Wednesday, June 22, 2011

Mak Limah?

Posted by makcik rehan KJB at 9:00 AM
Aisyah sekarang makin rajin sembang
Huru-hara butir-bicara toksah cerita la... takdak kesinambungan langsung!
Lagi guna Bahasa Melayu Tinggi berpaksikan saluran tibi alih bahasa
Berkerut dahi aku nak pikir mesej yang nak disampaikan

Malam tadi aku tengah batak depan lappy
Tengah sembang kencang perihal masalah maid dalam probation yang lari dari rumah,
Ejen pulak buat sengap lepas tangan tak ambik kesah - maid ganti tak bagi, duit pon tak refund,
See you di akhiratlah! (wah, beritma pulak di situ)

Budak Mencahni dok brok-brek kat cuping telinga aku
Kejap costume, kejap buttercup, kejap ultraman... haram aku tak ambik pusing
Adik dia dah belayar, Babah dia pulak dah kuar pi main futsal
Tadak sapa nak layan dia membebel, aku jerla yang ada...


Tiba-tiba, out of nowhere...

Mama, nanti awak belikan borkoli lah!
Ha? Broccoli nak buat apa?
Sebab saya nak makan borkoli lah!


Beetroot ko tanak mintak ke nak? (aku sahut dalam hati)


-----------------------------------------------------------------------------------------------


Petang semalam, aku jemput dia balik KAFA
Masuk jer keta, aku aju soklan standard emak-emak satu melesya

Harini belajar apa?
Harini mustaza ajar Bahasa Arab...
Wahhh... apa yang Aisyah belajar?
Mak Limah!
Ha?? Mak Limah mana pulak ni?
Mak Limah lah... mustaza ajar Mak Limah!

Bahasa Arab aku dapat 7 ke 8 tah
Rakan-rakan seangkatan yang tak tido time Ustat Shuaid ngajo... sila bantu aku
Kosa kata yang mana yang paling hampir dengan bunyi MAK LIMAH?

Mu'allimah kah?
Muslimah kah?
Ma'lumat kah?

Tak kan hantu Mak Limah pegi sekolah kotttt.....


Dekat pukul 1 pagi baru dia pengsan!




























0 comments:

ShareThis