Friday, July 8, 2011

Pertabahan Sepasang Suami Isteri

Posted by makcik rehan KJB at 9:03 AM
Akuni tak berapa nak tabah actually,
Abah depa ja yang tebai sikit ketabahan dia.

Semalam Imam Muda ada dengan aku, aku tak pos kat Maklom macam selalu
Konon-konon pas ambik Mencah balik KAFA aku nak pi serang hendap umah Nenek Onah
Aku feeling-feeling atuk-nenek sudah rindu sama depa... dah 2 minggu tak jumpa
(padehal aku yang kemaruk nak pekena kari ayam mak mentua!)
Cadangnya nak tinggai depa barang sejam kat sana, nak pi gym kat Pekan Rawang nun
Yerrr... kedengarannya sangat poyo bin payau kanns
Makcik gemuk kau nak menjongket ke gym... haktuih sangat kanns...
Kejilah daku, umpatlah daku... di hari Jumaat yang mulia ini, daku rela...
Hari lain siap kau!!

Dari bukak mata di subuh hari imam kecik akuni dah bantai melalak tak sudah-sudah
Lepas bagi mandi, bagi susu, bagi makan... pon merengek tak penat-penat
Aku speku budakni lapo nasik... aku pon masak nasik sama sup ayam cincai-cincai,
Belum kol 12 aku dah suap depa makan
Ingatkan dah kenyang nak ler diam... dok merengek gak lagi
Dalam dok rengek-rengek, umah aku tetap berkecah jugakkkk
Mulut rengek, tangan jalannn... multitasking sungguh!


Dah puas geledah dapo, datang meratab hiba kat aku pulak





























Ini dia sorang punya kerja. Mural tu bukan, yang tu pakej lain :-p




























Lepas hantar Mencah pi skul, aku bawak budakni masuk bilik nak kasi tidur
Tak sampai 10 minit dah belayar... lega sungguh la aku kononnya
Baru dok gaya nak angkat towel nak mandi nak solat
Tetiba dia bantai melalak tak semena-mena
Aku lari masuk bilik, nampak dia dah terduduk sambil menangis berjurai-jurai
Dan seperti biasa, muntah belahaknya juga keluar berjurai-jurai!
Terus aku pulak rasa nak join dia melalak secara berjemaah. Huwaaaa....

Capai talipon, pung-pang-pung-pang hantar SMS lepas geram kat laki
Macam biasa, laki aku la jadi punching bag untuk aku lepas geram
Laki aku dah pasrah dah dapat SMS bertubi-tubi dari bini meroyan
Ko royanla baper helai SMS pon bini oii... jangan ko debik budak bertuah tu sudah
Bila dia agak-agak jari aku dah kebas dok picit hurup, barulah dia balas...




























Tak berada di tempat kejadian bolehla... (aku balas dalam hati)
Kalau aku balas betul-betul kang dia suh aku mintak keja cashier kat Tesco, padan muka aku

Bila dah membaran seharian, gym kemana kari ayam kemana
Langsung haku tak hingin nak kemana-mana!
Esok selepas subuh mama pos kamu kat Maklom dikkkk...

Sudahnya...
Ambik pinggan melamine paling beso, senduk nasik sepinggan jubong,
tempek sup ayam, renjis kicap... Bismillahirrohmaanirrohiiim.... ngapppp!
Sia-sia aku kejim-kejim mata sedut grapefruit masam melenit semalam!

Ah lantaklah... kang hujung minggu aku hirup teh julap sebelum timbang
Ko nak turun, turun. Tanak turun, dok situ diam-diam. Jangan ko naik sudah.
Semalam dayet aku bersepai sebab aku perlukan energy lebih untuk bertukar jadi otromen taro
Ada raksaksa tengah cari pasal! Grrrrr!!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

































Perutusan khas kepada suami mithali rafia :

Budak-budak Banggg... sabo jerlah.
Jom kita pi Fella Design beli perabot baru - tengah SALE ni!







13 comments:

Jiejah @ Iza on July 8, 2011 at 9:31 AM said...

ahahhahhah bila dah marah words banjar pun keluar yer rehan ekekeke
tp bebudak besar gitu mmg menguji kesabaran ..

Me on July 8, 2011 at 9:53 AM said...

lawo dinding merah ko.. i loooiiikkkeee!!!!!!

TopsyTurvyMum on July 8, 2011 at 10:10 AM said...

I loikkeee yang apakejadah mencah patahkan tuuu...

Ehh..penat ko karang panjang2, gambo jugak aku komen ekekeke..

Kalau TTD, "boleh gam lagik tuuu!"

HaLiMaTuN SaAdIaH on July 8, 2011 at 11:10 AM said...

Hhahahahaaa.. Adalah jugak sama keadaan di mana bebudak kekadang meroyan buat ibu nak naik hantu.. Huhuhu.. Bab bertabah tu yg mmg tak larat tuh...

ratusiput on July 8, 2011 at 11:28 AM said...

ade pun part komen.sbelum2 ni rase cm takde ke ratu yg buta tak nampak.ehehe...dok gelak sorang2 je ni ha bace entry akak...(uiks ye ke akak ke kite sebaya...ratu 31) kalau salah sorry ye...partition tu sama umah ratu punye... :)

SYANI on July 8, 2011 at 11:43 AM said...

Ganasnya Mencah... sampai tertanggal kayu partition...

I want to lose weight on July 8, 2011 at 12:09 PM said...

Sib baik laa kalep ni dia mengganas kat luar je.. dalam rumah dia wat hal dia je tak ganggu hidop aku..

littlehumblelynn on July 8, 2011 at 12:52 PM said...

muahhahah..

aku nak simpati tp aku gelak bagai nak rak baca entry kali ni'

aku paham apa yg ko rasa..anak kalo wat perangai..kita rasa nak teriak kuat lagi dr dia..

taknak cakap "sabar" kang kena sedas pulakk...

makcik rehan KJB on July 8, 2011 at 1:27 PM said...

Aku tak geti nak balas romen wei. Eh silap, komen hehe. Mari semua ibuk-ibuk, gimme five! ai lebyu.

CiKaYu on July 8, 2011 at 1:45 PM said...

tak sempat nak simpati...dok bantai gelak je. mmg uji tahap iman je... cayalah aisyah, partition tu kot-kot leh tampal balik tak?

N a d i a on July 8, 2011 at 2:27 PM said...

hahahaha..

comel comel!

NADYA ANWAR on July 8, 2011 at 4:38 PM said...

perghhh..hebat dasat mencah ni .. hehehhe...

ibh on July 8, 2011 at 5:28 PM said...

mak aiii..ganas nya mencah...sampai tanggai partition tu..kikikikii..elok la tu rehan..harap2 dapat ganti baru...

ShareThis