiri kat sebelah aku mengadap Qiblat
Terus terlintas dalam hati, Ya Allah biarlah anak akuni jadi anak yang lebih baik dari aku yang rebel ni



Malam tadi masa nak solat Isyak.























So, buat pertamakali... bersolatlah kami dua beranak sama-sama
Budakni ikut jer apa aku buat dari rakaat pertama sampai abis
Bergoyang-goyang kiri-kanan tu biasalah kan :-p
Lepas solat, dah lipat telekung dengan sejadah terus aku suruh baring tido
Bijik mata dah nak terkeluar, mengantuk sangat aku tengok 
Aku cakap kat dia, sok pagi bangun semayang Subuh dengan Mama tau
Cewahhh... kemain aku sound anak kan,
Padehalnya dalam seminggu berapa kali kau subuh gajah Rehan? Muahahahaha...

Siap letak telekung atas kepala katil tu... semangat nak mangkit solat Subuh pulak :-)

























Updated :

Pukul 6.30 pagi tadi, mata pon ngantuk-ngantuk lagi tu :-p

























Harap-harapnya angin rajin Si Mencah ni berkekalan sampai besar
Dah besar nanti takpalah kamu tak kaya-raya macam upline MLM pon nak... 
Janji kamu taat perintah agama yer nak yer...



0 comments:

ShareThis