Wednesday, June 29, 2011

Batik Selat Melaka

Posted by makcikrehan KJB at 5:01 PM
Pagi tadi, lepas kuar dari gua gelap dengan kanak-kanak
Aku perambat depa suh hadap tibi sementara nak basuh botol, mancuh susu, prepare sarapan
Bila aku pi depan nk bagi susu masing-masing
Aku nampak tupperware warna-warni 3 bijik siap dengan tumbler kat tengah ruang
Asrap dok buat main susun-susun block dgn tupperware tu
Kepelikan di situ... aku kelebek satu-satu

Satu tu kaler oren, saiz kecik habuan buh lauk berkuah (ada sudu kecik dalam tu)
Satu tu kaler putih, penutup biru habuan bubuh ayam goreng (kot)
Satu lagi kaler hijau pucuk pisang habuan boh nasik (siap ada belen nasik putih dalam tu)
Tumbler tu saiz comel macam budak-budak baya Mencah bawak ayaq milo pi skolah
Dalam dia ada uncang green tea (aku bajet green tea la sebab tak bau teh sangat)

Bila masa abah korang pi keja bawak bekal?
Kot ya pon aku kurang kalori,
Mustahil la aku lupa kalau aku ada masak bagi laki aku bawak bekal semalam
Lagipon, kompomlah aku memang tak masak punya...
Dia nak pi keja pukul 6.30 pagi, aku baru celik mata sambil tenyeh buang taik mata!
Jenuh aku kelebek tupperware tu seketui-seketui... aku tak pernah ada tupperware pesen lagu nih
Pompuan mana pulak yang dok dating makan beradab dengan abah korang dalam keta nih!!

Malam tadi tupperware ni tadak pon kat situ
Sah-sah laki aku baru kuarkan dari keta pagi tadi sebelum pi keja
Yangni memang tabiat dia dari kecik dahhh....
Balik skolah ka, balik keja ka... barang apa semua tinggai dalam keta haram nak bawak masuk
Esok pagi baru kalut humban sukati depan pintu rumah

Aku masuk bilik rahsia, kasi ON laptop
Chat dengan adik aku...

Ah, hang ada tinggai tapawe dalam keta Pa'en ka haritu? 
Mana ada... aku tertinggai sweater bughuk kaler itam ja 
Ha takpa-takpa, satni aku tanya dia...

Tak kira dah tengah meeting ka, tengah berak ka... aku dail terus!

Bang, mana mai tapawe siap ada belen nasik depan tibi neh?
Sapa yang baik sangat dok supply lunch kat abang nehhhh....

Laaa... bukan Esah punya ka?
Abang ingat Esah punya bekai, tertinggai dalam keta

Bila masa saya pi antaq-ambik anak sekolah naik keta abang?
Kita tak pernah ada tapawe comey-comey branded laguni bang oii...
Habaq mai, ni sapa punya bekai yang abang sapu nih?

Laaaaa... manala abang tau...
Pagi tadi abang nampak dalam keta, abang bok kluaqla pasai dok ingat Esah punya...

Dahtu ni sapa punya ni Bang?

Tataula polong mana yang tumpang keta abang siap bagi bekai ntah...hahahaha (Sambil gelak)

Baik abang pi tanya sapa ada hilang bekai kat opis nun

Cewahhh... dia buleh buat lawak lagi tu
Amboiiii.... berani-berani dok sebut polong nampakkkk
Sekali dia 'tumpang' sungguh baru tauuuu....

5 minit kemudian laki aku talipon balik

Laaaaa... bekai tu Saripudin punyala...
Balik semalam dia tumpang keta abang nak pi workshop
TU BINI DIA LA TUUUU... RAJIN SUNGGUH BAGI BEKAI KAT LAKI DIA (cakap kuat-kuat)
Lepas abang drop dia, abang terus pecut balik...
Tak perasan pulak bekai dia tertinggai dalam keta....


Sungguh ka Saripudin bang?
Bukan Saripah? Bukan Sarimah?

Lagi satu... yang beria cakap kuat-kuat part bini dia rajin bagi bekai tu apa mohtip?
Kang saya packing barang budak-budak ikut abang pi mancing jumaat ni kottt....

Sekian drama Norak Elemak untuk hari ini
jumpa lagi di episod akan datang.


Batik Selat Melaka tu tertulis kat paper bag yang mengisi tapawe tersebut.
Muahahahaha.....









0 comments:

ShareThis