Saturday, August 27, 2011

Tolong weiii....

Posted by makcik rehan KJB at 11:45 PM
Begini...

Petang tadi kami pegi Sogo, orang puyalah ramai
Last-last beli T-shirt Asyraf je selai, tu pon nyaris nak letak balik
sebab Q kat cashier punya panjang kan,
tetiba masa nak pegi lift terserempak dengan kaunter cashier yang agak lengang, setel di situ!

Turun bawah, pegi LG - tempat food court tu
Hanak-hanak dah berkicau lapar, so kita singgah Mc D
PS dengan Aisyah pergi beli bubur dengan aiskrim,
Saya cari tempat duduk... Asyraf dah terlena kat stroller

Sambil dok adjust kepala Asyraf yang terlentok kat seat stroller
Mata saya tertoleh ke sudut hujung... nampak sepasang muda-mudi
Ya Allah... selambanya menikmati kentang goreng, air dan burger!

Macam tak percaya, toleh belakang lagi sekali ...
kalini Mamat tu betul-betul tengah sedut air dengan straw
toleh belakang lagi sekali,
awek dia yang bertudung, pakai T-shirt short sleeves pulak tengah suap fries masuk mulut
bila orang pandang, depa tunduk-tunduk sambil cover dengan kad promosi yang ada atas meja tu

Eh, biar betul mata aku ni... dah masuk waktu berbuka kot
kelebek jam... pukul 3 petang!

Tiba-tiba akak meja depan saya pulak bersuara : Selambanya diorang kat belakang tu!
depa laki-bini pon tertoleh-toleh ke belakang tengok gelagat pasangan sejoli itu
kami saling berbalas senyum sinis sambil geleng kepala...

PS sampai bersama bubur dan aiskrim,
Saya pun terus sound : Bang, tengok belakang... nampak tak?

Ya Allahhhh... tak puasa!
Nak kena panah petir la tu! ---> hambek ko Ostat Sepol punya molot!

Saya toleh kat Restoran Nando's kat sebelah kanan,
nampak sekeluarga foreigner (muka timur tengah) tengah sedap melantak
tataula pak arab mana kannn... bini dia pakai tudung (jambul keluar sikit)

Toleh pulak sebelah tengah restoran Mc D,
nampak lagi satu family pak arab tengah menjamu selera
pon sama macam tadi... bini dia pakai tudung

Saya sedapkan hati... depa mungkin bukan muslim
mungkin depani Kristian dari Iran ke Iraq ke
sebab orang tua kat sana memang pakai tudung atau selendang (tutup kepala)
Saya pernah tengok TV, orang perempuan kat sana masuk church pakai tudung
Memang perempuan tua kat sana dah terbiasa bertudung (nampak remos sikit)
Note : correct me if I'm wrong

Tak lama kendian Asyraf terjaga sebab susu dia habis
Saya bangun pegi sinki nak basuh botol
Ya Allah... satu family kat sudut tepi sinki tu pulak tak puasa
Anak-beranak tengah minum dan makan fries tanpa was-was
(saya rasa keluarga keturunan mamak, tapi depa cakap melayu)
terdiri dari nenek, mak budak, bapak budak
dan budak-budak yang dah besor yang dah buleh bagi menikah!
nenek pakai tudung, mak pon pakai tudung.

On the way nak balik ke meja,
saya terserempak pulak dengan satu lagi table yang tengah menikmati hidangan,
sorang makcik tua (bertudung) tengah curi-curi suap fries masuk mulut
cucu pompuan dia yang dah beso (rasanya darjah 6 kot) selamba sedut air
Saya berasa sungguh pelik dan meremang bulu roma ketika itu
Eh, aku ni kat Amareka ker nih?

Sampai ke meja saya terus tanya kat PS :
Bang, ada mazhab yang dah raya ke?
Ke ada mazhab yang bagi kelonggaran tak posa setelah penat 'berjuang' di medan Sogo?
Apsal banyak orang tak puasa ni!

PS geleng kepala... saya pon join menggeleng jugak
tak lama kemudian pasangan muda-mudi di sudut belakang lalu kat meja kami
depa dah sudah makan... nak blah la... selamba, tanpa rasa bersalah!

Saya cuba bersangka baik
Para perempuan-perempuan yang makan itu adalah sedang datang bulan
jadi mereka tak buleh puasa.
Tapi ustat dan ostajah aku ajar dulu... kot ya tak puasa, makan jangan depan orang
kena hormat roh Ramadhan...

Makcik-makcik tua yang tak puasa tu pulak, mungkin depa uzur (tak larat)
tapi larat pulak kendong plastik Sogo kemain besor?

Lelaki-lelaki yang tak puasa tu pulak,
mungkin dah tak daya sangat dah... dah nak pitam sangat-sangat dah kot
Dah tau tekanan darah rendah, senang pitam... kenapa gigih mencari pasal di medan juang Sogo?

Demi Allah... aku sedih tengok pemandangan macam tu tau, fitnah bermaharajalela :(
Akuni kat Malaysia ni... negara Islam hokay!

Readers, tell me... ada apa-apa yang kami laki-bini tak tau ke?



Ampuni kami Ya Allah....








3 comments:

Jazica Albek on August 28, 2011 at 12:13 AM said...

astaghfirullah. seolah2 bangga pula tak puasa ye. yg tua2 tu pun, kalau dah sampai Sogo confirm la xlayak dipanggil uzur. shopping larat, puasa xlarat. macam2.

makcik rehan KJB on August 28, 2011 at 12:37 AM said...

Tulah pasal. sedih tau tengok makcik2 tua tu...

Hanis on August 31, 2011 at 11:56 AM said...

try tnya depa. knapa tak puasa :D

ShareThis