Friday, August 19, 2011

Pasar Maradhon

Posted by makcikrehan KJB at 8:44 AM
Pandai-pandai kaulah nak pikir sapa cakap apa :))

Bang, jadi tak? Nak masak tak?
Tak sure lagi, tunggu Adik bangun tengok camana
Kira tak payah masak la nih. Bedal PARAM la kalau tak jadi ekk
Jadi ke tak jadi, pernah ke selain PARAM?
Sabau je aku!

Pukul 6 aku start keta nak terjah PARAM.
Imam Muda cranky lagi walaupon cirit dia dah kurang, so PS cancel invitation buka kat luar.
Aku bawak dayang pengiring wajib aku. Sebok nak ikut pegi Pasar Maradhon!
Ini hari mau pecah tradisi la kiranya. Pertamakali nak pergi PARAM untuk tahun ni.
Selamani PS yang tapau lauk masa on the way balik keja,
Konon harini aku nak keluar kandang... aku pulak nak pilih lauk ikut tekak aku :))

Aku terjah tempat biasa kat area pasar pagi. Sunyi sepi.
Ah sudahhh... ni yang aku bengang,
Kot iya tukar lokasi PARAM, apsal tak tag aku kat fesbuk!

Meracau-racau aku belok sana-sini carik PARAM
Sampai sudah tak jumpa!
Kedai makan sumer jual lauk order, mana nak sempat dah!

Last-last singgah Pasar Tani (tu pon adala dalam 5-6 gerai je yang bukak)
Ada makwe jual nasi beriyani.
Harga buleh tahan mantop, macam makan kat food court KLCC plak.
Tapau beriyani kambing satu, rega 9 hengget!
Dalam hati aku; tak sedap siap kau!

Singgah Mamak Ghazali, tapau nasik putih dgn ayam goreng.
Kuih tak jumpa lagi ni...
Mencah dah bape kali komplen; Mama, mana Pasar Maradhon?

Nak balik tu nampak gerai-gerai tepi jalan.
Sekali scan, lauk dan kuih semua licin.
Nasib baik ada pakcik tengah habiskan stok tepung murtabak
Dapatla sekeping...

Lalu berbukalah kami laki-bini dengan muka herot...
Nasik beriani dia kering kontang, keras berderai...
Naik senget rahang nak menguyah!
Tapi, dalam senget-senget tu... licin licau jugak kami bantai!
Anak menantu sappalah gamaknya kannnn... :))

Moralnya, len kali jangan menggatai nak offer diri pegi beli lauk
Kau masak lauk pon tak sedap,
Kau beli lauk pon tak sedap.
Hidup biar sedap!  (^___^)










3 comments:

Me on August 19, 2011 at 9:21 AM said...

hahahahhaha... mmg terbokti ko tak keluar kandang sebelum nie.. (bukan eden yg kata.. ekau yg kata)isteri n ibuk mithali kekdahnya..... mcm mana pasar maradhon ko tak leh jumpa?? sian pengiring ko heheheh.. ptg nie cuba lagi.. ;)

Happytometo on August 19, 2011 at 10:27 AM said...

PARAM BCH dah tukar tempat, dekat kawasan kedai-kedai Ikwan tu...dari masjid BCH terus sampai sekolah, jumpa roundabout ambik pukul 3, jalan terus sampai jumpa simpang pertama ke kanan, masuk simpang tu nanti nampak la kereta parking banyak tepi jalan sebelah kiri, itu la pasar 'maradhon' nya :)

littlehumblelynn on August 19, 2011 at 11:16 AM said...

aku nak gelak ,...aci?

muahahahhah

apapun baru 2x pergi param sejak posa..mengharamkan diri ke param sejak terkena beli lauk yg x sedap..

huhuhuh

ShareThis