Thursday, July 21, 2011

Nyaris nak dapat Iphone 4!

Posted by makcik rehan KJB at 8:03 AM
Yang sebelah kanan kurun ke-18 punya. Dah masuk arkib :))





























Semalam (Selasa) budak-budakni tido lambat
Bila dah lambat tido, keja depa tak abih-abih dok order susu sajalah
Seingat aku, malam tu saja depa bantai sorang 3 botol sebelum tido
Satu botol tu 9oz tau aku buat... giler buncitlah depa dua beradik malam tu

Dalam kol 10.30 gitu Imam Muda mula gosok-gosok mata
Petanda dah bersedia nak belayor
Aku nak angkat naik katil, tetiba bau najis menyengit masuk idom
Aku pon terus tak jadi angkat dia, sebaliknya aku yang tarik bantal buat-buat tido

Aisyah, cakap kat Babah, Adik berak. Cakap Mama dah tido tau

Ekekekekeke... sekali-sekala perangkap Babah depa kanns
Lagipon pagi tadinya aku dah cuci berak anak berkali-kali
Sessi malam bagi Babah depa pulak la
Barula adil dan saksama gittew  :))

Lepas Babah dia dah cuci berak, aku pon tutup lampu...
Kepit dua kanak-kanak tu kiri kanan, sedia untuk belayar
Mencah tak sampai 10 minit dah sampai Pulau Tioman
Asyraf masih terkial-kial sambil merengek nak susu lagi
Tepuk-tepuk pon tak jalan, makin kuat lak nangisnya

Nahhh... lagi sebotol!

Baru aku nak melayang diawangan, aku dgr bunyi ketap-ketap gigi lain macam
Ah sudahhhh.... Sepantas kilat aku bangun petik lampu,
Baru dok berkira nak angkat masuk bilik air,
Budak Asyraf bantai muntah membuak-buak atas katil!
Tak sempattttt.... huwaaaaa!!

Laki aku yang budiman tu jugakla yang tolong mengurusin budak muntah tu,
Aku ambik alih tugas lap lantai... menjejes-jejes kat lantai kena lapik kaki, tikar bagai
Dah siap bertenang, tuka cadar, sarung bantal segala... masing-masing pon ambik tempat semula
Bila semua orang dah lena.. aku masih jugak tak buleh lena,
Stress dok pikir esok nak basuh kain berpolon-polon lagi :((

Eh tetiba kan aku teringat, mana henpon buruk aku eh?

Bang, mana tipon merah Bang?
Tadi ada sini... mata pejam, tangan raba-raba tepi bantal, pastu sengap!
Sambung tido ler tu...

Aku tak sedap hati, masuk bilik air..
Aku selongkar kain cadar dan selimut yang kena muntah tadi
Busuknya weiii... tak suka hokay!
Tarik jer cadar, keletung-keletang henpon buruk aku jatuh atas lantai bilik air!
Mujurla kain-kain tu tak kena siram tadi.
Dan mujur jugak PS tak sumbat masuk mesin basuh terus
Ginilah kalau orang laki buat keja umah,
Takde nak kelebek betul-betul... main kaut jer cadar tu...
Gulung-gulung pastu lempor dalam bilik air

Aku kuar dari bilik air, tak bagi peluang dahhhh... terus tembak tepat kat sasaran ;-)
Bang, kalau ranap henpon kurun ke-17 ni Bang... Awak ganti dengan Iphone 4 yer!

Aku pon tarik selimut, sambung tido.
Dalam tido aku mimpi tenyeh-tenyeh skrin... tido sambil senyum la aku...

Bangkit tido esoknya, dengar henpon kurun ke-17 aku berdering kencang kemain
Hidup lagi rupanyaaaaa.... tadak harapanla aku nak dapat Iphone 4
Huwaaaaaa !!


Frust tak dapat Iphone :))





































2 comments:

littlehumblelynn on July 21, 2011 at 11:50 AM said...

MR

Iphone..kalo dpt free mahu ler..kalo saje2 gatal tangan pi beli bukan aku ler..
aku kedekut sikit!!


huhuhu..

pakai Tab--berbaloi2..

makcik rehan KJB on July 22, 2011 at 6:41 AM said...

tab? tab mandi ker? ekekekeke

ShareThis