Sunday, July 10, 2011

A Clean Thought (Of Mine)

Posted by makcik rehan KJB at 12:22 AM
I am not with them; on the streets.
But I'm watching closely from home.

Nak marah, maki, hamun, carut pon tak guna.
Bila hati dah bulat, semangat dah meresap... sekat lagumana pon depa turun jugak.

Lumrah manusia.
Bila seorang kecut perut. Berdua hilang takut.
Bertiga rasa garang. Berempat mula naik berang.
Kalau dah ber 5000 orang, 10000 orang, 50000 orang??
Silap-silap boleh berperang!

Saya malas nak mempersoalkan kewajaran atau ketidakwajaran perhimpunan itu
Apatah lagi nak menjatuhkan hukum Halal dan Haram
Bak kata sorang member kat fesbuk dorjana
Ulama' pon berbeza pendapat tentang hukum berdemonstrasi, apatah lagi kita...
Berbakul-bakul orang bertekak kat Facebook, Forum dan Twitter
Macam yang saya kata tadilah,
Wajar tak wajar... cakap pon tak guna.
Makin disekat makin depa rapat. Benda dah pon terjadi.

Jadi saya selaku warganegara yang cintakan tanahair
(kalau tak cinta dah lama ai pegi duduk UK hokay... boleh main senow :-p)
Seboleh mungkin cuba memandang apa yang telah berlaku dari sudut positif.

Memang sukar mencari 'positif' dari sebuah perhimpunan yang dikatakan haram
Ibarat mencari sebutir beras pulut dikalangan beras jawi (perumpamaan reka sendiri)
Dengan huru-hara, gangguan kepada para peniaga dan sekatan jalan yang menyusahkan
Tapi sedikit-sebanyak pasti ada hikmah yang dapat kita kutip dari apa yang telah berlaku.
Cuma harus bersedia untuk buka minda, lapangkan dada.
Tak banyak, sikit. Tak dapat dua, satu pon jadilah!

Yang mati-mati benci... jangan sampai begitu
Ada bagusnya sekali-sekala cuba lihat sesuatu dari sudut yang berbeza
Yang sokong tak sudah-sudah... hati-hati, jangan sampai sokong bawak rebah
Sekarang adalah masa untuk kita rapatkan kembali jemaah
(mode ustajah : sila sarung jubah, pegang tasbih nyanyi nasyid Maal Hijrah :-p)

Tahniah kepada para petugas yang menjaga keamanan di lokasi
Khabarnya cuti mereka dibekukan sejak minggu lepas,
Kesian kat anak-bini mereka,
Kami anak-beranak sedap-sedap pi mandi sungai,
Tapi anak-bini depa terperap tak buleh pi mana pasai Abah depa kena kerja
Kalau diberi pilihan, depa pon tak hingin nak terpacak jaga orang di tengah hujan dan panas!

OK ka sekali sekala Makcik ko buat entry laguni?
Sekali-sekala ambik tau isu semasa gittew kanns...

Sila jangan petir aku kat kotak komen weii..
Jiwaku halus lagi mulus... mudah tersentuh :-p

Ai lebyu Malaysia!

*Tiba-tibe terasa rindu nak berdiri tegak nyanyi lagu Negaraku







6 comments:

ZainurulFarah on July 10, 2011 at 12:29 AM said...

setuju..lagi2 part perumpaan yg direka sendiri tue hehhe... :)

nuraz on July 10, 2011 at 12:43 AM said...

suka lah dgn ko nya perumpamaan dan kiasan tue... :)) ..beritma lagi..

Rahibah.com on July 10, 2011 at 2:43 AM said...
This comment has been removed by the author.
Hanis on July 10, 2011 at 7:15 AM said...

betul juga apa ko ckp ni MR...

Aku ni antara isteri2x yg trpaksa rela jaga anak 3 hari 2 mlm sorang2x pasai laki aku kene terbang ke negeri lain pasai seminar pentingnya (kalo tak penting sah2x aku tak kasi pegi)sudah ditukar venue nya....pasai apa??? Hang jawablaaaa MR yek....

Penganjur riso buat kat KL....asalnya venue hanya dalam 10-20 kangkang kera dari umah aku ni haaa.....

tp sekesian-kesian kat diri aku sndiri....aku mmg kesian dekat peniaga2x tuh....yg besor2x tu takpelaa....ni yang kecik2x yg kene bayo sewa tapak niaga mahal2x....

MR...jiwa aku pun halus mulus nih....rundu banget sama itu 'mas H' (laki aku laaaa)....hehehhehe

makcik rehan KJB on July 10, 2011 at 9:46 AM said...

paseipa hang suh aku jawab? hang ingat aku ambik peksa kah? kot ya pon bagilah soklan objektif wei, senang aku nk tembak jawapan! kahkahkah!

along on July 10, 2011 at 11:35 AM said...

sgt2 setuju dengan makcik rehan... dan saya adalah salah seorang isteri yg terperap kat umah sbb suami daku tak dapat cuti pasal depa semua ni...

ShareThis