Thursday, July 7, 2011

Perit Sungguh Cabaran Ini...

Posted by makcik rehan KJB at 9:14 AM
(Sila ambik mode sedih...)

Terhinggut-hinggut bahu aku menahan ayaq mata sampai terkejim-kejim mata...
Bukan menangis kena penampo dengan laki...





Jari aku terlebih soda bicarbonate, ko mampoo?































Kalo ikutkan aku nak bagi two thumbs down kat Grapefruit rega 99 sen sebijikni
Tapi sapa pulak nak tangkapkan gambo kanns
Mencah? No No No (sambil goyangkan jari telunjuk kiri-kanan)
Nak mendapatkan kamera cokia ni pon aku sampai meroyan, meratib 2-3 minggu
Siap bentang proposal 18 muka surat kat PS tau (tu belum aku mintak camera corong panjanggg)
Kang kalau terjadi apa-apa yang tidak diingini lagi sekali
Tak merasa dahla aku... alamat tutup blog ler jawabnya

Berbalik kepada grapefruit di atas,
Sesungguhnya sangatlaaaaaaaah masam!
Tu pasal aku makan sampai beringgut bahu
Aku cuit sejemput suap kat Mencah, terus jadi macam kertas keronyok muka dia
Dah lepas hirup buah tu ala kadar kan, bibir aku rasa tebal macam kena ketit tebuan
Entah sebab masam sangat kah atau sebab kena getah kat kulit dalam buah tu
Ko hengat senang nak kurus Bang? ---> tetiba laki jadi mangsa...
















Sepatutnya tuna in water
Adoiii... sejuk-sejuk gedi, kuor dari tin weii... ai kenot go lah
So, ai opt for ikan bako. Janji ikan dia fresh.
Sampai luluh tulang temulang ikan ni aku hadap!
Bukan sedap sangat ponnn... lapo wei lapooo....
























Dinner pulak sawi rebus with a slice of chicken breast
Campak jerla semua buh dalam puyuk, kasi menggelegak
Pastu makan sambil pejam mata... sambil imejin tiba-tiba diri ini bertukar jadi Juliana Ebans

Dinner 3DD tak habis sampai di sini... reward yang paling menguji iman turut disertakan
Ya'ani secawan ais krim vanilla
Sungguh wallah bunyinya kan... dayet-dayet buleh makan aiskrim
Sebenarnya tang satu cawan tula yang agak lahanat hokay
Ko beli aiskrim satu tapawe beso... tapi makan hanya beberapa scoop?
Ketahuilah, berdasarkan pengalaman aku dari dolu-dolu ber 3DD kanns
Pernah beberapa kali aku terkantoi makan (ker sengaja) sampai setengah tapawe beso aiskrim tau!
Tapawe Nestle kaler biru yang bentuk octagon tu bapak punya beso weiii...
Lepas 3 hari rasa macam nak terjun longkang bila berat satu sen pon tak turun!

So, menyedari kelemahan diri yang imannya senipis urat rambut,
Aku guna kaedah yang agak complicated untuk menikmati aiskrim...

Pukul 8, pas Maghrib, aku kerah Mencah suh ambik buku Iqra' dan sarung tudung
Start keta, desup hantar dia pi ngaji
Lepas hantar dia, aku belok masuk area kedai... singgah kedai Kumar (bukan nama dalam IC)
Tutup enjin keta, konon nak kuar pi beli aiskrim dalam cup kecik-kecik tulah
Baru kuar kaki sebelah... mata aku terbeliak!

Selipar yang aku pakai sebelah kanan kaler biru, sebelah kiri kaler merah!

Dua-dua jenis bintil-bintil... sama saiz... mana la aku perasan weiii... main sauk jer tadi
Dahla pakai baju T-shirt bundle buruk kesuk, sarung cardi buruk, tudung tak mecing, gincu tak pakai
(eh, over pulak di situ)

Kedai Si Kumar time tu tengah penuh orang pulak tu
Nak patah balik tukar slipar demi secoet aiskrim sangatlah tak kuaser kanns
Mengeramla aku dalam keta sampai semua pelanggan bertaraf warganegara selesai shopping
Bila tinggal Bangla dengan Kampuchia jer dalam kedai,
Baru aku meluru kuar, sauk aiskrim dalam cup paling kecik rega singgit,
Cepat-cepat bayo exact amount, pastu laju-laju patah balik pegi keta

Phewwww... lega tak bertembung dengan anak teruna ketua kampung yang hensom tuuuu
(eh, bila masa ketua kampung aku pindah sini?)
Bukak radio cari lagu jiwang, pasang ekon sepoi-sepoi bahasa
Menikmati aiskrim sambil pejam mata... sambil imejin diri ini bertukar jadi Eva Longgok Ria!


10 comments:

TopsyTurvyMum on July 7, 2011 at 10:55 AM said...

Rasa nak geget je tangan tu wehh..
Tapi kena la siram sambal dulu baru kick!

NADYA ANWAR on July 7, 2011 at 11:58 AM said...

aikk. dah boleh komen yekk?? xpasan lak .. jeles aku tgk tgn tu.. gebus... x macam tangan aku huhuhu..

gebu's fairy tales on July 7, 2011 at 12:04 PM said...

bertabahla kakak ku.. MMG HAZAB NAK KURUS OK???
tp bila dah kurus..rasa nak riak plak akakaka~

ibh on July 7, 2011 at 1:40 PM said...

Tau tak pa..HAZAB sesangat nak kuruih..Tapi kalo nak GEMUK..tak payah..senang saja...Apa2 pun good luck my pren..(^_^)...

littlehumblelynn on July 7, 2011 at 3:51 PM said...

MR

insyallah...kali ni mesti turun punya :-)

ajujua on July 7, 2011 at 4:53 PM said...

wakakakaka.....gelak tergolek akak dok imejin ko pakai selipar lelain kaler.....

makcik rehan KJB on July 7, 2011 at 6:50 PM said...

Aku lapo la woiii... huwaarghhh!!

Jaja on July 7, 2011 at 7:46 PM said...

eh, ingat aku sorang je yg terkena dgn buah-nampak-menawan-tapi-rasa-mcm-haram

aritu aku beli ingat kemain alahai cantik gebu buah ni..kalah oren sankis..rupa2nya nan hadoo..dan2 tu 2 bijik yg rege bley tahan mahal tu aku lempar masuk tong sampah. rasa dia tak bley blah noks

Me on July 8, 2011 at 8:56 AM said...

brp jam ko abihkan eskrem mencabar ekau tue? maklumla kata menikmatikan... confirm turun 2kg nih..

mama iris on July 8, 2011 at 1:37 PM said...

eskem vanilla tu kene kosong je ke ek?yg ada kacang,choc top ke leh tak?

ShareThis