Friday, August 12, 2011

Pelamin ikan bilisku musnah

Posted by makcikrehan KJB at 9:08 AM
Tajuk entry adalah sempena hasil meratib penuh khusyuk 2-3 harini (^_^)

Semalam (Rabu) aku gatai nak main masak-masak
Pasai aku stress sana-sini orang tayang lauk masak sendiri
(Jiwa rebelku sempat mengeluh, entah betul depa masak entahkan beli... Ooppps!)

Masuk pukul 3 jer aku dah berdebar-debar kalau nampak lampu YM aku menyala
Ini mesti Kerul buzz tanya aku masak apa
Kalau kat FB lagi parah, pukul 11 pagi dah start bincang nak masak apa
Padehal masa tu aku baru celik mata, baru nak basuh berak Asrap..
Ooppss.. terbagitahu pulak aku bangun pukul berapa ("-_-)

Tak la tertekan sangat sebenaqnya,
Biasala aku... saja buat-buat tertekan
Orang nak kalut ka, ribut ka... dipersilakan... hehehe
Aku laki-bini setia dengan lauk kedai dan lauk ehsan Restoran Rosnah Batu 16 (^_^)
Kau duduk kota metropolitan, mana nak merasa beli 4-5 lauk dapat flat rate seploh hengget beb...
Kat Sungai Choh, Bukit Beruntung, Sungai Buaya... buleh lagi dapat rega chantek lagu tu
Silalah pakat-pakat pindah duduk Hulu Banat macam aku (hujah membela diri)

Ahhh.. panjang pulak intro. Aku dah 18 kali menguap dahni...

Rabu tu aku masak sambal ikan bilis taruk kentang yang liat meliut macam tayar beskal!
Oleh sebab aku dah terhidu akan ketidaksedapan lauk masakan aku,
Aku tak bagitau PS kata aku masak lauk haritu...

Pukul 6.30 ptg, macam biasa beliau balik sambil jinjit supik ghokghak kaler merah
Aku pon macam biasa buat scanning... kelebek satu-satu

Cintabeng la weii... dia pon beli sambal ikan bilis jugakkkk
Dahla canggih siap ada terung pipit bagai..., sedap pulak tu!

Sentapppp!


(~____~)



Petang tadi pi bukak posa kat kedai makan depan pintu gerbang batu 16
Sapa belum terai, sila terai. Sedap. Laki bini tokey kedai tu kawan kami
Saja nak habaq kami kawan dengan tokey,
padehal kalau kau sebut nama kami bukan dapat diskaun pon (-_-)

Saja bawak Atuk dgn Nenek pi bukak kat luar
Asyik kami saja dok melangut bukak kat umah depa kanns
Sekali-sekala kita entertain orang tua pulak
(Cewah, bunyi macam aku yang belanja! Hahahaharrremmm...)

Lepas PS balik Solat Terawikh, kita pon siap-siap nak balik Bayuville
Salam-salam bagai, Nenek Onah hulur supik ghokghak cap Tesco kat PS

"Nahhh lauk Dik!"
"Kang sahur Rehan tak payah masak" (~_~)

*Sila imejin aku merunduk malu, tersipu-sipu... gentel hujung tudung (*__*)

Sampai rumah, aku pon mengelola hasil 'tangkapan' untuk hari ini.... 
Gulai ikan Maklom kasi
Telur masin pon Maklom kasi

Belum sempat nak scan pelestik titipan Nenek Onah, tetiba....

"Fuhhh... sambal ikan bilis..."
"Terbaekkkk...!"


Sentapppp!






2 comments:

Mama Zara on August 12, 2011 at 10:33 AM said...

kesudahannya sambal ikan bilis yg rehan masak tu sapa yg makan? :p

littlehumblelynn on August 12, 2011 at 1:43 PM said...

MR

sila pos kat putra perdana..aku penggemar ikan bilis tegar!!

ehh ko tggl batu 16 rawang ke?

aku teringat kawan zaman sekolah yg dok sana..tp sumpah smp skrg dh x ingat nama dia...

heehhee

ShareThis