Friday, June 3, 2011

Sungguh-Sungguh Aku L.U.P.A

Posted by makcik rehan KJB at 8:37 AM
Pukul 4 petang semalam PS call suh siapkan budak-budak, makan luor katanya
Aku dalam hati menjawab : Aku kenyang baru ko nak ajak makan luor Bang
Tapi di mulut tetap jawab : Ha baiklah, baliklah rumah dulu. Asyraf tengah tido tu.

Rejeki jangan ditepis kekdahnya kan
Walopun perut ko kenyang buntang, tetap ada space punya...
Alah berhimpitlah kejap, bukan lama pon, abih lama 5 jam kanns

Kol 6.30 aku suap jugak kanak-kanakni makan dulu
Membazir lak nasik sepinggan yang aku sparekan untuk dinner depa semalam
Kalau aku tau nak makan luor, awal-awal tadi aku dah bedal nasik depa tu tau! muahahaha...

Lepas maghrib mata aku dah berat sangat-sangat,
Kepala pon ada sikit denyut-denyut manja
Terlebih mengembek semalam agaknya
Tambah pulak harini aku menggelembu pulak (apakah?)
Apakah darah aku sudah naik? Hohohoho... mara-bahaya di situ

Malas aku nak tayang kambeng dan sup daging aku tu
Takut nanti para pengembek berasa tercabar tengok lamb chop rentung aku... muahahaha!

PS siap solat maghrib nampak aku masih bergelandangan dengan mata nyaris nak terlena
Dan-dan dia hambat suh aku bersiap jugak
Punyala berat nak bangun, nak tuko baju, nak siapkan barang bebudak ni lagi...

Kuor rumah, start keta, PS tala masuk Highway
Aku mula kepelikan disitu
Kalo dah masuk highway tu tandanya nak makan kat tempat jauh la kan
Kalau takat nak makan tomyam, kat Rawang ni bersepah kedai dok ada

Bang dapat bonus apa nih? Naik pangkat apa tengah-tengah tahun ni Bang?
Harijadi awak hujung bulan kan Bang?
Harijadi saya bulan depan kan Bang? ---> perasan! haha...
Father's Day hujung mingguni kan?

Hoiiiii.... Anniversary lah!
Dah lima tahun tau! 
Ha tengok tu, baru lima tahun dah gemuk! ---> eh, ini takde kena mengena dgn tema! hahaha...

Hah?
Harini 1 Jun eh? 

Hoiiii.... tak sensitip langsung mak hang nih Aisyah!
2 June lahhh....

Muahahahahahaha.....
Aku dah sawan betul semenjak terperangkap dengan kanak-kanak berdua ni 24 jam
Sampai anniversary pon aku buleh lupa,
Dah lah lupa, bila dah ingat, salah tarikh pulak! kahkahkahkah!

Anyway,
Tima kasih Bang sebab sentiasa ingat tarikh anniversary kita
(Aku selalu lupa, memang tiap-tiap tahun PS yang selalu ingatkan)

5 tahun yang penuh dengan pencapaian,
Dari single jadi couple
Dari couple jadi tripple
Dari tripple jadi quadruple

Dan yang paling nyata,
Akuni, dari saiz M dah jadi XXXL!
Bravo.

Syukur Ya Allah di atas nikmat berkeluarga dan berkasih sayang ini.
Biarlah ianya berterusan selagi hayat dikandung badan. Amiin.

Gambar wajib tayang setiap 2 Jun :))


































0 comments:

ShareThis