Wednesday, August 10, 2011

SKUT : Rempeyek

Posted by makcikrehan KJB at 9:00 AM
SKUT = Segmen Kembang Urat Tengkuk
(Penyumbangan bahan adalah dialu-alukan. Sila mengadu domba di fesbuk durjana)

Kisahni berlaku tak berapa lama dahulu
(penyumbang bahan temberangni dah lupa tarikh sebenar)
Beliau berkerja di sektor IT, di sebuah syarikat swasta di selatan Kuala Lumpur,
sudah berumahtangga, bergaji besar dan berbadan besar  ^____^
(tiada kena mengena dengan plot cerita, saja bagitau nak bagi korang ambik feel)

Pada suatu petang,
tatkala member ni tengah tepu mengadap coding Java, Banjar dan Minang kat ofis,
tiba-tiba dia berasa teringin nak jamah rempeyek (setengah orang panggil tempeyek)

"rehat kejap kunyah rempeyek sambil layan blog Kak Senduk best gakni"
(kata member ni dalam hati)

Lalu dia pun menghayun langkah keluar dari ofis,
turun lif dan menyerbu masuk ke pasaraya kecik yang terletak kat bawah ofis.
Lantas merembat sebungkus rempeyek paket sederhana besar,
dan terus meluru mengadap Macha Bangla penunggu kaunter.

Macha pon scan barcode pada pelestik pembungkus...
Sekali lalu tettttt, 2 kali lalu tetttttt, 3 kali lalu tetttttt (cannot read)
Lalu Macha pon terpaksa key-in barcode secara manual
Lalu tertera pada monitor

Rempeyek : RM5

Macha kedip-kedip mata...  tak puas hati
Dibalik-balikkan pelestik pembungkus
Ditenung screen komputer...
Kepala terteleng-teleng, muka rebel tak puas hati...

Lalu member yang dah tak sabo-sabo nak ngap rempeyek ni tadi cuba membantu
"Betullah kan... tu kuar rempeyek tu..."

Melihat sketsa 5 minit di kaunter,
Amoi supervisor yang berasal dari Singapore,
berwajah garang dan berambut gerbang nan perang datang mampir....

"Apa hal?" (sambil meneropong ke screen komputer)
"Betulah... kan tulis TEMPOYAK tu"

Member ni dah kembang urat tengkuk tahan gelak
Cepat-cepat hulur lima hengget, rembat pelestik rempeyek,
jalan laju-laju tuju lif, tekan butang, masuk lif, tutup pintu...
lalu gelak puas-puas sampai kuncup urat tengkuk!

Pesanan buat para majikan,
Sila perkayakan kosakata para pekerja internasyonel anda



Ini adalah rempeyek.






















Ini adalah tempoyak.





















*Thank You Mrs Sapik for sharing this :))




1 comments:

littlehumblelynn on August 10, 2011 at 4:10 PM said...

entry meskipun hanya isu rempeyek..telah membuatkan aku lapor...

ShareThis