Friday, June 24, 2011

Dalam Taman Ada Taman

Posted by makcik rehan KJB at 8:02 AM
Hari Rabu tadi, lepas hantar Aisyah pegi KAFA,
Nak balik tu, aku pusingla jalan jauh sikit kat belakang Bayuville
Aku tau korang bosan, balik-balik cita pasal antar-ambik anak pi balik skolah
Redho jerlah wei, itu jerla dunia aku skang!
Masa dok nyusup-nyusup jalan belakang tu, barulah aku tau bahawasanya...
Taman Bayu Permai adalah mempunyai Taman Permainan!

Sumpah terpesona aku dibuatnya tau!
Dulu rasanya pernah PS bagitau aku, taman menan ada kat belakang nun
Tapi aku ingat dia main-main
Atau aku bayangkan taman tu sekadar tanah lapang habuan budak-budak main kejar-kejar
Sebab Taman Bayu ni kecik sangat, rumah-rumah ada baper lorong jer pon
Rupa-rupanya taman menan tu memang real punya taman tau

Ada slide, jongkang jongket, boyan, benda yang buleh panjat-panjat tu dan jogging trek
Dan persekitaran taman tu pon nampak well-maintained,
Rumput nampak kemas jer, peralatan pun semua still in bright colors and functioning well
Hoiii... apa yang jakun sangat aku ni tah
Dah 2 tahun lebih aku dok bayuville, sekarang baru aku tau ada taman menan

So semalam lepas masak bihun sup untuk bukak posa *saja nak habaq aku rajin masak*
Aku pon hangkut kanak-kanak bertuah ni pegi taman
Depa punya la suka... Si Asrap menggelinyar nak turun dari dokongan
Happy sampai terpekik-pekik!
Kakak dia tak yah citerla kannn... terus lari pegi sambar boyan
Terus naik, terus suruh aku buai, terus karaoke sambil berayun! Hahahaha...

Oleh sebab kedudukan Taman Bayu ni agak secluded, taman kecik tu dah macam private area tau
Aku suka... takde Bangla, Nepal atau Indon yang bertenggek tak ketahuan hala kat situ
Takde tasik atau kolam dan jauh dari jalan besar... sangat suka hokay!
Kanak-kanak boleh lepas bebas tanpa rasa was-was
Cuma kena monitor takut depa pegi longkang besor ajer (which is quite far actually)

Semalam Aisyah baper kali buat statement teruja
Mamaaaa... saya sangat bergembira hari ini
Boleh awak ambik gambar saya?

Hoihhh... kamera kita dah ranap la nak
Henpon mama pon dah sendu
Nantilah tunggu bonus Babah tahun depan kita bodek suh Babah beli baru ekk...
Harap-harap laki aku baca

Pukul 7 mlm aku ajak budak-budakni balik, semua tanak balik
Tapi mujur Mencah nak terberak, takdela susah aku aku nak paksa masuk keta
Imam Muda takpa, aku dokong pastu sumbat duduk carseat habih cita

Dalam keta Mencah cakap,
Nanti lepas berak saya nak datang sini lagi tau Mama...

Iyerlah tu... Mama pon cadang gitulah jugak!


Gambar takde kaitan, korek-korek dalam folder bulan June (rasanya belum tepek sini)

Shes' wearing the new skirt















































p/s :
Ibah, nanti leh join aku jogging kat taman ni.
Aku jogging, ko jaga budak-budak ekk :-p





0 comments:

ShareThis