Sunday, June 19, 2011

So, Apa Cerita?

Posted by makcik rehan KJB at 10:19 PM
Weekend was booooring!

Tok Laki pi kursus bina badan bina semangat apa ntah
Macam takdak hari lain nak buat kursus
Dahlah tak bagi bajet bawak anak-bini, lagi mau buat training on weekends
Tepu aku duduk rumah 2 hari suntuk!

Hari bapak ka hari bapok ka... langsung aku tadak mood nak sambut
Tok Laki balik pon aku tadak mood nak sambut
Silalah masuk, buat macam rumah sendiri...

Pelik aku, buat kursus team building untuk kemaslahatan kompeni dan staff
Tapi kemut nak buat time keja, apa jadah?
Ni bukan first time, selalu tau!
Aku pon penah keja big company jugak... multinational lagi, deal dengan Mat Saleh lagi...
Sorry naik lorry la buat training on weekends... unless, laki-bini included
Kot ya pon kemut taik idung masam,
Buatlah hari Jumaat sampai Sabtu saja
So that Ahad tu, bini-bini rebel macam aku yang tepu mengadap rumahtangga boleh chill!

Konon by 3pm or 4pm dah sampai rumah,
Aku pon kemas-kemasla rumah (kemas la sangattt) tunggu laki muncul pukul 3
Banyakla ko punya pukul 3, pukul 7.30 malam baru nampak batang idung!
Hadaplah rumah macam kena landa puting beliung pada 7 skala richter
Apa? skala richter untuk gempa bumi? Ahhh... lantaklah!

Aku, bila dah muak (campur rebel) duduk rumah
Mulalah sampah sarap menggunung aku tak pi buang,
Kain bergunung tak hingin aku nak sentuh (apatah lagi nak lipat)
Kain baju tak sidai (pasal aku malas nak bukak grill, boleh?) menyesal aku basuh kain, abih busuk!
Makan-minum anak beranak pon lebih-lebih kurang sudah
Orang lain sedap-sedap layan BBQ, buffet, ikan bakaq, kek tiramisu, nasik arab, bla..bla.. bla..

Kang hujung bulanni ada program lain pulak lagi
Kalini bukan takat 2 hari, 4 hari hokay!
Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin ... tudiaaaa.... ingat akuni mithali rafia sangat?
Aku pi Bandung, Betnam pon tak lama laguni tau!
Aku malas nak counter attack, aku rebel dalam diam saja
Diam tanda setuju? Poodahcit la weiii...
Bangsa macam akuni, kalau bukak mulut... puaka jadinya
Tu pasal aku malas bukak sound

Eh, kalau mengamuk buleh bakar kalori tak?
Kalau ya, banyak dah kalori aku terbakar 2 hari nih
Dahlah dayet aku bersimpang-siur,
Kalau mengamuk dan memekik buleh burn calories bagus sangatlah!

Thank you Ibah for all the stuffs you've bought for me and my kids
At least, ada jugak merasa buah tangan dari orang yang berpergian
Ada jugak orang yang berpergian tak bawak balik apa-apa...
Kedai semua tutup rupanya....

Dear Monday,
You are not welcome!!





0 comments:

ShareThis