Thursday, June 23, 2011

Pembongkaran Misteri Mak Limah Pegi Sekolah

Posted by makcikrehan KJB at 11:55 AM
Semalam aku lewat sikit ambik Mencah
Bila aku sampai, mustaza dia datang hantar dia kat pagar
Aku pon berbahasala... Sorry ustazah, lambat sikit ambik...
Takperr... mustaza pon berbahasa gak dengan aku gamaknya...

Masa nilah aku ambik peluang tanya pasal kes Kak Limah dan Mak Limah semalam...
Semalam ustazah ajar Bahasa Arab kan,
Ada benda klakar la ustazah... hehehe
Bila saya tanya kat Aisyah harini belajar apa,
Dia kata Mak Limah!
Berapa kali tanya pon dia dok jawab Mak Limah hahaha...


Terjegil bijik mata mustaza, pastu kami dua-dua pakat gelak sampai kuar ayaq mata!

Alkisahnya...
Mustaza bagitau budak-budak... dalam Bahasa Arab, ustazah tu disebut Mu'allimah
Maknanya perempuan berilmu... kira guru atau ustazah lah
Kepala otak katun Si Mencah menangkap sungguh-sungguh perkataan tu
Tapi lepas diproses, perkataan Mu'allimah dipermudahkan sewenang-wenangnya jadi Mak Limah!

Aku rasa lepas-lepasni mesti mustaza tak bagi budak-budak panggil dia Mu'allimah dah
Elok-elok muda belia bergetah, tetiba jadi Mak Limah!  Muahahahahaha....

From now on takde dah entry bergambaq
Pasai semalam kamera aku dah berkacai jatuh ke lantai!


Ehemmm... masa yang sesuai untuk melancarkan tabung derma kilat atas nama Makcik Rehan :))


0 comments:

ShareThis